Oswald the Lucky Rabbit

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Fail:OswaldPoster.jpg
Poster filem Oswald the Lucky Rabbit (1927).

Oswald the Lucky Rabbit (juga dikenali sebagai Oswald the Rabbit atau Oswald Rabbit) ialah watak kartun animasi berupa arnab bersifat manusia ciptaan Ub Iwerks dan Walt Disney untuk filem-filem edaran Universal Pictures pada 1920-an dan 1930-an. Hak majoriti kepada watak ini kini dipegang oleh The Walt Disney Company, dengan hanya sedikit hak yang masih dipegang oleh Universal.

Oswald diperkenalkan pada tahun 1927 apabila Disney menandatangani kontrak baru dengan Carl Laemmle, ketua Universal untuk menerbitkan siri kartun baru untuk Charles B. Mintz dan George Winkler, bermula dengan kartun Trolley Troubles. Setahun kemudian, ketika siri Oswald semakin gah, Disney meminta kenaikan perbelanjaan, tetapi dibalas dengan tuntutan Mintz agar perbelanjaannya dipotong 20%, serta peringatan bahawa Mintz ialah pemilik watak Oswald, lebih-lebih lagi ramai pekerja Disney beralih ke pangkuan Mintz. Antara yang masih setia dengan Disney ketika ini ialah Ub Iwerks dan Les Clark.

Daripada itu, hubungan Disney dengan Mintz dan Winkler diakhiri dengan penciptaan Mickey Mouse yang berupa pengubahsuaian kepada rekabentuk watak Oswald, yang menjadi maskot terunggul perniagaan Disney sepanjang zaman, manakala Mintz membuka studio sendiri bersama ramai bekas pekerja Disney untuk meneruskan penerbitan siri filem Oswald. Atas rasa tidak puas hati, Laemmle membatalkan kontrak Mintz lalu memindahkan kerja-kerja penerbitan Oswald ke Universal.

Dengan restu Disney, Laemmle melantik Walter Lantz (kini dikenali sebagai pencipta Woody Woodpecker) sebagai penerbit untuk sebanyak 140 filem siri Oswald sehingga filem terakhirnya iaitu The Egg Cracker Suite pada tahun 1943. Watak Oswald membuat penampilan terakhir sebagai tetamu istimewa dalam filem kartun The Woody Woodpecker Polka pada tahun 1951, sebelum dipersarakan sepenuhnya oleh Universal.

Pada tahun 2006, syarikat Disney membeli hak Oswald sebagai sebahagian aset kecil dari NBC Universal sebagai tukaran untuk pengulas sukan Al Michaels yang beralih dari ABC/ESPN milik Disney, ke rangkaian NBC Sports.

Filmografi[sunting | sunting sumber]

Zaman Disney[sunting | sunting sumber]

1927:

  • Trolley Troubles – dikeluarkan semula oleh Lantz pada tahun 1931
  • Oh Teacher – dikeluarkan semula oleh Lantz pada tahun 1932
  • The Mechanical Cow – dikeluarkan semula oleh Lantz pada tahun 1932
  • Great Guns – dikeluarkan semula oleh Lantz pada tahun 1932
  • All Wet – dikeluarkan semula oleh Lantz pada tahun 1932
  • The Ocean Hop – dikeluarkan semula oleh Lantz pada tahun 1932
  • The Banker’s Daughter
  • Empty Socks
  • Rickety Gin

1928:

  • Harem Scarem
  • Neck ‘n’ Neck
  • The Ol’ Swimmin’ Hole
  • Africa Before Dark
  • Rival Romeos
  • Bright Lights
  • Sagebrush Sadie
  • Ride’em Plow Boy
  • Ozzie of the Mounted
  • Hungry Hoboes
  • Oh, What a Knight
  • Sky Scrappers
  • The Fox Chase
  • Tall Timber
  • Sleigh Bells
  • Hot Dog
  • Poor Papa (Pilot)

Zaman Winkler[sunting | sunting sumber]

1928:

  • High Up
  • Mississippi Mud
  • Panicky Pancakes
  • Fiery Firemen
  • Rocks and Socks
  • South Pole Flight
  • Bull-Oney
  • A Horse Tale
  • Farmyard Follies

1929:

  • Homeless Homer
  • Yanky Clippers
  • Hen Fruit – kartun Oswald pertama yang berbunyi
  • Sick Cylinders
  • Hold ‘em Ozzie
  • The Suicide Sheik
  • Alpine Antics
  • The Lumberjack
  • The Fishing Fool
  • Stage Stunts
  • Stripes and Stars
  • The Wicked West
  • Ice Man’s Luck
  • Nuts and Jolts
  • Jungle Jingles
  • Weary Willies
  • Saucy Sausages

The Lantz/Universal years[sunting | sunting sumber]

1929-1930:

  • Race Riot
  • Oil’s Well
  • Permanent Wave
  • Cold Turkey
  • Pussy Willie
  • Amateur Nite
  • Hurdy Gurdy
  • Snow Use
  • Nutty Notes
  • Ozzie of the Circus
  • Kounty Fair
  • Chilly Con Carmen
  • Kisses and Kurses
  • Broadway Folly
  • Bowery Bimbos
  • The Hash Shop
  • The Prison Panic
  • Tramping Tramps
  • Hot for Hollywood
  • Hells Heels
  • My Pal Paul
  • Not So Quiet
  • Spooks
  • Cold Feet
  • Snappy Salesman
  • Henpecked
  • The Singing Sap
  • The Detective
  • The Fowl Ball
  • The Navy
  • Mexico
  • Africa
  • Alaska
  • Mars

1931:

  • China
  • College
  • Shipwreck
  • The Farmer
  • The Fireman
  • Sunny South
  • Country School
  • The Bandmaster
  • Northwoods
  • The Stone Age
  • Radio Rhythm
  • Kentucky Belles
  • Hot Feet
  • The Hunter
  • Wonderland
  • The Hare Mail
  • The Fisherman
  • The Clown

1932:

  • Grandma’s Pet
  • Mechanical Man
  • Wins Out
  • Beau and Arrows
  • Making Good
  • Let’s Eat
  • The Winged Horse
  • Cat Nipped
  • A Wet Knight
  • A Jungle Jumble
  • Day Nurse
  • The Busy Barber
  • Carnival Capers
  • Wild and Woolly
  • Teacher's Pests

1933:

  • The Plumber
  • The Shriek
  • Going to Blazes
  • Beau Best
  • Ham and Eggs
  • Confidence
  • Five and Dime
  • The Zoo
  • The Merry Old Soul
  • Parking Space

1934:

  • Chicken Reel
  • The Candy House
  • The County Fair
  • The Toy Shoppe – (1970s colorized version also exists)
  • Kings Up
  • Wolf! Wolf!
  • The Ginger Bread Boy
  • Goldielocks and the Three Bears
  • Annie Moved Away
  • The Wax Works
  • William Tell
  • Chris Columbus Jr.
  • The Dizzy Dwarf
  • Ye Happy Pilgrims
  • Sky Larks
  • Spring in the Park
  • Toyland Premiere — kartun Oswald pertama yang berwarna

1935:

  • Robinson Crusoe Isle
  • The Hillbilly
  • Two Little Lambs
  • Do A Good Deed
  • Elmer the Great Dane
  • Springtime Serenade — kartun Oswald kedua yang berwarna (Technicolor dua jalur)
  • Towne Hall Follies
  • At Your Service
  • Bronco Buster
  • Amateur Broadcast
  • The Quail Hunt
  • Monkey Wretches
  • Case of the Lost Sheep
  • Doctor Oswald

1936:

  • Soft Ball Game
  • Alaska Sweepstakes
  • Slumberland Express
  • Beauty Shoppe
  • The Barnyard Five
  • Fun House
  • Farming Fools
  • Battle Royal
  • Music Hath Charms
  • Kiddie Revue
  • Beachcombers
  • Night Life of the Bugs
  • Puppet Show
  • The Unpopular Mechanic
  • Gopher Trouble

1937:

  • Everybody Sing
  • Duck Hunt
  • The Birthday Party
  • Trailer Thrills
  • The Wily Weasel
  • The Playful Pup
  • Lovesick
  • Keeper of the Lions
  • The Mechanical Handy Man
  • Football Fever
  • The Mysterious Jug
  • The Dumb Cluck

1938:

  • The Lamp Lighter
  • Man Hunt
  • Yokel Boy Makes Good
  • Trade Mice
  • Feed the Kitty
  • Happy Scouts

1943:

  • The Egg Cracker Suite — kartun Oswald terakhir

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]