Pál Schmitt

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pál Schmitt
Presiden Hungary
Dalam jawatan
6 Ogos 2010 – 2 April 2012
Perdana MenteriViktor Orbán
Didahului olehLászló Sólyom
Digantikan olehLászló Kövér
Speaker Perhimpunan Kebangsaan
Dalam jawatan
14 Mei 2010 – 5 Ogos 2010
Didahului olehBéla Katona
Digantikan olehLászló Kövér
Butiran peribadi
Lahir (1942-05-13) 13 Mei 1942 (umur 81)
Budapest, Hungary
Parti politikFidesz
PasanganKatalin Makray
ProfesionPemain pedang
Tandatangan

Pal Schmitt (lahir 13 Mei 1942 di Budapest) ialah seorang ahli politik dan ahli sukan Hungary yang menjadi Presiden Hungary antara Ogos 2010 dan April 2012. Beliau mendapat sokongan daripada Perikatan Parti Rakyat Demokratik Kristian - Fidezs.

Schmitt dahulunya aktif sukan dan merupakan pemenang dua pingat emas di Sukan Olimpik dalam acara bermain pedang. Selain itu beliau merupakan diplomat.[1]

Schmitt (68) menang dalam pilihan raya Parlimen Eropah di Hungary 2009 sebagai Ahli Parlimen Eropah melalui Hungary Civic Union - Fidesz. Schmitt juga dipilih sebagai Naib Presiden Parlimen Eropah, satu jawatan di mana dia menggantikan László Tőkés. Schmitt menjadi pengerusi Delegasi Kesatuan Eropah ke Croatia. Pada 14 Julai 2009, beliau dipilih sebagai salah seorang daripada 14 Timbalan Presiden Parlimen Eropah.

Akibat daripada tuduhan salah laku akademik, Senat Universiti Semmelweis menarik balik ijazah Dr. Univ.nya pada 29 Mac 2012.[2] Pada 2 April, Schmitt mengumumkan kepada Parlimen Hungary perletakan jawatannya sebagai Presiden.[3]

Kerjaya sukan[sunting | sunting sumber]

Beliau sangat berjaya dalam sukan lawan pedang sebelum menyertai bidang politik. Tahun 1968 dan 1972, beliau memang pingat emas di Sukan Olimpik. Seterusnya dilantik sebagai ketua protokol Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa dan memimpin Persatuan Olimpik Dunia antara 1999 dan 2007.

Presiden Hungary[sunting | sunting sumber]

Setelah pilihan raya presiden Hungary 2010, Schmitt dipilih sebagai Presiden Hungary oleh Perhimpunan Kebangsaan, bermula 6 Ogos 2010. Beliau menggantikan László Sólyom yang tamat tempoh pada 5 Ogos. Beliau turut mendapat sokongan daripada Parti Fidesz dan Parti Rakyat Demokratik Kristian dengan menerima undian 263 daripada 322 undi. Lawannya András Balogh daripada Parti Sosialis hanya mendapat 59 undi.[4]

Beliau dianggap boleh bekerjasama dengan Perdana Menteri Hungary Viktor Orban.

Pada 11 Januari 2012, tapak web HVG menuduh Schmitt menjiplak karya seorang pakar sukan Bulgaria bagi disertasi kedoktorannya. Sebahagian disertasinya dikatakan merupakan terjemahan karya tersebut.[5] Akibat daripada tuduhan tersebut, Senat Universiti Semmelweis menyiasat dan mengumumkan menarik balik ijazah Dr. Univ.nya pada 29 Mac 2012.[2] Pada 2 April, Schmitt mengumumkan kepada Parlimen Hungary perletakan jawatannya sebagai Presiden.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Pal Schmitt elected new president of Hungary
  2. ^ a b "Hungarian President Pal Schmitt stripped of doctorate". BBC. 29 Mac 2012. Dicapai pada 2 April 2012.
  3. ^ a b "Schmitt Pál lemondott" (dalam bahasa Hungary). 2 April 2012. Dicapai pada 2 April 2012.
  4. ^ "Schmitt is Hungary's president". Straits Times. Singapura: Singapore Press Holdings. 29 Jun 2010. Dicapai pada 29 Jun 2010.
  5. ^ "Súlyos plágiumgyanú Schmitt Pál doktori értekezése körül". HVG.hu. Dicapai pada 11 Februari 2012.