Orkestra Filharmonik Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Orkestra Filharmonik Malaysia (Malaysian Philharmonic Orchestra, MPO) ialah sebuah orkestra Malaysia yang berpangkalan di Dewan Filharmonik Petronas di Kuala Lumpur. Orkestra ini mengadakan konsert di seluruh Malaysia dan juga Singapura.

Diasaskan pada tahun 1997 di bawah kepimpinan pengarah muzik pertamanya, Kees Bakels, MPO mengadakan konsert sulungnya pada 17 Ogos 1998. Bakels berkhidmat selaku pengarah muzik MPO sehingga tahun 2005, dan kini memegang jawatan conductor laureate. Pada mulanya, Bakels hendak meletakkan jawatan terlebih dahulu, setelah James Judd dilantik sebagai pengarah muzik MPO yang seterusnya pada September 2003.[1] Bagaimanapun, pada April 2004, MPO membatalkan perjanjian bersama Judd tanpa penjelasan umum, maka Judd tidak pernah memegang jawatan pengarah muzik MPO.[2] Selepas itu, Matthias Bamert pula yang dinamakan sebagai pengarah muzik MPO pada November 2004[3], dan memegang jawatan tersebut mulai tahun 2005 hingga 2008. Kini, jawatan pengarah muzik disandang oleh Claus Peter Flor mulai musim 2008-2009, dengan kontrak permulaan selama tiga tahun.[4]

MPO telah membuat rakaman untuk label BIS, termasuk muzik Edouard Lalo.[5]

Pengarah muzik[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Michael Markowitz. "James Judd Named Malaysian Philharmonic's Music Director", andante.com (overall site now defunct), 2003-09-25. Dicapai pada 2009-03-03. 
  2. Matthew Westphal. "James Judd's Contract with Malaysian Philharmonic Terminated", andante.com (overall site now defunct), 2004-08-02. Dicapai pada 2009-03-03. 
  3. Ben Mattison. "Malaysian Philharmonic Names Matthias Bamert as Principal Conductor", Playbill Arts, 2004-11-29. Dicapai pada 2009-03-03. 
  4. Malaysian Philharmonic Orchestra (22 November 2007). The Malaysian Philharmonic Orchestra Announces the Appointment of Claus Peter Flor as its New Music Director (PDF). Kenyataan akhbar. Dicapai pada 2009-03-03.
  5. Tim Ashley. "Lalo, Cello Concerto; Symphony in G Minor; Namouna (excerpts)", The Guardian, 2006-04-14. Dicapai pada 2009-02-28. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]