Osh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Osh
Ош
Pemandangan panorama Osh

Lambang
Koordinat: 40°31′48″N 72°48′0″E / 40.53000°U 72.80000°T / 40.53000; 72.80000
Negara Flag of Kyrgyzstan.svg Kyrgyzstan
Wilayah Wilayah Osh
Populasi (2003)
 • Jumlah 220,000

Osh adalah bandar kedua terbesar di negara Kyrgyzstan. Ia terletrak di Lembah Fergana di selatan negara itu. Ia menjadi ibu negara bahagian selatan. Bandar ini berusia 3000 tahun. Jarak bandar Osh ke Bishkek ialah 300 km.

Namanya mula terkenal setelah Rusuhan Osh 1990 apabila etnik Kyrgyz bertempur dengan etnik Uzbez walaupun mereka sesama Islam. Kemudian berlaku Rusuhan etnik Osh, Kyrgyzstan 2010. Pertempuran 2010 dikatakan dirancang oleh penyokong bekas Presiden Kyrgyzstan Kurmanbek Bakiyev yang disingkirkan pada April 2010.

Penduduk bandar ini bercampur antara etnik Kyrgyz, Uzbek, Rusia dan Tajik. Penduduknya seramai 220,000 menurut bancian 2003.

Terdapat beberapa monumen di Osh seperti monumen Kurmanjan Datka dan patung Lenin. Gereja ortodok Rusia dibuka semula. Begitu juga sejumlah besar masjid di sebelah bazar yang ditutup semasa penjajahan Rusia. Antaranya ialah Masjid Rabat Abdul Khan. Tapak Warisan Dunia iaitu Gunung Sulayman terletak di sini. Gua di gunung ini menjadi muzium hidup yang penuh dengan artifak arkeologi , geologi dan sejarah.