Orkestra Simfoni Singapura

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Orkestra Simfoni Singapura, Inggeris: Singapore Symphony Orchestra (SSO), ditubuhkan pada 1979 ialah sebuah orkestra simfoni profesional yang diangotai 96 orang ahli muzik. Direktor Muziknya yang terkini ialah Lan Shui. Kumpulan koir yang membuat persembahan dengan orkestra ini ialah Korus Simfoni Singapura dan diketuai oleh pemimpin tetap SSO, Lim Yau. Pemimpin orkestra undangan utama pada masa ini ialah Okko Kamu dari Finland.

Dewan Konsert Victoria merupakan tempat utama di mana SSO membuat persembahan sehingga tahun 2002 apabila orkestra itu berpindah ke rumah barunya, Dewan Konsert Esplanade. SSO membuat lebih kurang 50 buah persembahan setiap tahun. Ia juga pernah membuat persembahan di luar negara seperti di China, Malaysia, Jepun, Itali, Sepanyol, United Kingdom, Greece dan Turki.

SSO juga telah bergabung dengan Houston Ballet pada 1986, London City Ballet pada 1992, dan Singapore Lyric Opera dalam sebuah produksi teater, Madam Butterfly, pada 1994.

Bagi membuat muzik klasikal lebih diminati orang ramai, SSO telah mengadakan beberapa konsert di luar dewan secara percuma.


Pautan luar[sunting | sunting sumber]