Orang Indonesia di Hong Kong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Orang Indonesia di Hong Kong
Jumlah penduduk
102,100 (2006)
Kawasan ramai penduduk
Pelbagai
Bahasa

Indonesia, Jawa, lain[1]

Agama

Islam[1]

Kelompok etnik berkaitan

Pelbagai kumpulan etnik di Indonesia

Orang Indonesia di Hong Kong, berjumlah 102,100,[2] membentuk kelompok minoriti kedua terbesar di wilayah ini, di belakang warga Filipina.[3] Penghijrahan dari Indonesia ke Hong Kong bermula seawal 1960-an, apabila Cina Indonesia mencari jalan melarikan diri dari perselisihan dan pogrom anti-Cina dibawa ke Hong Kong dan Taiwan;[perlu rujukan] kebanyakan warga Indonesia yang tiba di Hong Kong kini adalah pribumi yang tiba di bawah kontrak jangka berhad untuk bekerja sebagai pembantu rumah asing. Para pekerja Indonesia di Hong Kong membentuk 2.4% pada semua pekerja luar negeri Indonesia.[4]

Pekerjaan[sunting | sunting sumber]

Demografi Hong Kong

Demografi dan Budaya
Hong Kong

    Banci

    Demografi
      Penjagaan kesihatan
      Orang Hong Kong
      Kad Pengenalan Hong Kong
      Bahasa-bahasa
      Agama
      Hak kediaman

    Budaya
      Pawagam      Masakan       Cuti
      Beli-belah   Manhua      Muzik
      Opera         Sukan

Topik lain Hong Kong
Ekonomi - Pendidikan
Geografi - Sejarah - Politik
Portal Hong Kong
Pembantu rumah asing Indonesia sering berkumpul di kawasan berhampiran Victoria Park pada hari cuti mereka.

Pada 2006, dianggarkan seramai 102,100 warga Indonesia bekerja di Hong Kong,[2] di mana di antara 80 hingga 90% dianggarkan merupakan wanita;[5] ini mewakili suatu perkembangan hampir 250% dari 41,000 yang direkod enam tahun terdahulunya,[3] sementara pada masa yang sama, bilangan pembantu rumah dari Filipina semakin kurang. Agensi-agensi pekerjaan di Indonesia mengirim para pekerja ke Hong Kong biasanya setelah sekurang-kurangnya tiga ke enam bulan latihan kerja rumah tangga, termasuk suatu kursus asas dalam bahasa Kantonis, manakala agensi-agensi serupa di Filipina memberikan hanya empat belas hari latihan.[6] Pembantu rumah Indonesia di Hong Kong diwakili oleh dua kesatuan, Kesatuan Pekerja Pendatang Indonesia (IMWU, Indonesian Migrant Workers Union) dan Koalisi Organisasi Tenaga Kerja Indonesia Hong Kong (KOTKIHO).[7]

Menurut pertubuhan mewakili para pekerja pendatang, ugutan polis pada para pekerja pendatang juga merupakan suatu masalah.[3] Gaji bayaran kurang dan penganiayaan majikan juga merupakan suatu masalah; para pekerja Indonesia secara meluas dibayar sekurang HK$1800 ke HK$2000 tiap bulan.[2][8] Sewaktu kerusuhan Mei 1998 di Jakarta, kerajaan Hong Kong mengugut untuk membuang buruh Indonesia dari Hong Kong sebagai gerak balas kerajaan Indonesia yang tidak bertindak terhadap jenayah kepada wanita Cina; meskipun, pada akhirnya, mereka tidak bertindak pada ugutan ini.[9]

Pengiriman dan penyimpanan wang[sunting | sunting sumber]

Para pekerja pendatang Indonesia menyertai tunjuk perasaan WTO 2005 di Wan Chai

Warga Indonesia di Hong Kong mengirim kiriman wang tidak sekerap warga Indonesia di Jepun dan Singapura, atau warga Filipina di Hong Kong;[10] mereka juga kurang berbanding warga Filipina untuk menggunakan bank bagi mengirim wang, sebaliknya bergantung pada kawan-kawan atau rangkaian tidak rasmi lain seperti hawala.[11] Berbanding dengan arah aliran di Amerika Latin, di mana pengiriman wang dari saudara-mara bekerja di Amerika Syarikat sering digunakan untuk membiayai perbelajaan seharian atau untuk kegunaan lain,[12] pada satu tinjauan pendapat 2005, lebih daripada setengah para pekrja Indonesia di Hong Kong melaporkan bahawa keluarga mereka menggunakan kiriman wang mereka untuk membuka perniagaan, setiap satunya mencipta di antara satu dan lima pekerjaan.[5]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 Radio International Singapore 2006-02-25
  2. 2.0 2.1 2.2 Media Indonesia Online 2006-11-30
  3. 3.0 3.1 3.2 US Dept. of State 2000: Section 5
  4. Hugo 2000: 5
  5. 5.0 5.1 Villalba 2005
  6. Pacific Business News 2004
  7. IMWU 2005-05-15
  8. Primer on Illegal Salary Deductions to Indonesian Migrant Workers (IMWs) In Hong Kong
  9. HRW 1998: Introduction
  10. Orozco 2005: 15
  11. Orozco 2005: 24
  12. Wall Street Journal 2006-11-01

Sumber[sunting | sunting sumber]

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]