Orbit rendah Bumi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Orbit rendah bumi)
Lompat ke: pandu arah, cari

Orbit rendah Bumi (Bahasa Inggeris: low Earth orbit, LEO) ialah orbit dengan altitud antara 160 kilometer (99 bt), dengan tempoh 88 minit, dan 2,000 kilometer (1,200 bt), dengan tempoh 127 minit. Ia merupahan orbit pilihan bagi satelit dan berada di bawah orbit bulat pertengahan (ICO atau MEO) dan jauh lebih rendah berbanding orbit geopegun (GEO), tetapi biasanya sekitar 350 - 1400 kilometer di atas permukaan Bumi. Orbit yang lebih rendah daripada aras ini menjadi tidak stabil, dan orbitnya akan susut dengan cepatnya disebabkan geseran dengan ruang udara.[1][2] Satelit dalam LEO bergerak pada sek. 27,400 kilometer/jam (8 km/s), ini bersamaan dengan satu putaran dalam sek. 90 minit.

Orbit rendah bumi merupakan batu loncatan kepada pengembaraan melampaui orbit dan juga amat berguna untuk satelit komunikasi disebabkan kedudukannya berhampiran permukaan bumi. Ia memerlukan sedikit tenaga untuk meletakkan satelit pada LEO dan satelit juga hanya memerlukan pemancar berkuasa rendah untuk penghantaran data, kelemahannya adalah jaringan satelit yang diperlukan untuk memberikan perkhidmatan berterusan. Satelit Pengesan penderiaan jauh juga sering berada di LEO disebabkan butiran yang lebih jelas boleh di dapati.

Selain itu, peluru berpandu balistik sering juga mencecah orbit rendah bumi dalam usaha meningkatkan lagi jarak tembakan mereka terhadap musuh.

Kesemua misi angkasa moden (pasca-Apollo) membawa manusia, termasuk semua stesen angkasa, telah dijalankan di LEO.

Persekitaran LEO sekarang menjadi sesak, dengan sampah angkasa. Kawalan Angkasa Amerika Syarikat (USSPACECOM) mengesan hampir 8,000 objek yang lebih besar daripada 10 sentimeter di LEO.

Walaupun graviti pada ketinggian tersebut kurang berbanding dengan di permukaan bumi, orang dan objek dalam orbit tiada berat (weightless).

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]