Osmeterium

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Instar kedua atau ketiga beluncas Papilio glaucus menunjukkan osmeterium
Pandangan dekat osmeterium
Pandangan dekat osmeterium

Osmeterium merupakan organ berdaging yang terdapat pada segmen protoraks larva (beluncas) kupu-kupu Papilionidae. Organ ini merembeskan sebatian busuk yang dipercayai sebagai feromon. Biasanya disorokkan, anggota bercabang ini boleh dikeluarkan apabila beluncas berasa terancam, dan digunakan untuk mengeluarkan rembesan busuk yang dipanggil terpenes. Bahan kimia ini berbeza mengikut spesies.[1]

Struktur halus pada kelenjar osmetrium Papilio demoleus libanius telah dikaji dan didapati mempunya tiga jenis sel termasuk sel kelenjar elipsoid.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Eisner, T., and Y.C. Meinwald. 1965. The defensive secretions of a caterpillar (Papilio). Science 150: 1733-1735.
  2. Lu, Chow-Chin; Yien Shing Chow (1991) Fine structure of the larval osmeterium of Papilio demoleus libanius (Lepidoptera: papilionidae). Ann. Entomol. Soc. Am. 84(3):294-302.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]