Etnik Melayu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Orang Melayu)
Lompat ke: pandu arah, cari
Melayu
ملايو
Enrique of MalaccaHamzah HazHang Tuah
Hassanal Bolkiah of BruneiDato LatMahathir Mohamad
SalomaSiti NurhalizaSurin Putsuwan
Sheikh Muszaphar ShukorTunku Abdul RahmanPengiran Anak Sarah
Baris 1: Panglima AwangHamzah HazHang Tuah

Baris 2: Hassanal Bolkiah dari BruneiLatMahathir Mohamad

Baris 3: SalomaSiti NurhalizaSurin Pitsuwan

Baris 4: Sheikh Muszaphar ShukorTunku Abdul RahmanPengiran Anak Sarah

Jumlah penduduk
c. 27.8 juta
Kawasan ramai penduduk
Penduduk majoriti
Malaysia Malaysia 14,749,378 (anggaran 2010) [1]
 Brunei 261,902 (anggaran 2010) [2]
Penduduk minoriti
Indonesia Indonesia 8,789,585 (anggaran 2010) [3][4]
Thailand Thailand 3,354,475 (anggaran 2010) [5][6]
Singapura Singapura 653,449 (anggaran 2010) [7][8]
Bahasa

Melayu, Indonesia, Yawi, Arab, Thai, Inggeris

Agama

Islam Sunah (lebih kurang 99.9%[9][10][11])

Kelompok etnik berkaitan

Aceh, Banjar, Betawi, Orang Melayu Myanmar, Melayu Cape, Cham, Melayu Cocos, Minang, Orang Laut, Orang Melayu Sri Lanka

Melayu (tulisan Jawi: ملايو) merujuk kepada kumpulan etnik dari bangsa Austronesia yang sebahagian besarnya mendiami Semenanjung Tanah Melayu termasuk bahagian-bahagian paling selatan Thailand, pantai timur Sumatra, pesisir pantai Borneo, dan pulau-pulau yang lebih kecil yang terletak di antara lokasi-lokasi ini. Kumpulan etnik Melayu berlainan dari konsep Rumpun Bangsa Melayu, yang merangkumi kumpulan manusia yang lebih luas, termasuk kebanyakan etnik di Indonesia dan Filipina. Bahasa Melayu ialah anggota keluarga bahasa Austronesia.

Etimologi[sunting | sunting sumber]

Lakaran peta dunia dalam karya Ptolemy (c. AM 90 – c. 168), Geographia ada menyatakan tentang sebuah tanjung di Aurea Chersonesus (Semenanjung Tanah Melayu) yang diberi nama Maleu-kolon, dipercayai berasal dari perkataan Sanskrit Malayakolam atau Malaikurram[12]. Menurut G. E. Gerini, Maleu-Kolon merujuk kepada Tanjung Kuantan hari ini sementara Roland Bradell mendakwa ia berada di Tanjung Penyabung, kedua-duanya di Semenanjung.

Bangsa Gunung[sunting | sunting sumber]

Dalam bab 48 dari teks agama Hindu Vayu Purana, ada dinyatakan satu perkataan Sanskrit Malayadvipa (secara harfiah: “benua bergunung-ganang”), yang merujuk kepada salah satu wilayah di kepulauan timur yang penuh dengan emas dan perak. Di situ letaknya sebuah bukit bernama Malaya dan juga gunung besar yang digelar Mahamalaya[13]. Walaupun sesetengah sarjana barat terutamanya Sir Roland Braddell mengaitkan Malayadvipa ini dengan Sumatra[14], ramai sarjana India mempercayai ia merujuk kepada semenanjung Tanah Melayu yang lebih bergunung-ganang[15][16][17][18][19], di mana beberapa kerajaan maritim Melayu purba telah wujud dan berinteraksi dengan benua India sejak permulaan kurun Masihi.

Orang Melayu juga pernah dirujuk sebagai orang Kun-lun dalam beberapa catatan China. Istilah Kunlun pada asalnya digunakan untuk merujuk kepada banjaran gunung yang terbentang melangkaui sebahagian besar wilayah Tibet dan utara India. Ia kemudiannya digunakan oleh orang Cina zaman dahulu sebagai rujukan kepada semua bangsa berambut hitam kerinting yang tidak bertamadun dari gunung-gunung dan hutan-hutan terpencil. Orang Vietnam, orang Champa dan Khmer pernah digelar sebagai orang Kunlun oleh orang Cina sebelum istilah ini digunakan pada orang Melayu. Pada tahun 750, Jianzhen (688-765) menyatakan kehadiran ramai "orang Brahmin, Parsi dan Kunlun di Guangzhou". Buku Tang merekodkan "setiap tahun, para saudagar Kunlun datang dengan kapal-kapal mereka dengan barang-barang bernilai untuk berdagang dengan orang Cina"[20].

Semenanjung Tanah Melayu dalam peta dunia Ptolemy. Teluk Bengal di sebelah kiri, Semenanjung Tanah Melayu di Tengah, dan Laut Cina Selatan di sebelah kanan, dengan perkataan "Sinae".  
Pemandangan Banjaran Titiwangsa. Ramai sarjana India mempercayai perkataan Sanskrit Malayadvipa dari kitab Vayu Purana, merujuk kepada semenanjung Tanah Melayu yang bergunung-ganang.  
Candi Gumpung, sebuah Candi Buddha di Muaro Jambi dari kerajaan Jambi. Beberapa sarjana Sejarah mengaitkan kerajaan Jambi dengan Mo-Lo-Yu dalam catatan I Tsing.  

Kerajaan Mo-Lo-Yu[sunting | sunting sumber]

Dalam catatan I-Tsing (seorang sami Buddha Dinasti Tang), yang melawat Kepulauan Melayu di antara tahun 688 - 695, beliau ada menyebut tentang sebuah kerajaan bernama Mo-Lo-Yu yang terletak sejauh 15 hari pelayaran dari Bogha (Palembang), ibu negeri Sribhoga (Srivijaya). Beliau juga mengambil masa 15 hari pelayaran dari Mo-Lo-Yu ke Ka-Cha (Kedah), oleh itu Mo-Lo-Yu mungkin terletak di tengah-tengah antara kedua-dua tempat.[21] Menurut I Tsing, Mo-Lo-Yu pada mulanya adalah sebuah kerajaan bebas sebelum ia ditawan oleh SriBhoga.

Pada zaman Dinasti Yuan (1271–1368) dan Dinasti Ming (1368–1644), perkataan Ma-La-Yu sering disebut dalam sejarah China untuk merujuk kepada sebuah negara di Nanyang atau "Laut Selatan". Istilah ini sering dieja berlainan kerana perubahan Dinasti.

  • (Cina: 木剌由) - Bok-la-yu, Mok-la-yu
  • (Cina: 麻里予兒) - Ma-li-yu-er
  • (Cina: 巫来由) - Oo-lai-yu (dikesan dari sumber tulisan sami Xuan Zang)
  • (Cina: 無来由) - Wu-lai-yu

Ayat berikut dipetik dari catatan Babad Dinasti Yuan (dalam bahasa Cina): Babad Yuan Mongol

"以暹人与麻里予兒旧相仇杀,至是皆归顺,有旨谕暹人“勿伤麻里予兒,以践尔言"

(Bahasa Melayu: Permusuhan terjadi di antara Siam dan Ma-la-yu (Melayu) dengan kedua-duanya berbunuhan antara satu sama lain...)

Petikan di atas berkemungkinan besar merujuk kepada berkurun-kurun lamanya permusuhan di antara entiti Thai di utara dan negeri-negeri Melayu di semenanjung Tanah Melayu seperti kerajaan Pattani, kerajaan Kedah dan kesultanan Melayu Melaka.

Pengembara dari Venice yang masyhur Marco Polo (1254–1324) dalam bukunya Pengembaraan Marco Polo ada menyebut tentang sebuah kerajaan bernama "Malauir" yang menurutnya terletak di bahagian selatan semenanjung Tanah Melayu.[22][23]

Perkataan "Malayu" ada dipahatkan pada Batu Bersurat Padang Roco yang bertarikh 1286 di Dharmasraya kemudian Adityawarman pada tahun 1347 menyebut kerajaannya dengan nama Malayapura seperti yang dipahatkan pada bahagian belakang Patung Amoghapasa.

Pada masa kesultanan Melayu Melaka yang menjadi kuasa utama di kepulauan Melayu pada abad ke-15, perkataan "Melayu" dimasyhurkan bagi menerangkan perbezaan budaya di antara orang Melaka dengan orang-orang asing dari rantau yang sama, terutamanya Orang Jawa dan Orang Thai.[24] Melaka bukan sahaja menjadi pusat perdagangan utama serantau, tetapi juga sebuah pusat budaya Melayu yang terpenting, berpengaruh dalam membentuk institusi politik dan budaya tradisional Melayu dalam abad-abad yang seterusnya.[25]

Ketika zaman kolonialisme Eropah, perkataan "Malay" diadaptasi ke dalam bahasa Inggeris dari perkataan Belanda "Malayo", yang juga diadaptasi dari perkataan Portugis "Malaio", yang berasal dari perkataan bahasa Melayu "Melayu".

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Melayu Proto[sunting | sunting sumber]

Melayu Proto yang juga digelar Melayu asli atau Melayu purba adalah penutur Austronesia dari tanah besar Asia yang berpindah ke tanah Melayu dan kepulauan Melayu, dalam siri penghijrahan yang panjang di antara 2500 S.M dan 1500 S.M[26]. The Encyclopedia of Malaysia: Early History, menunjukkan sejumlah tiga teori asal-usul Melayu:

Teori Melayu Proto berasal dari Yunnan disokong oleh R.H Geldern, J.H.C Kern, J.R Foster, J.R Logen, Slametmuljana dan Asmah Haji Omar. Bukti lain yang menyokong teori ini termasuk:
  1. Alatan batu yang ditemui di Kepulauan Melayu adalah sama dengan alatan dari Asia Tengah.
  2. Kemiripan adat Melayu dan adat Assam.
  3. Bahasa Melayu & bahasa Kemboja ialah bahasa serupa oleh kerana tanah nenek moyang orang Kemboja berasal dari sumber Sungai Mekong.

Kajian saintifik terbaru oleh HUGO (Human Genome Organization) mengenai genetik bangsa-bangsa Asia menyatakan hipotesis penghijrahan tunggal Asia dari Asia Tenggara mengembara ke arah utara dan secara perlahan-lahan menduduki Asia Timur.[27] Hipotesis ini bagaimanapun hanya berdasarkan bukti variasi genetik yang lebih banyak di kalangan bangsa Asia tenggara berbanding bangsa Asia timur, tanpa mengambil kira sejarah sosio politik kedua-dua rantau tersebut.[28] Kekurangan variasi genetik di kalangan bangsa Asia timur berkemungkinan besar adalah kerana rantau tersebut telah lama bersatu di bawah satu kuasa politik tunggal contohnya di China, Korea dan Jepun yang menyebabkan interaksi manusia yang lebih kerap berbanding di Asia tenggara.

Melayu Proto dipercayai bangsa pelaut yang mahir dalam oseanografi dan pertanian. Mereka berpindah dari pulau ke pulau dalam jarak besar di antara New Zealand dan Madagascar, dan mereka berkhidmat sebagai penunjuk arah, kakitangan dan pekerja buruh kepada pedagang India, Arab, Parsi dan China untuk hampir 2000 tahun. Bertahun-tahun kemudian mereka menetap di pelbagai tempat dan menyerap pelbagai budaya dan agama.

Melayu Deutero[sunting | sunting sumber]

Orang Melayu terawal kemudiannya secara perlahan-lahan diganti oleh peneroka-peneroka Melayu Deutero dalam gelombang kedua penghijrahan dari tanah besar Asia di sekitar 300 SM[29]. Secara antropologi, etnik Melayu yang kini mendiami semenanjung tanah Melayu dan kawasan pantai kepulauan Melayu adalah dari golongan Melayu Deutero[30] yang berkulit lebih cerah, berbadan lebih besar, dan berambut lebih lurus, berbeza dengan orang Melayu Proto.[31] Masyarakat ini juga memiliki taraf budaya yang lebih tinggi, teknik pertanian dan pengetahuan tentang besi yang lebih maju.[32] Mereka tidak hidup secara nomad tetapi dalam kampung-kampung yang merupakan unit utama masyarakat. Penempatan utama Melayu Deutero biasanya terletak di lembah-lembah subur, tebing sungai atau pesisir pantai, dan kegiatan utama adalah ekonomi sara hidup yang ringkas berasaskan penanaman padi dan perikanan. Menjelang kurun terakhir sebelum Masihi, penempatan-penempatan di kawasan pantai ini mula terlibat dalam perdagangan dengan dunia luar.[33]

Kemunculan kelompok Melayu Deutero ini secara tidak langsung menyebabkan kumpulan Melayu Proto dan penduduk asli berundur ke pedalaman dan hulu sungai. Kumpulan Melayu Proto yang terkenal hari ini adalah dari suku Moken, Jakun, Orang Kuala, Temuan dan Orang Kanaq[34].

Pengaruh India[sunting | sunting sumber]

Tinggalan Candi di Lembah Bujang, Kedah. Para pengkaji sejarah menemui bukti kewujudan kerajaan Hindu-Buddha di kawasan ini sekurang-sekurangnya sejak tahun 110 Masihi.[35], menunjukkan pengaruh India yang kuat dalam masyarakat Melayu ketika itu.

Tiada bukti yang tepat tentang tarikh pelayaran orang India yang terawal merentasi teluk Bengal, tetapi bukti arkeologi yang ditemui di lembah Bujang menunjukkan orang Melayu di semenanjung telah berdagang dengan India sejak abad pertama masihi.[36] Perkembangan perdagangan dengan India telah membawa kepada penyebaran agama-agama besar India, agama Hindu dan agama Buddha, ke seluruh pelusuk alam Melayu. Tempat-tempat ibadat mula dibina berdasarkan seni bina India, dan ketua-ketua tempatan mula menggelar diri mereka Raja dan menyerap banyak aspek utama dari sistem pemerintahan feudal India.[37] Kemudiannya, muncul negeri-negeri maritim Melayu kecil di kawasan pesisir pantai semenanjung tanah Melayu seperti Chi Tu (abad pertama), Gangga Negara (abad ke-2), Langkasuka (abad ke-2), dan Kedah (abad ke-4). Di antara abad ke-7 dan ke-13, sebahagian besar dari negeri-negeri maritim yang makmur ini berada di bawah kawalan longgar empayar Srivijaya, sebuah kerajaan Melayu agung yang berpusat di Palembang, Sumatera.[38]

Empayar buddha Srivijaya, antara empayar Melayu raya awal di rantau kepulauan Melayu.

Pengaruh Srivijaya tersebar di semua kawasan pesisir Sumatera dan semenanjung tanah Melayu, Jawa barat, Borneo barat dan beberapa kawasan lain di kepulauan Melayu. Dengan naungan India dan China, kekayaannya sebahagian besar diperolehi melalui perdagangan. Pada zaman kegemilangannya, bahasa Melayu Kuno digunakan sebagai bahasa rasmi dan menjadi lingua franca serantau, menggantikan Sanskrit, bahasa utama Hindu dan Buddha[37]. Zaman Srivijaya dianggap zaman kegemilangan budaya Melayu.

Kemegahan Srivijaya bagaimanapun mula merosot selepas serangan besar-besaran Empayar Chola pada abad ke-11 yang langsung melumpuhkan kekuatan ekonomi dan ketenteraannya. Sisa terakhir empayar Melayu itu di Dharmasraya akhirnya dihancurkan oleh penyerang-penyerang Jawa dari Singhasari yang melancarkan ekspedisi Pamalayu (Pamalayu secara harfiah bermakna: perang terhadap Melayu) pada penghujung abad ke-13.

Keruntuhan empayar Srivijaya telah menyebabkan kerabat dirajanya menjadi pelarian di wilayah-wilayah yang masih setia, dan terdapat beberapa percubaan oleh putera-putera Melayu untuk menghidupkan kembali empayar tersebut. Pada tahun 1324, dengan sokongan abdi-abdi empayar yang setia iaitu Orang laut, seorang putera Melayu Srivijaya, Sang Nila Utama telah menubuhkan kerajaan Singapura di Temasek[39]. Dinastinya memerintah pulau tersebut sehingga penghujung abad ke-14 apabila kerajaan Melayu itu sekali lagi menghadapi serangan dari tanah Jawa yang dilancarkan Majapahit. Pada 1401, cicit Sang Nila Utama, Paduka Sri Maharaja Parameswara berundur ke pesisir pantai barat semenanjung tanah Melayu dan menubuhkan Kesultanan Melaka[40]. Kesultanan Melaka menggantikan tempat Srivijaya sebagai kuasa politik Melayu serantau dan mewarisi banyak dari tradisi diraja dan budaya Melayu, termasuk sebahagian besar wilayah-wilayah yang pernah dikuasai pendahulunya[41][42][43].

Pengislaman[sunting | sunting sumber]

Luasnya Kesultanan Melaka pada abad ke-15.

Dua perkembangan utama yang mengubah sejarah Melayu muncul pada permulaan abad ke-12 dan ke-15. Yang pertama adalah ketibaan Islam: dan yang kedua adalah kebangkitan Kesultanan Melaka di pesisir pantai barat daya semenanjung tanah Melayu.[44]

Agama Islam tersebar di kawasan pesisir pantai yang kininya negeri Kedah, Perak, Kelantan dan Terengganu, dari sekurang-kurangnya abad ke-12.[45] Bukti arkeologi terawal tentang kedatangan Islam di semenanjung ialah sebuah batu bersurat bertarikh abad ke-14 yang ditemui di negeri Terengganu, Malaysia[44].

Pada abad ke-15, Kesultanan Melaka, yang hegemoninya melangkaui bahagian barat kepulauan Melayu, menjadi pusat utama penyebaran agama Islam di timur. Tradisi Melaka kemudiannya diwariskan ke generasi seterusnya dan membentuk nilai-nilai utama identiti Melayu.[46][47] Ketika era inilah, agama Islam menjadi sebati dengan masyarakat dan budaya Melayu dan menjadi aspek terpenting dalam pentakrifan identiti "Melayu".[48][49][50].

Pada tahun 1511, bandar Melaka jatuh ke tangan konkuistador Portugis. Meskipun begitu, Melaka tetap menjadi suatu prototaip institusi: satu paradigma tata urus negara dan satu titik rujukan budaya untuk negeri-negeri pengganti seperti Kesultanan Johor (1528–kini), Kesultanan Perak (1528–kini) dan Kesultanan Pahang (1470–kini)[46].

Di seberang Laut China Selatan, satu lagi kerajaan Melayu, Kesultanan Brunei (1363–kini) telah bangkit menjadi pesaing pelabuhan maritim yang utama kepada Melaka. Brunei mencapai puncak kegemilangannya pada pertengahan abad ke-16 apabila ia mengawal tanah jauh ke selatan ke kawasan yang kininya Kuching di Sarawak dan ke utara sehingga ke kepulauan Filipina[51].

Kesultanan-kesultanan Melayu utama yang lain ialah Kesultanan Kedah (1136–kini) dan Kesultanan Patani (1516–1771) yang menguasai bahagian utara semenanjung tanah Melayu.

Penjajahan[sunting | sunting sumber]

Antara tahun 1511 dan 1984, banyak kerajaan-kerajaan Melayu dan kesultanan jatuh di bawah langsung penjajahan atau menjadi negeri naungan kuasa asing yang berbeza, dari kuasa-kuasa penjajah Eropah seperti Portugis, Belanda dan British, dengan kuasa-kuasa serantau seperti Siam dan Jepun.

Pada tahun 1511, empayar Portugis manawan ibu kota Kesultanan Melaka. Walau bagaimanapun, pihak Portugis yang berjaya, tidak dapat meluaskan pengaruh politik mereka melebihi kubu Melaka. Sultan mengekalkan ketuanan di atas tanah di luar Melaka dan menubuhkan Kesultanan Johor pada tahun 1528 untuk memenangi Melaka. Melaka Portugis menghadapi beberapa serangan tindak balas yang digagalkan oleh Johor sehingga 1614, apabila gabungan tentera Johor dan empayar Belanda, menghalau Portugis dari semenanjung selama-lamanya. Sebagai satu perjanjian dengan Johor pada 1606, Belanda kemudiannya mengambil kawalan Melaka.[52]

Sejarah, Negeri-Negeri Melayu Semenanjung mempunyai hubungan bermusuhan dengan Siam. Kesultanan Melayu Melaka sendiri berjuang dua peperangan dengan Siam manakala negeri-negeri utara Melayu datang secara bersela di bawah kekuasaan Siam selama berabad-abad. Pada tahun 1771, Kerajaan Siam yang baru di bawah Dinasti Chakri dimansuhkan Kesultanan Pattani dan kemudian dilampirkan sebahagian besar Kesultanan Kedah. Terdahulu, Siam di bawah Kerajaan Ayutthaya telah diserap ke dalam Tambralinga dan ditakluki Kesultanan Singgora pada abad ke-17. Siam dikenakan struktur pentadbiran yang baru dan mencipta wilayah Satun, Songkhla, Phuket, Trang, Narathiwat, Yala dan Pattani daripada bekas kesultanan.[53][54]

Pada tahun 1786, Pulau Pinang telah dipajakkan kepada Syarikat Hindia Timur Inggeris oleh Kesultanan Kedah dalam pertukaran bantuan ketenteraan untuk menentang Siam. Pada tahun 1819, syarikat itu juga memperoleh Singapura daripada Kesultanan Johor, dan kemudian pada tahun 1824, Melaka dari Belanda. Semua ini perdagangan jawatan secara rasmi dikenali sebagai Selat pada tahun 1826 dan menjadi tanah jajahan mahkota Empayar British pada tahun 1867. Campur tangan British dalam hal ehwal negeri-negeri Melayu telah dirasmikan pada tahun 1895, apabila Raja-raja Melayu menerima Residen British dalam pentadbiran, dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah dibentuk. Pada tahun 1909, Kedah, Kelantan, Terengganu dan Perlis dalam diserahkan oleh Siam kepada British. Negeri-negeri ini bersama-sama dengan Johor, kemudiannya dikenali sebagai Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu. Semasa Perang Dunia II, semua ini milik British yang secara kolektif dikenali sebagai British Malaya telah diduduki oleh Empayar Jepun.

Kemerosotan Empayar Brunei memuncak dalam abad ke-19, apabila Brunei kehilangan banyak wilayahnya Rajah Putih Sarawak. Brunei adalah sebuah negeri naungan British dari 1888 sehingga 1984.[55]

Berikutan Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 pada tahun 1824 yang dibahagikan Tanah Melayu ke dalam penguasaan British di utara dan penguasaan Belanda di selatan, semua kesultanan Melayu di Sumatera dan Borneo Selatan menjadi sebahagian daripada Hindia Timur Belanda. Walaupun sesetengah raja Melayu mengekalkan kuasa mereka di bawah kekuasaan Belanda,[56] terdapat juga institusi beraja yang dimansuhkan oleh kerajaan kolonial Belanda, seperti Riau pada tahun 1911. Sejak penubuhan Republik Indonesia sebagai kesatuan negara pada tahun 1950, semua monarki tradisional Melayu menyerahkan kedaulatannya kepada negara,[57] sehingga kedudukan Raja-Raja Melayu dikurangkan kepada kedudukan pewarisan kebudayaan sahaja, sepertimana kedudukan pemerintahan ditukar kepada Gabenor dan Bupati atau Walikota.

Nasionalisme Melayu di Malaysia[sunting | sunting sumber]

Mural gangsa pahlawan Melayu legenda, Hang Tuah dengan quote terkenal Ta' Melayu Hilang Di-Dunia (Tak kan Melayu ilang Di Dunia)") yang ditulis di atas. Petikan adalah seruan yang terkenal untuk nasionalisme Melayu.[58][59]

Instrumen yang terawal dan paling berpengaruh detik kebangsaan Melayu [berkala]] yang dipolitikkan kedudukan orang Melayu dalam menghadapi penjajahan dan asing imigresen bukan Melayu. Walaupun repressions yang dikenakan oleh kerajaan kolonial British, terdapat tidak kurang dari 147 jurnal dan akhbar yang diterbitkan dalam Malaya antara 1876 dan 1941. Antara berkala ketara adalah "Al-Imam" (1906), "Pengasuh" (1920), Majlis (1935) dan Utusan Melayu (1939). Kenaikan nasionalisme Melayu telah sebahagian besarnya digerakkan oleh tiga puak nasionalis radikal dibezakan ke kiri Melayu dan kumpulan Islam yang menentang golongan elit konservatif.[60]

Ahli-ahli sayap kiri Melayu telah diwakili oleh Kesatuan Melayu Muda, yang ditubuhkan pada tahun 1938 oleh sekumpulan Melayu inteligensia pendidikan terutamanya dalam Sultan Idris Training College, dengan ideal Greater Indonesia. Pada tahun 1945, mereka menyusun semula diri mereka menjadi sebuah parti politik yang dikenali sebagai Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). Islam asalnya diwakili oleh Kaum Muda terdiri daripada Timur Tengah berpendidikan ulama dengan Pan-Islam sentimen. Parti politik Islam yang pertama adalah "Parti Orang Muslimin Malaya" (Hizbul Muslimin) yang ditubuhkan pada Mac 1948, yang kemudiannya digantikan oleh Parti Islam Se-Malaysia pada tahun 1951. Kumpulan ketiga konservatif terdiri daripada golongan elit barat yang birokrat dan ahli-ahli keluarga diraja yang berkongsi pendidikan Inggeris yang biasa terutamanya di eksklusif [Maktab Melayu Kuala Kangsar]]. Mereka membentuk organisasi sukarela yang dikenali sebagai persatuan-persatuan Melayu dalam pelbagai bahagian negara dan matlamat utama mereka adalah untuk memajukan kepentingan orang Melayu serta meminta perlindungan British ke atas kedudukan Melayu. Pada bulan Mac 1946, 41 persatuan Melayu yang dibentuk Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), untuk menyatakan dominasi Melayu atas Malaya.[60]

Melayu dan kemelayuan telah menjadi asas utama bagi ideologi Melayu dan nasionalisme Melayu di Malaysia. Ketiga-tiga puak nasionalis Melayu percaya dalam idea "Negara Melayu" (Bangsa Melayu) dan kedudukan bahasa Melayu, tetapi tidak bersetuju alih peranan Islam dan raja-raja Melayu. Konservatif disokong Bahasa Melayu, Islam dan pemerintahan Melayu yang menjadi tonggak utama kemelayuan, tetapi dalam negara sekular yang menghadkan peranan politik Islam. Yang berhaluan kiri bersetuju dengan negara sekular tetapi mahu menamatkan feudalisme, manakala kumpulan Islam menggemari berakhir royalti tetapi mencari peranan yang lebih besar Islam.[61]

Persekutuan Tanah Melayu pada tahun 1948. Ia telah ditubuhkan 9 tradisional negeri Melayu dan dua British Selat, Pulau Pinang dan Melaka

Yang meninggal dunia itu kesultanan Melayu di Sumatra Timur semasa " Sosial revolusi" tahun 1946, secara drastik dipengaruhi rakan Malayan mereka dan politik motivasi mereka terhadap ideal yang PKMM, Greater Indonesia dan wawasan Islam 'Republik Islam. Pada bulan Mac 1946, UMNO muncul dengan sokongan penuh sultan-sultan Melayu. Pergerakan baru menjalin hubungan politik yang rapat antara pemerintah dan mata pelajaran yang belum pernah dicapai. Ia menjana pendapat awam teruja Melayu yang, bersama-sama dengan sikap acuh tak acuh mengejutkan politik bukan Melayu, membawa kepada pengabaian Britain radikal Malayan Union pelan. Menjelang Julai, UMNO berjaya dalam mendapatkan perjanjian dengan British untuk memulakan rundingan bagi perlembagaan baru. Rundingan terus dari Ogos hingga November, antara pegawai-pegawai British di satu pihak, dan wakil-wakil Sultan 'dan UMNO dan yang lain.[62]

Dua tahun kemudian separuh bebas Persekutuan Tanah Melayu dilahirkan, yang mencerminkan satu kemenangan yang jelas untuk kepentingan Melayu. Susunan perlembagaan yang baru sebahagian besarnya kembali kepada corak asas pemerintahan kolonial pra-perang dan dibina pada ketuanan negeri-negeri individu Melayu. Hak dan keistimewaan Melayu terus terpelihara. Tradisional Raja-raja Melayu itu mengekalkan hak istimewa mereka, manakala keturunan mereka yang berpendidikan Inggeris datang untuk menduduki jawatan kuasa di pusat, yang progresif decolonized. Pada bulan Ogos 1957, Persekutuan Tanah Melayu, pergantungan terakhir Barat utama di Asia Tenggara, kemerdekaan dicapai dalam pemindahan kuasa berjalan dengan aman.[62] Persekutuan telah dibentuk semula sebagai Malaysia dengan tambahan pada tahun 1963 Singapura (dipisahkan pada 1965), Sabah dan Sarawak.

Budaya[sunting | sunting sumber]

Bahasa[sunting | sunting sumber]

Batu Bersurat Kedukan Bukit yang ditulis dalam Tulisan Pallava, ditemui pada tahun 1920 di Kedukan Bukit, Sumatra Selatan. Bertarikh 683 AM, ia adalah artifak tulisan Melayu yang tertua masih wujud.
Rencana utama: Bahasa Melayu

Bahasa Melayu ialah satu bahasa dari keluarga Austronesia yang merupakan antara bahasa utama di dunia.[63] Variasi dan dialek-dialek Melayu digunakan sebagai bahasa rasmi di Malaysia, Brunei, Singapura dan Indonesia. Ia juga ditutur di Thailand, Filipina, Kepulauan Cocos (Keeling), Pulau Krismas, Sri Lanka, Suriname. Penutur aslinya berjumlah sekitar 33 juta orang di kepulauan Melayu dan ia digunakan sebagai bahasa kedua oleh anggaran 220 juta orang.[63]

Batu Bersurat Terengganu, artifak tulisan tertua dengan tulisan Jawi di atasnya. Kandungannya ialah hukum tempatan yang dipengaruhi Syariat Islam dan oleh itu adalah salah satu bukti terawal pengaruh Islam di Malaysia.

Bahasa Melayu Kuno mula tersebar dengan meluas di kepulauan Melayu ketika zaman kekuasaan empayar Srivijaya. Ia kemudiannya digantikan dengan bahasa Melayu Klasik yang muncul bersama dengan kedatangan Islam dan mencapai puncak kegemilangannya ketika zaman kesultanan Melaka. Pada kurun ke-15, ia tersebar ke kawasan-kawasan yang di luar kekuasaan Melaka seperti Ternate dan Tidore di Maluku utara. Ketika era ini, bahasa Melayu juga menjadi bahasa istana dan sastera di kerajaan-kerajaan di luar kawasan penutur tradisional bahasa Melayu.[64]

Pada zaman dahulu, bahasa Melayu merupakan salah satu bahasa ilmu utama di kalangan para ilmuwan Islam. Para pengarang Eropah abad ke-18, seperti Tavernier, Thomassin dan Werndly menggambarkan bahasa Melayu sebagai "bahasa ilmu di seluruh Hindia Timur, sepertimana bahasa Latin di Eropah"[65] Ia juga adalah bahasa yang paling meluas digunakan ketika zaman penjajahan British dan Belanda di Kepulauan Melayu[66].

Loghat Kesultanan Johor atau Johor-Riau adalah tuturan piawai di kalangan orang Melayu di Singapura dan Malaysia, dan ia menjadi dasar asal untuk bahasa Indonesia piawai[67][68][69][70]. Di semenanjung tanah Melayu, loghat Kelantan dalam bentuk tulennya adalah yang paling sukar untuk difahami. Loghat semenanjung lain termasuk loghat Kedah, loghat Melaka, loghat Negeri Sembilan, loghat Perak, loghat Pahang dan loghat Terengganu. Di Thailand, Melayu Satun bertutur seperti loghat Kedah sementara yang di wilayah-wilayah Patani bertutur seperti loghat Kelantan. Di Brunei, ada pelbagai loghat Melayu yang digunakan; Bahasa Melayu Diraja, Kedayan, Kampong Ayer, Bahasa Melayu Pasar dan Bahasa Melayu Brunei[71]. Manakala di Indonesia, loghat bahasa Melayu boleh digolongkan kepada dua loghat besar iaitu loghat Melayu Barat (bermakna loghat Melayu yang dituturkan orang asli etnik Melayu, mengandungi loghat Riau, loghat Jambi, loghat Palembang, loghat Bengkulu, loghat Bangka, loghat Belitung, loghat Komering, dan loghat lain di Sumatera dan Kalimantan Barat) dan loghat Melayu Timur (bermakna loghat Melayu yang dituturkan orang bukan etnik Melayu, mengandungi loghat Kutai, loghat Gorontalo, loghat Ternate, loghat Ambon, loghat Papua, dan loghat lain di Indonesia Timur).

Bahasa Melayu mengikut sejarah ditulis dalam Pallava, Kawi dan Rencong. Selepas ketibaan Islam, tulisan Jawi yang berasaskan abjad Arab mula digunakan dan masih wujud hari ini sebagai tulisan rasmi di Malaysia dan Brunei [72], dan juga tulisan rasmi untuk bahasa Yawi di selatan Thailand. Bermula dari abad ke-17, akibat dari penjajahan British dan Belanda, tulisan Jawi secara beransur-ansur digantikan dengan tulisan Rumi[73] yang akhirnya menjadi tulisan moden rasmi untuk bahasa Melayu di Malaysia, Singapura, dan Indonesia ( tulisan rasmi lain di Brunei).

Sastera[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Sastera Melayu

Kesusasteraan Melayu kaya dengan khazanah sastera lisan dan sastera klasik yang sebilangan besarnya mengandungi kisah dari pelbagai lapisan masyarakat, dari pekerja rumah tangga ke menteri, dari hakim ke Raja, dan merentasi pelbagai zaman, dari zaman silam hingga ke zaman kontemporari, yang bersama-sama membentuk identiti kemelayuan yang pelbagai[74].

Hikayat Merong Mahawangsa dalam tulisan Jawi. Ia juga digelar Sejarah Kedah dan merupakan sebuah karya sastera Melayu silam yang membabadkan keturunan Merong Mahawangsa dan pengasasan negeri Kedah.

Bahasa Melayu ialah bahasa yang lembut dan halus. Keaslian dan keindahan sastera Melayu dapat dilihat dalam elemen puisinya, yang menekankan penggunaan rima dan irama. Antara bentuk puisi Melayu yang terkenal ialah - Pantun, Syair dan Gurindam.

Bentuk terawal sastera Melayu adalah sastera lisan dan tema utamanya ialah cerita dongeng tentang alam semula jadi, haiwan dan manusia. Cerita dongeng dihafal dan diwarisi dari satu keturunan penglipur lara ke keturunan yang seterusnya. Banyak dari cerita-cerita ini dikarang oleh penglipur lara contohnya; Hikayat Malim Dewa, Hikayat Malim Deman, Hikayat Raja Budiman, Hikayat Raja Donan, Hikayat Anggun Cik Tunggal, dan Hikayat Awang Sulung Merah Muda.

Apabila pengaruh budaya India mula menyebar ke seluruh kepulauan Melayu kira-kira 2000 tahun yang lalu, sastera Melayu mula menggabungkan elemen-elemen dari India. Pada zaman Hindu-Buddha ini, karya-karya dari sastera Sanskrit dan mitologi Hindu diterjemah, dan diadaptasi ke dalam sastera Melayu. Antara karya-karya yang bersusur galur dari zaman ini ialah Hikayat Seri Rama (suatu terjemahan bebas Ramayana) dan Hikayat Panca Tanderan (suatu adaptasi Hitopadesha) [75].

Zaman sastera Melayu klasik bermula selepas ketibaan Islam dan penciptaan tulisan Jawi (tulisan yang berasaskan abjad Arab). Sejak itu, elemen-elemen Islam mula membawa pengaruh yang besar dalam sastera Melayu. Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 1303, adalah penulisan naratif Melayu terawal yang diketahu wujud. Batu ini dipahat dengan catatan sejarah, undang-undang, dan kisah cinta dalam tulisan Jawi[76]. Karya yang dianggap terpenting dalam sastera Melayu pula ialah Sejarah Melayu (Sulalatus Salatin) yang sangat masyhur itu. Ia pernah digelar karya sastera Melayu yang "paling masyhur, mempunyai ciri tersendiri, dan yang terbaik", oleh sarjana terkenal dalam pengajian Melayu, Sir Richard O. Winstedt.[77] Tarikh sebenar bila Sejarah Melayu ditulis dan siapa penulis asalnya adalah tidak diketahui[76], namun atas titah perintah Sultan Alauddin Riayat Shah III dari Johor pada 1612, Tun Sri Lanang menyelia proses penyuntingan dan penyusunannya.[78].

Pada abad ke-19, sastera Melayu telah mengalami revolusi penting melalui karya-karya Abdullah Abdul Kadir Munshi, seorang munshi Singapura kelahiran Melaka yang terkenal[75]. Pada zamannya, Abdullah dianggap sebagai orang Melayu yang paling terpelajar pernah menulis[75], salah seorang pembaharu terhebat dalam persuratan Melayu[79] dan juga dianggap bapa sastera Melayu moden[76]. Karya-karya beliau yang terpenting ialah Hikayat Abdullah (sebuah autobiografi), Kisah Pelayaran Abdullah ke Kelantan ( catatan tentang perjalanannya untuk kerajaan Singapura ke Kelantan), dan Kisah Pelayaran Abdullah ke Mekah (catatan tentang perjalanannya untuk menunaikan Haji di Mekah). Karya-karya beliau merupakan inspirasi bagi generasi pengarang yang seterusnya dan menandakan tahap awal peralihan dari zaman sastera Melayu klasik ke zaman sastera Melayu moden.[79].

Agama[sunting | sunting sumber]

Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin di Brunei. Kerajaan ini menggasuh Melayu Islam Beraja sebagai falsafah negara sejak kemerdekaannya pada 1984.

Pada awalnya, orang Melayu adalah umat animisme yang mempercayai kewujudan semangat dalam semua benda.[37]. Pada permulaan Zaman Kristian, agama Hindu dan agama Buddha Mahayana diperkenalkan oleh para pedagang India ke Kepulauan Melayu, di mana ia berkembang dengan pesat sehingga kedatangan Islam yang dibawa oleh pedagang Arab, India dan Cina.

Seorang lelaki Melayu yang berpakaian Melayu menunaikan solat di sebuah masjid. Dianggarkan 99.99% orang Melayu kini adalah pengikut Islam Sunah Waljamaah. Gejala murtad di kalangan orang Melayu Islam adalah sangat jarang, tetapi bukan tidak pernah didengari.

Pada abad ke-15, aliran mazhab Sunah Waljamaah ortodoks tersebar dengan meluas di kepulauan Melayu di bawah peranan kesultanan Melaka. Berbeza dengan agama Hindu yang mengubah masyarakat Melayu awal secara lahiriah, Islam dapat dikatakan berakar kuat dalam hati dan minda orang Melayu[80] Selepas zaman ini, secara tradisinya, identiti orang Melayu adalah sangat berkait rapat dengan Islam[81] dan ia berkekalan sehingga hari ini[80] Kaitan ini sangat kuat sehinggakan apabila seseorang dari suku lain memeluk agama Islam di alam Melayu, beliau dikatakan akan "masuk Melayu"[48].

Dari pemerhatian orientalis Inggeris dan pentadbir kolonial Malaya British, Richard Olaf Winstedt yang pernah berada di Tanah Melayu dari tahun 1902 hingga 1939, kepercayaan-kepercayaan lama yang berasal dari zaman sebelum Islam masih berakar dalam budaya Melayu pada zaman tersebut. Aliran sufisme atau unsur mistik dari mazhab Syiah, yang sepatutnya tiada tempat dalam mazhab Sunah Waljamaah ortodoks juga diamalkan oleh orang Melayu, disamping unsur-unsur lama dari fahaman animisme dan agama Hindu-Buddha[82].

Keadaan ini bagaimanapun berubah pada era pembaharuan Islam (juga digelar Islamisasi semula[83]) yang berlaku di seluruh dunia pada tahun 1970an. Banyak amalan dan tradisi yang bertentangan dengan ajaran Islam dan mengandungi unsur-unsur kepercayaan lama yang syirik mula ditinggalkan oleh orang Melayu. Antaranya ialah temasya Mandi Safar yang sangat terkenal diamalkan suatu ketika dahulu. Pesta mandi untuk kesucian rohani ini dikatakan mengandungi unsur-unsur dari amalan Durga Puja agama Hindu.[84].

Lebih kurang 99.9% orang Melayu moden adalah penganut Islam dari mazhab Sunah Waljamaah[9][10][11] dan semua perayaan-perayaan terpenting Melayu adalah perayaan Islam; Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Aidiladha, Awal Muharram (Tahun Baru Islam) dan Maulidur Rasul (Hari keputeraan Nabi Muhammad S.A.W).

Seni bina[sunting | sunting sumber]

Replika istana Kesultanan Melaka yang dibina berdasarkan maklumat dan data yang diperolehi dari Sejarah Melayu. Teks bersejarah ini mengandungi rujukan tentang pembinaan dan seni bina istana-istana pada era pemerintahan Sultan Mansur Shah dari tahun 1458 hingga 1477.

Seni bina kediaman asli di kepulauan Melayu boleh dibahagikan kepada dua bentuk utama. Yang pertama ialah bentuk kediaman puak yang terbahagi pula kepada dua iaitu bentuk vernakular orang asli dan bentuk imej bot yang dimiliki suku kaum Flores, Nias, Batak, Melanesia, Toraja dan Papua. Bentuk kedua ialah seni bina masyarakat maritim pesisir yang lebih maju seperti Melayu, Bugis, Acheh, Minangkabau dan lain-lain, yang mendirikan pelabuhan, kerajaan, malah empayar-empayar.[85] Seperti juga dalam seni bina suku-suku lain di kepulauan Melayu, kayu merupakan bahan utama dalam pembinaan rumah tradisional Melayu[44]. Bagaimanapun, penemuan struktur batu lama terutamanya binaan rumah ibadat dari zaman kerajaan-kerajaan Melayu purba di tanah Melayu dan empayar Srivijaya, membuktikan yang orang Melayu juga menggunakan batu dalam pembinaan.

Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, lapangan terbang ini menggabungkan beberapa ciri seni bina Melayu tradisional.

Terdapat bukti arkeologi binaan candi campuran batu dan kayu di lembah bujang, Kedah yang dipengaruhi oleh seni bina India bertarikh seawal kurun pertama sebelum Masihi. Dalam kawasan yang berkeluasan lebih 350 kilometer persegi, 87 tapak bersejarah telah dilaporkan yang terdiri dari relau besi, dewan dan jeti di sepanjang sungai purba Lembah Bujang.[86][87] Terdapat juga candi-candi yang ditemui di puncak-puncak gunung, satu ciri yang mungkin berasal dari kepercayaan orang Melayu purba mengenai kesucian tempat-tempat tinggi[88].

Candi Muara Takus dan Candi Muaro Jambi di Sumatra merupakan antara peninggalan arkeologi yang berkaitan dengan elemen-elemen seni bina empayar Srivijaya. Sebahagian besar peninggalan seni bina Srivijaya dapat juga ditemui di Chaiya (kini sebuah wilayah di Thailand) di Semenanjung Melayu, yang pernah menjadi pusat terpenting pada zaman Srivijaya[89][90][91]. Bentuk unik struktur rumah ibadat di Chaiya terdiri daripada ruang sel yang menempatkan imej Buddha dan puncak struktur yang dinaikkan dalam bentuk stupa dengan teres yang bertingkat-tingkat, yang dapat dilihat pada Wat Pra Borom That.[90]

Gambaran orang asing yang terawal tentang seni bina Melayu di tanah Melayu dapat ditemui dalam beberapa catatan China. Satu catatan dari abad ke-7 menceritakan tentang penziarah-penziarah Buddha yang singgah di Langkasuka ada menerangkan yang bandarnya dikelilingi tembok dengan menara-menara peninjau, dan memiliki pintu berkembar yang besar[92] Satu lagi catatan abad ke-7 oleh utusan khas China ke Kerajaan Bumi Merah merekodkan yang ibu kotanya mempunyai 3 pintu utama yang jarak antaranya adalah 100 langkah dan dihiasi dengan lukisan bertemakan Buddha dan semangat-semangat wanita.[85]

Rumah adat Melayu Sarawak dari Borneo Malaysia.

Keadaan fizikal binaan kayu yang mudah rosak dan kurangnya catatan tentang hasil seni bina sebelum abad ke-15, menyebabkan pengetahuan terperinci tentang seni bina Melayu terhad kepada 500 tahun dahulu sahaja. Keterangan terperinci tentang seni bina Melayu yang terawal adalah mengenai Istana besar Sultan Mansur Shah yang memerintah Melaka dari tahun 1458 hingga 1477.[44][85]. Menurut Sejarah Melayu, bangunan ini mempunyai tujuh struktur ruang di atas tiang-tiang kayu, dengan tujuh bumbung dari genting tembaga yang berlapis-lapis dan menara-menara bersadur emas, dihiasi dengan cermin kaca Cina[85] Sumber Portugis juga ada menerangkan tentang Istana Sultan Mansur Shah serta binaan masjid batu di Melaka.

Anjung Seni Idrus Tintin di Pekanbaru, Riau. Sebuah pusat pertunjukan seni utama di Indonesia bercirikan seni bina Melayu.

Rumah adat Melayu tradisional dibina menggunakan struktur rangka kayu yang sederhana. Ia biasanya mempunyai bumbung yang cerun, serambi di bahagian depan, siling tinggi, banyak bukaan di dinding untuk pengalihan udara[93], dan sering dihiasi dengan ukiran kayu yang indah. Kecantikan dan kualiti ukiran kayu Melayu melambangkan taraf sosial dan pangkat pemilik-pemiliknya.[94] Hasil seni bina Melayu yang paling indah biasanya dapat dilihat pada istana raja-raja dan rumah golongan bangsawan serta rumah-rumah ibadat tradisional.

Banyak elemen reka bentuk seni bina Melayu kini diadaptasi pada struktur moden untuk mencerminkan identiti Melayu. Struktur bumbung beralun yang disokong oleh kaki bajang di bangunan KLIA adalah diilhamkan dari rumah kampung gaya Melayu tradisional. Kayu yang merupakan elemen penting dalam pembinaan bangunan Melayu tradisional, juga diterjemahkan dan digunakan semula dalam landskap moden di KLIA dan Putrajaya. Di Putrajaya, pejabat Perdana Menteri dibariskan dengan panel kayu untuk mencapai matlamat reka bentuk ini. Bahagian bawah struktur atap berkubah KLIA kelihatan seakan-akan "melitupi jalur nipis kayu" yang menurut arkiteknya, "mencerminkan struktur kayu vernakular Malaysia, menginterpretasi semula kaedah pembinaan tradisional dan menguatkan identiti tempatan". Selain itu, elemen-elemen bukan seni bina warisan Melayu juga digunakan pada bangunan moden. Pintu masuk ke dalam Menara Kembar Petronas dihiasi dengan motif-motif Melayu kontemporari yang diadaptasi dari seni kraftangan tradisional, termasuk Songket dan ukiran kayu yang diilhamkan dari imej-imej hutan hujan tropika[95].

Seni tampak[sunting | sunting sumber]

Ukiran kayu adalah bahagian utama seni tampak Melayu klasik. Orang Melayu secara tradisinya menghiasi tugu, bot, senjata, kubur, alat muzik, dan perkakas dengan motif bunga, seni khat, geometri dan ciri kosmos. Seni ini dihasilkan dengan membuang sebahagian permukaan kayu dengan alat-alat tajam, mengikut corak-corak, gubahan dan susunan khusus. Ia dilihat sebagai satu bentuk pengabdian si tukang kayu kepada Sang Pencipta dan anugerah kepada masyarakat.[96]

Seni ukiran kayu berkembang maju dalam budaya Melayu hasil dari banyaknya sumber kayu di kepulauan Melayu dan juga kemahiran tukang kayu. Kayu yang biasa digunakan ialah spesis kayu keras tropika yang tahan lama dan mampu menahan serangan kulat, kumbang dan anai-anai. Selain itu, iklim tropika semula jadi yang memiliki kepelbagaian flora dan fauna serta daya kosmik, telah memberi inspirasi kepada motif-motif samada dalam bentuk abstrak atau stail di atas papan kayu. Dengan kedatangan Islam, bentuk geometri dan seni khat Islam telah diperkenalkan dalam seni ukiran kayu.[97]

Rumah-rumah atau masjid Melayu tradisional biasanya akan dihiasi dengan lebih daripada 20 komponen ukiran. Ukiran pada dinding dan panel membenarkan aliran udara yang berkesan di dalam dan luar bangunan dan dapat membiarkan sinaran matahari menerangi bahagian dalam struktur. Pada masa yang sama, bayang-bayang berasaskan motif-motif yang terhasil dari panel akan menambah seri pada bahagian lantai. Oleh itu, setiap ukiran kayu tidak hanya untuk nilai estetika semata-mata, tapi juga untuk fungsi-fungsi khusus.

Masakan[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Masakan Melayu
Nasi lemak, nasi yang dikukus dengan santan.

Setiap wilayah tradisional Melayu mempunyai makanan khasnya yang tersendiri - Terengganu dan Kelantan terkenal dengan Nasi dagang, Nasi kerabu dan Keropok lekor, Negeri sembilan dengan masakan berlemak, Pahang dengan gulai tempoyak, Kedah dengan Asam laksa, Melaka dengan Asam pedas dan Brunei dengan hidangan Ambuyat.

Ciri utama masakan tradisional Melayu ialah penggunaan rempah ratus yang banyak, serta santan yang penting untuk menghasilkan makanan berlemak dan pekat. Perasa seperti belacan dan budu adalah penting untuk menambah kesedapan makanan. Belacan juga digunakan sebagai bahan asas bersama-sama dengan cili, bawang dan bawang putih untuk menghasilkan sambal, satu lagi perasa utama dalam hidangan. Masakan Melayu juga banyak menggunakan lengkuas dan serai makan.[41]

Hampir setiap masakan Melayu dihidang bersama dengan nasi, makanan ruji kepada orang Melayu dan juga kebanyakan etnik lain di Asia. Walaupun terdapat banyak jenis makanan dalam masakan Melayu, biasanya semua dihidangkan sekaligus, tanpa turutan sajian seperti dalam budaya Barat. Makanan akan dijamah dengan tertib menggunakan tangan kanan (tangan kiri dikhususkan untuk penyucian diri) dan orang Melayu jarang menggunakan perkakas.[44]. Oleh kerana kebanyakan orang Melayu beragama Islam, masakan Melayu mengikut hukum diet halal Islam secara ketat. Pengambilan protein kebanyakannya diambil dari daging lembu, kerbau, kambing, biri-biri, ayam, itik dan ikan. Daging babi, daging tidak halal yang lain serta alkohol adalah dilarang dan tidak terdapat dalam diet makanan seharian Melayu.

Nasi lemak, sejenis nasi yang dimasak dalam santan pekat mungkin merupakan hidangan Melayu paling terkenal yang mudah didapati di setiap pekan dan kampung Melayu serta dianggap hidangan kebangsaan Malaysia[98]. Satu lagi contoh ialah Ketupat atau nasi himpit, nasi lekit termampat yang dimasak di dalam daun kelapa, terkenal dihidang ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri. Pelbagai jenis daging dan sayur-sayuran diguna untuk menghasilkan Gulai atau Kari, sejenis hidangan kari dengan pelbagai campuran rempah yang memaparkan pengaruh India yang jelas yang diterima oleh orang Melayu sejak zaman silam. Laksa, satu kacukan masakan Melayu dan Cina Peranakan juga adalah satu hidangan yang masyhur. Masakan Melayu juga mengadaptasi sesetengah tradisi masakan jiran-jirannya, seperti rendang dari Minangkabau di Sumatra, dan satay dari Jawa, bagaimanapun orang Melayu telah membangunkan cita rasa dan resipi khas mereka yang tersendiri.

Seni pertunjukan[sunting | sunting sumber]

Kumpulan penari Melayu Pattani mempersembahkan Mak Yong pada era pemerintahan Raja Rama V dari Siam (1853-1910).

Seni pertunjukan orang Melayu adalah kaya dengan pelbagai jenis muzik, tarian dan teater yang merupakan gabungan dari pelbagai pengaruh budaya. Jenis genre adalah pelbagai, dari drama tari Melayu asli seperti Mak Yong sehingga ke tarian-tarian dari pengaruh Arab seperti Zapin. Koreografi gerakan juga adalah berbeza-beza, dari langkah dan talaan yang mudah seperti dalam Dikir barat sehinggalah ke gerakan yang lebih sukar seperti dalam Joget Gamelan.

Muzik Melayu tradisional pada asasnya menggunakan genderang. Pelbagai jenis gong memberikan rentak untuk tarian-tarian. Terdapat juga gendang dari pelbagai saiz, dari rebana ubi besar yang digunakan untuk acara penting hingga ke kompang kecil yang digunakan untuk mengiringi persembahan dalam upacara keagamaan dan perkahwinan.[99]

Kesenian Nobat merupakan alat kebesaran diraja dan menurut catatan sejarah ia digunakan sejak zaman Kesultanan Kedah dan Kesultanan Melayu Melaka. Ia adalah lambang kebesaran Raja-Raja Melayu sehingga hari ini dan hanya dipersembahkan dalam upacara-upacara keagamaan dan diraja yang penting, contohnya dalam istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong. Orkestra tradisional Nobat terdiri dari alat muzik nehara, gendang, nafiri, serunai dan kadang kadang termasuk gong bertombol dan sepasang simbal.[44]

Pengaruh India adalah kuat dalam wayang kulit di mana kisah-kisah dari epik Hindu; Ramayana & Mahabharata menjadi repertoir utama. Terdapat empat jenis teater wayang kulit yang dapat ditemui di semenanjung Tanah Melayu; Wayang Gedek, Wayang Purwa, Wayang Melayu dan Wayang Siam[100][101][102].

Antara seni pertunjukan Melayu lain yang terkenal ialah; teater Bangsawan, balada cinta Dondang sayang dan tarian Mak Inang dari Kesultanan Melaka, teater Jikey dan Mek Mulung dari Kedah, tarian Asyik dan drama tari Menora dari Patani dan Kelantan, drama tari Ulek mayang dan tarian Rodat dari Terengganu, dan teater Boria dari Pulau Pinang.

Pakaian tradisional[sunting | sunting sumber]

Seorang wanita Palembang dalam pakaian tarian tradisional Gending Sriwijaya, Sumatera Selatan, Indonesia.
Rencana utama: Baju Melayu dan Baju Kurung

Dalam budaya Melayu, pakaian dan tekstil adalah sangat tinggi kedudukannya dan melambangkan kecantikan, kuasa dan pangkat. Beberapa keterangan dalam Hikayat-Hikayat Melayu ada menekankan peri pentingnya kedudukan tekstil.[103] Sejarah industri tenunan Melayu dapat ditelusuri sejak abad ke-13 apabila laluan perdagangan di Timur berkembang pesat di bawah peranan kerajaan dinasti Song. Keterangan tentang tekstil buatan tempatan dan kemajuan industri penyulaman di semenanjung Tanah Melayu ada dinyatakan dalam beberapa catatan China dan India.[103] Antara jenis tekstil Melayu yang terkenal dan masih wujud sehingga hari ini ialah Songket dan Batik.

Pakaian tradisional Melayu terawal adalah ringkas, wanitanya mengenakan sarung yang menutup bahagian bawah tubuh hingga ke dada sementara lelakinya mengenakan baju ringkas, samada berlengan atau tidak, dengan seluar pendek hingga ke paras lutut. Bagaimanapun, apabila perdagangan dengan dunia luar berkembang maju, cara berpakaian orang Melayu mula mendapat pengaruh luar dan berubah menjadi lebih sofistikated. Abad ke-15 adalah kemuncak zaman kesultanan Melayu Melaka yang Islam adalah agama rasminya. Seperti diceritakan dalam Sejarah Melayu, ketika inilah pakaian tradisional Baju Melayu dicipta. Pengaruh Islam yang kuat telah mengubah cara berpakaian orang Melayu kemudiannya kepada ciri-ciri yang bersesuaian dengan agama Islam. Pakaian umum Melayu klasik untuk lelaki terdiri dari baju, seluar kaki kecil, sarung yang dipakai di pinggang, dan tanjak atau tengkolok yang dipakai di kepala. Adalah perkara biasa bagi seorang pahlawan Melayu menyisipkan keris di lipatan hadapan sarung. Pakaian Melayu versi wanita yang terawal pula adalah lebih longgar dan panjang. Bagaimanapun ia kemudiannya diperbaharui dan dipopularkan Sultan Abu Bakar dari kesultanan Johor pada lewat kurun ke-19, menjadi bentuk baju kurung yang dipakai sehingga hari ini.

Terdapat pelbagai bentuk dan variasi pakaian tradisional Melayu yang wujud mengikut rantau-rantau yang berbeza, namun jenis yang paling masyhur sehingga hari ini ialah baju kurung (untuk wanita) dan baju Melayu (untuk lelaki), yang kedua-duanya diakui sebagai pakaian kebangsaan untuk Malaysia dan Brunei[104][105] dan masih dipakai oleh komuniti Melayu di Singapura, Thailand dan Indonesia. Berbeza dengan baju Melayu yang masih dipakai hanya dalam upacara-upacara tertentu, baju kurung adalah lebih popular dan dipakai setiap hari oleh ramai wanita Melayu. Kelibat kakitangan awam, pekerja profesional dan pelajar wanita yang memakai baju kurung adalah pemandangan biasa di Malaysia dan Brunei.

Seni mempertahankan diri[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Silat
Seorang pesilat wanita dari Singapura.

Seni Silat Melayu telah diamalkan orang Melayu sejak ratusan tahun dahulu dan kini dapat ditemui di seluruh kepulauan Melayu terutamanya di wilayah tradisi Melayu iaitu semenanjung Tanah Melayu, Kepulauan Riau, Sumatra dan pesisir pantai Borneo. Seni Silat dikatakan berkembang hasil dari pemerhatian dan peniruan gerakan haiwan seperti monyet, helang dan harimau. Ia menggabungkan gerakan menendang, menumbuk dan menjatuhkan serta penggunaan senjata. Walaupun senjata utama orang Melayu adalah Keris, terdapat juga senjata-senjata lain yang digunakan dalam silat seperti; Lading, Badik, Tekpi, Tumbuk Lada, Kerambit, Parang, Sundang, Sabit, Lembing dan batang buluh.

Sejarah asal-usul silat adalah sangat sukar dipastikan kerana kurangnya rekod bertulis yang wujud, selain dari sejarah lisan dan legenda yang diperturunkan oleh mahaguru-mahaguru silat. Dipercayai pada abad ke-6 masihi, seni perang Melayu terawal telah mula diamalkan di semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera. Bentuk-bentuk terawal Silat dikatakan telah berkembang dan digunakan dalam angkatan bersenjata kerajaan-kerajaan Melayu purba di semenanjung seperti Langkasuka dan Kedah serta empayar Srivijaya.[106][41][107][108]

Pengaruh empayar Melayu Srivijaya dan Kesultanan Melaka telah menyumbang kepada penyebaran seni mempertahankan diri ini ke seluruh pelusuk Kepulauan Melayu. Melalui rangkaian muara-muara dan sungai-sungai yang menjadi pusat utama perdagangan, Silat tersebar jauh ke masyarakat pedalaman. Pahlawan legenda Melayu dari Melaka, Laksamana Hang Tuah merupakan seorang pesilat yang paling terkenal dalam sejarah[109] bahkan dianggap sesetengah pihak sebagai bapa silat Melayu.[110] Sejak zaman klasik Melaka, Silat mengalami diversifikasi yang besar sehingga muncul pelbagai aliran dan variasi yang kemudiannya membentuk apa yang kini diakui secara tradisional sebagai sumber kepada Pencak Silat, istilah generik untuk semua seni mempertahankan diri Indonesia.[111][112] Di Malaysia sahaja, terdapat lebih dari 150 perguruan Silat dari aliran yang berbeza-beza, antara aliran utama perguruan silat yang terkenal ialah Silat Gayong, Silat Cekak, Silat Sendeng, Silat Kuntau, Silat Harimau, Silat Lian dan Silat Terlak.[113]

Selain dari seni Silat, Tomoi juga diamalkan oleh orang Melayu terutamanya di negeri-negeri utara semenanjung Tanah Melayu. Sama seperti Pradal serey dan Muay Thai, Tomoi merupakan salah satu varian kickboxing versi Indo-China yang dipercayai telah disebarkan di tanah besar Asia Tenggara sejak zaman empayar Funan.

Permainan tradisional[sunting | sunting sumber]

Sebuah bengkel pembuat wau di Kelantan, Malaysia.

Permainan Melayu tradisional biasanya memerlukan kemahiran kraf dan kecekapan tangan, dan asal-usulnya dapat ditelusuri sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Sepak raga dan layang-layang adalah antara permainan tradisional yang ada dinyatakan dalam teks Sejarah Melayu, dimainkan oleh golongan bangsawan dan keluarga diraja Kesultanan Melayu Melaka.[114][115][116]

Sepak Raga yang kini dikenali sebagai Sepak takraw adalah salah satu permainan Melayu yang termasyhur dan telah dimainkan sejak ratusan tahun dahulu. Secara tradisi, Sepak raga dimainkan dalam bulatan dengan menendang dan menimbang bola rotan menggunakan mana-mana bahagian badan kecuali lengan dan tangan. Ia kini diakui sebagai sukan kebangsaan Malaysia[117][118] dan dimasukkan dalam temasya sukan antarabangsa seperti Sukan Asia dan Sukan Asia Tenggara.

Permainan masyhur yang lain adalah permainan Gasing yang biasanya dimainkan selepas musim menuai. Kemahiran hebat dalam pertukangan adalah diperlukan untuk menghasilkan gasing yang paling kompetitif, ada di antaranya yang dapat berputar sehingga dua jam lamanya.[41]

Kemungkinan permainan Melayu yang paling masyhur adalah layang-layang atau lebih dikenali sebagai Wau di semenanjung Tanah Melayu. Pertandingan menerbangkan Wau mengambil tempat dengan hakim-hakim menganugerahkan markah untuk kemahiran pertukangan (Wau adalah objek cantik yang berwarna-warni yang dibina dengan bingkai buluh), bunyi (semua layang-layang Melayu direka bentuk agar dapat menghasilkan bunyi khas apabila berada di udara) dan ketinggian.[41]

Orang Melayu juga mempunyai satu varian mainan berpapan Mancala yang dikenali sebagai Congkak. Permainan ini dimainkan dengan mengalih buah congkak yang diperbuat dari batu, guli, manik atau kerang, pada papan kayu yang berlubang dua belas atau lebih. Mancala diakui sebagai permainan tertua di dunia dan telah dimainkan sejak zaman Mesir Kuno. Apabila permainan ini tersebar luas di seluruh dunia, setiap budaya telah mencipta variannya yang tersendiri termasuklah orang Melayu.[41]

Nama dan Pangkat[sunting | sunting sumber]


Nama peribadi Melayu adalah kompleks, mencerminkan struktur masyarakatnya yang berhierarki, dan pangkat dianggap sangat penting. Ia telah mengalami perubahan yang besar mengikut peredaran zaman, dan mencermikan pelbagai pengaruh luar ke atas masyarakat Melayu sejak berkurun lamanya. Walaupun sesetengah nama Melayu moden masih mengekalkan pengaruh dari nama Melayu asli dan Sanskrit, sebagai umat Islam, orang Melayu telah lama menggunakan nama Arab sebagai tanda agama mereka.

Nama Melayu adalah mengikut sistem patronimi dan boleh terdiri dari sehingga empat bahagian; pangkat, nama diberikan, nama keluarga, dan nama bapa. Sesetengah nama diberikan dan nama bapa boleh terdiri dari dua atau tiga nama, yang menghasilkan nama penuh yang sangat panjang. Contohnya, salah seorang pemain bola sepak kebangsaan Malaysia adalah Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak, di mana 'Mohd Aidil Zafuan' adalah tiga nama diberikan dan 'Abdul Radzak' adalah dua nama bapanya.

Selain itu, bahasa Melayu juga mempunyai sistem pangkat dan kehormatan yang sangat kompleks, yang sehingga kini masih digunakan dengan meluas di Malaysia dan Brunei. Dengan meletakkan pangkat Melayu pada nama Melayu biasa, satu nama yang lebih kompleks akan dihasilkan. Perdana Menteri Malaysia kini mempunyai nama penuh Dato' Seri Mohd Najib bin Tun Haji Abdul Razak, di mana 'Dato' Seri' adalah pangkat kehormatan Melayu, 'Mohd Najib' adalah nama peribadinya, 'bin' memperkenalkan pangkat dan nama bapanya, 'Tun' adalah darjah kemuliaan yang lebih tinggi, 'Haji' menandakan bapanya pernah menunaikan Haji di Mekah, dan 'Abdul Razak' adalah nama peribadi bapanya.

Bagaimanapun, nama-nama Melayu yang lebih kompleks dimiliki oleh kerabat diraja Melayu terutamanya Raja-Raja Melayu yang sedang memerintah. Yang di-Pertuan Agong Malaysia mempunyai nama penuh Duli Yang Maha Mulia Al-Wathiqu Billah Tuanku Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, manakala Sultan Brunei dikenali dengan nama rasmi baginda, Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah ibni Al-Marhum Sultan Haji Omar 'Ali Saifuddien Sa'adul Khairi Waddien.

Kumpulan sub-etnik[sunting | sunting sumber]

Etnik Melayu di kalangan kumpulan etnik lain di Indonesia. Etnik Melayu merupakan salah satu kumpulan etnik yang paling tersebar meluas di Indonesia, alam Melayu yang ditonjolkan dalam warna hijau dan lain-lain berkaitan dengan sub-etnik yang diberikan hijau yang lebih tua atau lebih muda. Kumpulan etnik Melayu digambarkan mendiami timur pantai Sumatera dan pantai Kalimantan.
Kumpulan etnik Kerajaan bersejarah Rantau utama
Melayu Bangka-Belitung
Bangka Belitung Emblem.svg
Kepulauan Bangka Belitung
Melayu Bangkok[119][120] Seal Bangkok.png Bangkok
Melayu Bengkulu
Bengkulu coa.png
Bengkulu
Melayu Brunei[121][122][123][124]  Brunei,  Labuan
 Sarawak,  Sabah,
Melayu Bugis[125][126]
Keturunan Bugis yang berasimilasi dengan masyarakat Melayu
 Selangor,  Johor,  Pahang
Riau logo.gif Riau, Lambang Riau Kepulauan.jpeg Kepulauan Riau,  Singapura
Melayu Deli
North Sumatra coa.png
Sumatera Utara
Melayu Jambi
Prov.Jambi.svg
Jambi
Melayu Jawa[125][126]
Keturunan Jawa yang berasimilasi dengan masyarakat Melayu
 Johor,  Selangor
Melayu Johor[122][123][124]  Johor
Melayu Kedah[122][123][124][127]  Kedah,  Perlis,  Penang,  Perak
Seal Phuket.png Phuket, Seal Ranong.png Ranong, Seal Satun.png Satun, Seal Krabi.png Krabi, Seal Trang.png Trang, Seal Songkhla.png Songkhla
Seal Phang Nga.png Phang Nga, Seal Phattalung.png Phattalung, Seal Nakhon Si Thammarat.png Nakhon Si Thammarat
Flag of Tanintharyi Division.svg
Bahagian Tanintharyi
Melayu Kelantan[122][123][124]  Kelantan
Melayu Melaka[122][123][124]  Melaka
Melayu Minangkabau[125][130][131][132][133][134][135]/Melayu Negeri Sembilan
Keturunan Minangkabau yang berasimilasi dengan masyarakat Melayu.[136][137][138][139]
 Negeri Sembilan,  Selangor,  Melaka
Melayu Pahang[122][123][124]  Pahang
Melayu Palembang
South Sumatra COA.svg
Sumatera Selatan
Melayu Pattani[122][123][124]

Seal Pattani.png Pattani, Seal Yala.png Yala, Narathiwat, Seal Songkhla.png Songkhla, Seal Krabi.png Krabi
 Kedah, Kelantan,  Perak,  Perlis

Melayu Perak[122][123][124]  Perak
Melayu Pontianak
West Kalimantan coa.png
Kalimantan Barat
Melayu Riau
Riau logo.gif
Riau, Lambang Riau Kepulauan.jpeg Kepulauan Riau
Melayu Sarawak  Sarawak
Melayu Singapura  Singapura
Melayu Tamiang
  • Kerajaan Bukit Karang (1023-1330)[145]
  • Kesultanan Benua Tamiang (1330–1528)
Aceh coa flag.gif
Kabupaten Aceh Tamiang
Melayu Terengganu[122][123][124]  Terengganu

Konsep Rumpun Bangsa Melayu[sunting | sunting sumber]

Rencana utama: Rumpun Bangsa Melayu

Istilah Melayu juga pernah digunakan dalam konsep Rumpun Bangsa Melayu, yang merangkumi semua kumpulan suku dan etnik yang mendiami Kepulauan Melayu seperti Aceh, Banjar, Betawi, Minang dan Jawa. Istilah ini pertama kali dicanangkan oleh saintis Jerman Johann Friedrich Blumenbach (1752–1840) dalam klasifikasi bangsa-bangsa manusia, dan popular digunakan pada zaman kolonial Eropah di kepulauan Melayu. Menurut Blumenbach, “bangsa Melayu” adalah subkategori untuk bangsa Ethiopid dan Mongoloid, dan diklasifikasikan di bawah bangsa perang[146]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. EPU - Population by sex, ethnic group and age, Malaysia,2010
  2. CIA - The World Factbook - Brunei
  3. "Hasil Sensus Penduduk 2010 Data Agregat per Provinsi" (dalam bahasa Indonesia) (PDF). Badan Pusat Statistika. http://www.bps.go.id/65tahun/SP2010_agregat_data_perProvinsi.pdf. Capaian 2010-08-27. 
  4. Figure obtained based on the percentage of Malays in 2000 census and the total Indonesian population in 2010 census
  5. CIA - World Factbook - Thailand
  6. World Directory of Minorities - Malays
  7. CIA - World Factbook - Singapore
  8. Singapore: Population Size and Growth
  9. 9.0 9.1 The Singapore Census of Population (2000): Advance Data Release 2
  10. 10.0 10.1 "The Malay of Malaysia". Bethany World Prayer Center. 1997. http://kcm.co.kr/bethany_eng/p_code3/1892.html. Capaian 2008-07-28. 
  11. 11.0 11.1 "The Diaspora Malay". Bethany World Prayer Center. 1997. http://kcm.co.kr/bethany_eng/clusters/8101.html. Capaian 2008-07-28. 
  12. Gerolamo Emilio Gerini (1974). Researches on Ptolemy's geography of eastern Asia (further India and Indo-Malay archipelago. Munshiram Manoharlal Publishers. m/s. 101. ISBN 81-70690366. 
  13. Sabrizain. "The origins of the word ‘Melayu’". http://www.sabrizain.org/malaya/malays4.htm. Capaian 2010-07-25. 
  14. Phani Deka (2007). The great Indian corridor in the east. Mittal Publications. m/s. 57. ISBN 81-8324-179-4. 
  15. Govind Chandra Pande (2005). India's Interaction with Southeast Asia: History of Science,Philosophy and Culture in Indian Civilization, Vol. 1, Part 3. Munshiram Manoharlal. m/s. 266. ISBN 978-8187586241. 
  16. Lallanji Gopal (2000). The economic life of northern India: c. A.D. 700-1200. Motilal Banarsidass. m/s. 139. ISBN 9788120803022. 
  17. D.C. Ahir (1995). A Panorama of Indian Buddhism: Selections from the Maha Bodhi journal, 1892-1992. Sri Satguru Publications. m/s. 612. ISBN 8170304628. 
  18. Radhakamal Mukerjee (1984). The culture and art of India. Coronet Books Inc. m/s. 212. ISBN 9788121501149. 
  19. Himansu Bhusan Sarkar (1970). Some contributions of India to the ancient civilisation of Indonesia and Malaysia. Calcutta: Punthi Pustak. m/s. 8. 
  20. Frank Dikötter (1992). The discourse of race in modern China. C. Hurst & Co. Publishers. m/s. 12. ISBN 978-0804723343. 
  21. I-Tsing (2005). A Record of the Buddhist Religion As Practised in India and the Malay Archipelago (A.D. 671-695). Asian Educational Services. m/s. xl - xli. ISBN 978-8120616226. 
  22. Cordier Henri (2009). Ser Marco Polo; notes and addenda to Sir Henry Yule's edition, containing the results of recent research and discovery. Bibliolife. m/s. 105. ISBN 978-1110776856. 
  23. Marco Polo, Thomas Wright (1854). The travels of Marco Polo, the Venetian: the translation of Marsden revised, with a selection of his notes. H. Bohn. m/s. 364–365. 
  24. Timothy P. Barnar (2004). Contesting Malayness: Malay identity across boundaries. Singapore: Singapore University press. m/s. 4. ISBN 9971-69-279-1. 
  25. Europa Publications Staff (2002). Far East and Australasia 2003 (34th edition). Routledge. m/s. 763. ISBN 978-1857431339. 
  26. Neil Joseph Ryan (1976). A History of Malaysia and Singapore. London: Oxford University Pres. m/s. 4 & 5. ISBN 0195803027. 
  27. http://news.bbc.co.uk/2/hi/8406506.stm
  28. http://news.bbc.co.uk/2/hi/8406506.stm
  29. Alan Collins (2003). Security and Southeast Asia: domestic, regional, and global issues. Singapore: Institute of Southeast Asian Studies. m/s. 26. ISBN 981-230-230-1. 
  30. "The Malays". Sabrizain.org. http://www.sabrizain.org/malaya/malays.htm. Capaian 2010-06-21. 
  31. George Peter (editor) Murdock (Author) (1969). Studies in the science of society. Books for Libraries Press. m/s. 278. ISBN 978-0836911572. 
  32. Ibp Usa (Author) (2009). Malaysia Country Study Guide (World Strategic and Business Information Library). USA: International Business Publications. m/s. 41. ISBN 978-1433031595. 
  33. Jamil Abu Bakar (2002). A design guide of public parks in Malaysia. Penerbit UTM. m/s. 39. ISBN 9789835202742. 
  34. "Orang Asli Population Statistics". Center for Orang Asli Concerns. http://www.coac.org.my/codenavia/portals/coacv2/code/main/main_art.php?parentID=11374494101180&artID=11432750280711. Capaian 2008-02-12. 
  35. Lembah Bujang - Ancient Village or Settlement in Malaysia.
  36. Lembah Bujang - Ancient Village or Settlement in Malaysia.
  37. 37.0 37.1 37.2 Zaki Ragman (2003). Gateway to Malay culture. Singapore: Asiapac Books Pte Ltd. m/s. 1–6. ISBN 981-229-326-4. 
  38. "Early Malay kingdoms". Sabrizain.org. http://www.sabrizain.org/malaya/early.htm. Capaian 2010-06-21. 
  39. Singapore. Ministry of Culture, Singapore. Ministry of Communications and Information. Information Divisionl (1973). Singapore facts and pictures. Ministry of Culture. m/s. 9. ISBN 0217-7773. 
  40. Buyers, Christopher. "The Ruling House of Malacca - Johor". http://www.royalark.net/Malaysia/malacca.htm. Capaian 2009-06-13. 
  41. 41.0 41.1 41.2 41.3 41.4 41.5 James Alexander (2006). Malaysia Brunei & Singapore. New Holland Publishers. m/s. 225, 51, 52. ISBN 1-86011-309-5. 
  42. "South and Southeast Asia, 500 - 1500". The Encyclopedia of World History. 1. Houghton Mifflin Harcourt. 2001. pp. 138. 
  43. O. W. Wolters (1999). History, culture, and region in Southeast Asian perspectives. Singapore: Cornell University Southeast Asia Program Publications. m/s. 33. ISBN 978-0877277255. 
  44. 44.0 44.1 44.2 44.3 44.4 44.5 World and Its Peoples: Malaysia, Philippines, Singapore, and Brunei. New York: Marshall Cavendish Corporation. 2008. m/s. 1174, 1219, 1220, 1222. 
  45. Hussin Mutalib (2008). Islam in Southeast Asia. Singapore: Institute of Southeast Asian Studies. m/s. 25. ISBN 978-981-230-758-3. 
  46. 46.0 46.1 T. N. Harper (2001). The End of Empire and the Making of Malaya. UK: Cambridge University Press. m/s. 15. ISBN 0-521-59040. 
  47. Abu Talib Ahmad, Liok Ee Tan (2003). New terrains in Southeast Asian history. Singapore: Ohio University press. m/s. 15. ISBN 9971-69-269-4. 
  48. 48.0 48.1 Barbara Watson Andaya, Leonard Y. Andaya (1984). A History of Malaysia. Lonndon: Palgrave Macmillan. m/s. 55. ISBN 0-333-27672-8,0-333-27672-8. 
  49. Timothy P. Barnar (2004). Contesting Malayness: Malay identity across boundaries. Singapore: Singapore University press. m/s. 7. ISBN 9971-69-279-1. 
  50. Mohd Fauzi Yaacob (2009). Malaysia: Transformasi dan perubahan sosial. Malaysia: Arah Pendidikan Sdn Bhd. m/s. 16. ISBN 978-967-323-132-4. 
  51. Simon Richmond (2007). Malaysia, Singapore & Brunei. Lonely Planet Planet publications. m/s. 32. ISBN 36-005-607-983. 
  52. William Wilson Hunter (Author), Paul Ernest Roberts (Author) (2010). A History of British India: To the Overthrow of the English in the Spice Archipelago. Nabu Press. m/s. 345. ISBN 978-1145707160. 
  53. Barbara Watson Andaya, Leonard Y. Andaya (1984). A History of Malaysia. London: Palgrave Macmillan. m/s. 62–68. ISBN 0-333-27672-8,0-333-27672-8. 
  54. Šumit Ganguly (1997). Government Policies and Ethnic Relations in Asia and the Pacific. MIT press. m/s. 204. ISBN 978-0262522458. 
  55. Brunei. CIA World Factbook. 2011. https://www.cia.gov/library/publications/the-world-factbook/geos/bx.html. Capaian 2011-01-13. 
  56. Carl Lumholtz (2004). Through Central Borneo. Kessinger publishing. m/s. 17. ISBN 978-1419189968. 
  57. Baogang He (Editor), Brian Galligan (Editor), Takashi Inoguchi (Editor) (2007). Federalism in Asia. Edward Elgar Pub. m/s. 146. ISBN 978-1847201409. 
  58. Liok Ee Tan (1988). The Rhetoric of Bangsa and Minzu. Monash Asia Institute. m/s. 14. ISBN 978-0867469097. 
  59. Melanie Chew (1999). The Presidential Notes: A biography of President Yusof bin Ishak. Singapore: SNP Publications. m/s. 78. ISBN 978-9814032483. 
  60. 60.0 60.1 Leo Suryadinata (2000). Nationalism & Globalization: East & West. Institute of Southeast Asian Studies. m/s. 133–136. ISBN 978-9812300782. 
  61. Lowell Barrington (2006). After Independence: Making and Protecting the Nation in Postcolonial and Postcommunist States. University of Michigan Press. m/s. 47–48. ISBN 978-0472068982. 
  62. 62.0 62.1 Riwanto Tirtosudarmo. "The Orang Melayu and Orang Jawa in the ‘Lands Below the Winds". Centre for research on inequality, human security and ethnicity. http://www.crise.ox.ac.uk/pubs/workingpaper14.pdf. Capaian 2010-06-21. 
  63. 63.0 63.1 John Wright (2007). The New York Times Almanac 2001. New York: New York times company. m/s. 492. ISBN 1-57958-348-2. 
  64. James N. Sneddon (2003). The Indonesian language: its history and role in modern society. Australia: University of New South Wales Press. m/s. 59. ISBN 0-86840-598-1. 
  65. Amin Sweeney (1987). A full hearing:orality and literacy in the Malay world. Berkeley and Los Angeles: University of California Press. ISBN 0-520-05910-7. 
  66. Jan van der Putten & Mary Kilcline Cody (2009). Lost Times and Untold Tales from the Malay World. Singapore: National University of Singapore press. m/s. 55. ISBN 978-9971-69-454-8. 
  67. Francis Wong Hoy Kee (1973). Comparative studies in Southeast Asian education. Heinemann Educational Books (Asia). m/s. 126. 
  68. Michael G. Clyne (1992). Pluricentric languages: differing norms in different nations. De Gruyter Mouton. m/s. 413. ISBN 978-3-11-012855-0. 
  69. James N. Sneddon (2003). The Indonesian language: its history and role in modern society. Australia: University of New South Wales Press. m/s. 15. ISBN 0-86840-598-1. 
  70. Keith Brown & Sarah Ogilvie (2009). Concise encyclopedia of languages of the world. Elsevier Science. m/s. 678. ISBN 978-0-08-087774-7. 
  71. Jean-Marc Dewaele, Hugo Baetens Beardsmore, Alex Housen, Li Wei (2003). Bilingualism: beyond basic principles. Multilingual Matters. m/s. 68. ISBN 978-1853596254. 
  72. "Kedah MB defends use of Jawi on signboards", The Star, 26 August 2008. 
  73. Malay (Bahasa Melayu). Retrieved 30 August 2008.
  74. Lisbeth Littrup (1996). Identity in Asian literature. Richmond: Nordic Institute of Asian Studies. m/s. 192. ISBN 0-7007-0367-5. 
  75. 76.0 76.1 76.2 World and Its Peoples: Malaysia, Philippines, Singapore, and Brunei. New York: Marshall Cavendish Corporation. 2008. m/s. 1218. 
  76. Kelly Boyd (1999). Encyclopedia of historians and historical writing , volume 2. London: Fitzroy Darborn Publishers. m/s. 756. ISBN 1-884964-33-8. 
  77. Johan Jaaffar, Safian Hussain, Mohd. Thani Ahmad (1992). History of Modern Malay Literature. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Ministry of Education, Malaysia. m/s. 260. ISBN 9836227458. 
  78. 79.0 79.1 James N. Sneddon (2003). The Indonesian language: its history and role in modern society. Australia: University of New South Wales Press. m/s. 71. ISBN 0-86840-598-1. 
  79. 80.0 80.1 Syed Husin Ali (2008). The Malays, their problems and future. Malaysia: The Other Press Sdn Bhd. m/s. 57. ISBN 978-983-9541-62-5, 978-983-9541-61-8. 
  80. Anthony Hearle Johns, Nelly Lahoud (2005). Islam in world politics. New York: Routledge. m/s. 157. ISBN 0-415-32411-4. 
  81. R. O. Winstedt (2008 (original copyright 1925)). Shaman Saiva and Sufi. London: BiblioLife. m/s. 125. ISBN 9781434686336. 
  82. François Burgat (2003). Face to face with political Islam (L'islamisme en face). New York: I.B Tauris & Co. Ltd. m/s. 54. ISBN 1-86064-212-8. 
  83. Kingsley Bolton, Christopher Hutton (2000). Triad societies: western accounts of the history, sociology and linguistics of Chinese secret societies (volume V). London: Routledge. m/s. 184. ISBN 0-41524397-1. 
  84. 85.0 85.1 85.2 85.3 Mohamad Tajuddin Haji Mohamad Rasdi (2005). The architectural heritage of the Malay world: the traditional houses. Kuala Lumpur: Penerbit UTM. m/s. 9-14, 19, 24. ISBN 983-52-0357-1. 
  85. Lembah Bujang tamadun awal Asia Tenggara. ARKIB : 12/07/2010
  86. Tapak penempatan, lebur besi di Lembah Bujang, Oleh OTHMAN YAHAYA
  87. Dougald J. W. O'Reilly (2007). Early civilizations of Southeast Asia. Plymouth, UK: Rowman Altamira Press. m/s. 42. ISBN 978-0-7591-0278-1. 
  88. Daigorō Chihara (1996). Hindu-Buddhist architecture in Southeast Asia. Leiden, New York: BRILL. m/s. 213. ISBN 90-04-10512-3. 
  89. 90.0 90.1 Promsak Jermsawatdi (1989). Thai art with Indian influences. Abhinav Publications. m/s. 65. ISBN 81-7017-0907. 
  90. Steve Van Beek & Luca Invernizzi (1999). The arts of Thailand. Tuttle Publishing. m/s. 75. ISBN 96-2593-2623. 
  91. Jamil Abu Bakar (2002). A design guide of public parks in Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit UTM. m/s. 59. ISBN 983-52-0274-5. 
  92. Assoc. Prof. Dr. A. Ghafar Ahmad. "Malay Vernacular Architecture". http://www.hbp.usm.my/conservation/malayvernacular.htm. Capaian 2010-06-24. 
  93. Farish Ahmad Noor & Eddin Khoo (2003). Spirit of wood: the art of Malay woodcarving : works by master carvers from Kelantan, Terengganu, and Pattani. Singapore: Periplus Editions (HK) Ltd.. m/s. 47. ISBN 0-7946-0103-0. 
  94. Tim Bunnell, Lisa Barbara Welch Drummond & Kong-Chong Ho (2002). Critical reflections on cities in Southeast Asia. Singapore: Time Media Private Limited. m/s. 201. ISBN 981-210-192-6. 
  95. [hhttp://www.fab.utm.my/download/ConferenceSemiar/SelectingTimber.pdf "Criteria for Selecting Timber Species in Malay Woodcarving"]. University Teknologi Malaysia. hhttp://www.fab.utm.my/download/ConferenceSemiar/SelectingTimber.pdf. Capaian 2011-01-15. 
  96. "Visual Composition of Malay Woodcarvings in Vernacular House of Peninsular Malaysia". University Teknologi Malaysia. http://eprints.utm.my/1421/1/JT37B4.pdf. Capaian 2011-01-15. 
  97. "Nasi Lemak". Malaysia.com. http://www.malaysia.com/nasi-lemak-food.html. Capaian 2010-07-06. 
  98. Wendy Moore (1998). West Malaysia and Singapore. Singapore: Periplus Editions (HK) Ltd. m/s. 48. ISBN 962-593-179-1. 
  99. Kodaganallur Ramaswami Srinivasa Iyengar (2003). Asian variations in Ramayana. Sahitya Academy. m/s. 296. ISBN 81-260-1809-7. 
  100. Ghulam Sarwar Yousof (1997). The Malay Shadow Play: An Introduction. The Asian Centre. m/s. 3. ISBN 983-9499-02-5. 
  101. Patricia Ann Matusky (1993). Malaysian shadow play and music: continuity of an oral tradition. Oxford University Press. m/s. 8–11. ISBN 967-65-3048-4. 
  102. 103.0 103.1 Maznah Mohammad (1996). The Malay handloom weavers: a study of the rise and decline of traditional manufacture. Singapore: Institute of Southeast Asian Studies. m/s. 2 & 19. ISBN 981-3016-99-X. 
  103. "Royal and Palace Cutoms:Dresses For Ceremonies And Functions". Perpustakaan Negara Malaysia. http://www.malaysianmonarchy.org.my/malaysianmonarchy/?q=en/dress. Capaian 2010-07-20. 
  104. "Pakaian Tradisi". Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan of Brunei. http://www.kkbs.gov.bn/html/pakaian_tradisi.htm. Capaian 2010-07-20. 
  105. Thesis: Seni Silat Melayu by Abd Rahman Ismail (USM 2005 matter 188)
  106. Abd. Rahman Ismail (2008). Seni Silat Melayu: Sejarah, Perkembangan dan Budaya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. m/s. 188. ISBN 9789836299345. 
  107. Black Belt. Rainbow Publications. October Edition, 1994. pp. 73. ISBN 0277-3066. 
  108. Thomas A. Green (2001). Martial arts of the world: An Encyclopedia. R - Z, Volume 2. Santa Barbara, California: ABC-CLIO Inc. m/s. 802. ISBN 1-57607-150-2. 
  109. Sheikh Shamsuddin (2005). The Malay art of self-defense: Silat Seni Gayung. Berkeley, California: North Atlantic Books. m/s. 195. ISBN 1-55643-562-2. 
  110. Donn F. Draeger (1992). Weapons and fighting arts of Indonesia. Tuttle Publishing. m/s. 23. ISBN 0804817162. 
  111. D. S. Farrer (2009). Shadows of the Prophet: Martial Arts and Sufi Mysticism. Springer. m/s. 28. ISBN 978-1-4020-9355-5). 
  112. Abd. Rahman Ismail (2008). Seni Silat Melayu: Sejarah, Perkembangan dan Budaya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. m/s. 2. ISBN 9789836299345. 
  113. Dr. John Leyden (1821). Malay Annals: Translated from the Malay Language. London: Longman, Hurst, Rees, Orme, and Brown. m/s. 261. 
  114. Craig A. Lockard (2009). Southeast Asia in world history. New York: Oxford University Press. m/s. 48. ISBN 978-0-19-533811-9. 
  115. Keat Gin Ooi (2004). Southeast Asia: a historical encyclopedia, from Angkor Wat to East Timor. Santa Barbara: ABC-CLIO. m/s. 1357. ISBN 1-57607-770-5. 
  116. Oswald Leopold Ziegler (1972). The world and south east Asia. Oswald Ziegler Enterprises. m/s. 411. ISBN 0909586039. 
  117. Sylvia McNair (2002). Malaysia (Enchantment of the World. Second Series). Children’s Press. m/s. 104. ISBN 0516210092. 
  118. The Assimilation of the Bangkok-Melayu Communities
  119. Language and writing system of Bangkok Melayu
  120. IBP USA (2007). Brunei Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah Handbook (World Strategic and Business Information Library). USA: International Business Publications. m/s. 151–152. ISBN 978-1433004445. 
  121. 122.0 122.1 122.2 122.3 122.4 122.5 122.6 122.7 122.8 Patricia Colling (1973). Dissertation Abstracts International, A-The Humanities and Social Sciences (Abstracts of Dissertations Available on Microfilm or as Xerographic Reproductions February 1973, Volume 33, #8). Xerox University Microfilms. m/s. 6804. ISBN 0419-4209 0012-3854. 
  122. 123.0 123.1 123.2 123.3 123.4 123.5 123.6 123.7 123.8 Mohd. Aris Hj. Othman (1983). The dynamics of Malay identity. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia. m/s. 1–26. ISBN 978-9679420098. 
  123. 124.0 124.1 124.2 124.3 124.4 124.5 124.6 124.7 124.8 M. G. Husain (2007). Muslim identity and Islam: Misinterpreted in the Contemporary World. New Delhi: Manak Publications. m/s. 16, 33, 34. ISBN 8178271656. 
  124. 125.0 125.1 125.2 Gulrose Karim (1990). Information Malaysia 1990-91 Yearbook. Kuala Lumpur: Berita Publishing Sdn. Bhd. m/s. 74. 
  125. 126.0 126.1 Suad Joseph, Afsaneh Najmabadi (2006). Economics, Education, Mobility And Space (Encyclopedia of women & Islamic cultures). Brill Academic Publishers. m/s. 436. ISBN 978-9004128200. 
  126. Majlis Kebudayaan Negeri Kedah (1986). Intisari kebudayaan Melayu Kedah: Kumpulan rencana mengenai kebudayaan Negeri Kedah. Majlis Kebudayaan Negeri Kedah. m/s. 19–69. 
  127. Amy Suzani Mohd Ainuddin. (1999). Raja Bersiong Puteri Saadong. Kota Bharu: JalarMihat. ISBN 983-2098-89-0
  128. Saad Shukri bin Haji Muda. (1971). Detik2 Sejarah Kelantan. Kota Bharu: Pustaka Aman Press.
  129. Peraturan Adat Istiadat Dalam Istana Besar Sri Menanti Negeri Sembilan Darul Khusus
  130. Jabatan Penerangan Malaysia - Keunggulan Adat Perpatih
  131. Jabatan Peguam Negara - Institusi Diraja Negeri Sembilan Darul Khusus
  132. Jabatan Muzium Malaysia - Masyarakat Melayu Minangkabau
  133. Michael G Peletz (1992). A Share of the Harvest: Kinship, Property and Social History Among the Malays of Rembau. University of California Press. m/s. 10. ISBN 978-0520080867. 
  134. Shahram Akbarzadeh (Editor), Benjamin MacQueen (Editor) (2008). Islam and Human Rights in Practice: Perspectives Across the Ummah. Routledge. m/s. 113-114. ISBN 978-0415449595. 
  135. Syed Husin Ali (2008). The Malays: Their Problems and Future. The Other Press. m/s. 159. ISBN 9789839541625. 
  136. Narendra S. Bisht & T. S. Bankoti (2004). Encyclopaedia of the South East Asian Ethnography (Volume 1). Global Vision Publishing House. m/s. 446. ISBN 81-87746-96-3. 
  137. University of the Philippines. Institute of Asian Studies.; University of the Philippines. Asian Center.; Philippine Center for Advanced Studies (1963). Asian Studies (volume 4). Quezon City : Institute of Asian Studies, University of the Philippines. m/s. 283. ISBN 0004-4679. 
  138. Kim Wah Yeo (1982). Politics of Decentralization: Colonial Controversy in Malaya, 1920-29. Oxford University Press. m/s. 3-4. ISBN 978-0195825244. 
  139. http://www.koransuroboyo.com/2010/11/singgora-kerajaan-melayu-islam.html
  140. http://smzakirsayapmatahari.blogspot.com/2009/02/kota-singgora.html
  141. http://kebunketereh.com/?p=387
  142. Sultan Tengah, the first and only Sarawak Sultan
  143. Sultan Sarawak
  144. Kesultanan Benua Tamiang
  145. .University of Pennsylvania