Oto Melara

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Otobreda 127/54
Ariete
Puma

Oto Melara adalah kontraktor pertahanan Itali dengan kilang di Brescia dan La Spezia. Ia diasaskan pada tahun 1905 sebagau usahasama antara Vickers dan Terni. Semasa Perang DUnia Pertama, Vickers Terni menghasilkan banyak senjata dengan kaliber 40 mm dan keatas. Pada tahun 1929 syarikat itu dinamakan semula sebagai Odero Terni Orlando dengan singkatan Oto. Semasa Perang Dunia Kedua, ia menghasilkan kebanyakan meriam berat bagi kapal perang. Pada tahun 1953 syarikat tersebut mengambil nama Oto Melara.

Sebelum Itali menyertai NATO, Oto Melara menghasilkan barangan awam, seperti traktor dan mesin penenun, tetapi dengan cepat kembali kepada penghasilan senjata. Senjata Oto Melara yang paling dikenali selepas Perang Dunia Kedua adalah pak howitzer gunung Model 56, yang dalam perkhidmatan serata dunia, dan meriam kapal 76/62, yang telah diterima pakai oleh 53 tentera laut dan dipasang pada lebih 1,000 kapal tentera laut.

Hari inioperasi pertahanan darat Oto Melara merupakan sebahagian dari konsortium “Finmeccanica”.

Keluaran utama[sunting | sunting sumber]

Kenderaan dihasilkan termasuk:

Senjata dihasilkan termasuk:

Peluru dihasilkan termasuk:

  • Vulcano 155 mm

Pada abad terakhir syarikat ini telah menghasilkan antara 900 dan 1000 GBU-31 dan GBU-32 JDAM berlesen. Pada masa ini ia sedang berusaha bagi penghasilan 500 GBU-39 bagi Aeronautica Militare.

Operasi pertahanan tentera laut menghasilkan julatluas artileri tentera laut automatik, pelancar roket dan peluru berpandu dan meriam pertahanan kaliber kecil kawalan jauh.

Gabung[sunting | sunting sumber]

Pada 1 Disember 2001, division artileri navy Oto Melara bergabung dengan "Breda Meccanica Bresciana" untuk menghasilkan entiti baru Otobreda dan kini bertanggung jawab bagi proses penghasilan dan pembuatan bagi meriam navy DARDO CIWS, Otobreda 76 mm dan Otobreda 127/54 Compact.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]