Othman Ishak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Prof Datuk Dr Othman Ishak merupakan Ahli Dewan undangan Negeri Kedah sejak pilihan raya umum Malaysia tahun 1999.

Wakili rakyat[sunting | sunting sumber]

Biodata[sunting | sunting sumber]

Y.B Profesor Dato' Dr. Hj. Othman bin Ishak dilahirkan pada (1936-04-14) 14 April 1936 (umur 87) di Kubang Pasu, Jitra. Pulang ke rahmatullah pada 13 Julai 2019 di jitra.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

  • 1951 lulus darjah 5 Sekolah Melayu Hosba
  • 1960 lulus pangkat pertama di Maktab Mahmud .
  • 1965/66 lulus Ijazah Sarjana Muda Sastera dari Universiti Al Azhar, Kaherah dalam bidang 'Islamic Law' .
  • 1969/1971 dapat sarjana di Birmingham University, England dalam bidang Undang-Undang Perbandingan (Comperative Law) .
  • 1979 / 1980 dapat Ph.D dari Universiti Malaya di dalam dalam bidang Undang-Undang Perbandingan . Tesis Ph.D beliau ialah `Satu kajian kritikal mengenai institusi fatwa dalam hukum syarak di negeri-negeri Melayu : sejarah dan interpretasinya di bawah Jabatan Pengajian Islam , Fakulti Sastera dan Sains Sosial, [[Universiti Malaya.
  • 1981, dapat Sijil Sistem Perbankan Islam dan Ekonomi dari Universiti Al-Azhar

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

  • Pensyarah dalam pengajian Islam di Universiti Malaya (1971)
  • Ketua Akademik Pengajian Islam Universiti Malaya (1981 -1989)
  • Penasihat Pendidikan Islam di Kementerian Hal Ehwal Ugama Negara Brunei (1989)
  • Pengarah Institut Agama Islam Kedah (INSANIAH) (November 1995 - November 1999)
  • Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah (Portfolio Pendidikan dan Pembangunan Usahawan Negeri)
  • Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah
  • Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pembangunan Insan


Jawatan dalam Pertubuhan Sosial dan Profesional[sunting | sunting sumber]

  • Ahli Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia
  • Anggota Panel Tetap Hakim Mahkamah Rayuan Syariah Wilayah Persekutuan
  • Ahli Majlis Pengawasan Syariah Bank Negara Malaysia
  • Ahli Majlis Pengawasan Syariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
  • Ahli Majlis Pengawasan Syariah Bank Islam Malaysia Berhad
  • Ahli Majlis Pengawasan Syariah Takaful Malaysia
  • Ahli Majlis Pengawasan Syariah Asean Retakaful International (L) Ltd. (ARIL) Labuan , Malaysia
  • Ahli Dewan Pengawas Syariah PT Syarikat Takaful Indonesia dan Syarikat Kumpulan
  • Ahli Majlis Pengawasan Syariah Amanah Saham Kedah Berhad
  • Ahli Lembaga Maahad Mahmud, Alor Star Kedah
  • Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Maktab Mahmud Alor Star, Kedah

Hasil Tulisan[sunting | sunting sumber]

  • "The Preservation of Rejection of Jahili Custom' (1973),
  • 'The Attitudes of The Early Madhabib To Urf' (1973),
  • Undang-Undang Nikah dan Cerai Islam Di Malaysia Perlu Diketatkan (1972),
  • Hubungan Antara Undang-Undang Islam Dengan Undang-Undang Adat (1979)
  • Fatwa Dalam Perundangan Islam, terbitan Fajar Bakti, Kuala Lumpur, 1981

Anugerah[sunting | sunting sumber]

  • 1985, beliau telah dianugerahi Profesor Undang-Undang dari Universiti Malaya.
  • 2000 beliau telah dianugerahkan Profesor Kehormat oleh Universiti Al-Azhar, Mesir sebagai menghargai sumbangan beliau di dalam pendidikan. Anugerah tersebut merupakan yang terulung yang diberikan kepada tokoh tokoh ilmuan dan ia mengambil kira sumbangan beliau dalam mengasaskan Akademi pengajian Islam di Universiti Malaya, Institut Pengajian Islam Brunei dan menubuhkan Istitut Agama Islam Negeri Kedah (Insaniah).
  • Pingat Dato' Setia DiRaja Kedah (D.S.D.K) oleh KDYMM Sultan Kedah yang membawa gelaran Dato'.
  • Pada 18 April 2005 sempena keputeraan Sultan Kedah, beliau dianugerah Darjah Gemilang Seri Mahkota Kedah (DGMK) .