Orang Naga

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Istilah orang Naga (Bahasa Burma: နာဂ, Bahasa Hindi: नागा) memaksudkan sekelompokan puak yang menduduki bahagian timur laut India dan barat laut Myanmar. Puak-puak in serupa budaya dan adat resamnya, dan merupakan kelompok etnik terbesar di negeri-negeri Arunachal Pradesh, Assam, dan Nagaland di India. Antara puak-puak Naga yang terkemuka alah Angami, Ao, Chakhesang, Chang, Khiamniungan, Konyak, Lotha, Pochury, Phom, Poumai, Rengma, Sangtam, Sema (Sumi), Mao (Memai), Yimchunger, Zeliang.

Terdapat 16 puak yang diiktiraf secara rasmi di negeri Nagaland. Puak-puak Naga yang lain juga terdapat di negeri-negeri Manipur, Assam, Arunachal Pradesh serta negara jiran Myanmar; antaranya: Zeme, Liangmai, Mao (Memai), Nocte, Phom, Pochuri, Poumai Naga, Rongmei, Tangsa, Tutsa, and Wancho.

Puak-puak Naga mengamalkan ngayau serta mengawet kepala mangsa sebagai trofi hingga abad ke-19.[1]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Michael Fredholm (1993). Burma: ethnicity and insurgency. Praeger. ms. 182. ISBN 978-0-275-94370-7.