PAW Patrol

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
PAW Patrol
GenreSiri animasi televisyen kanak-kanak
PenciptaKeith Chapman
Dibangunkan oleh
Scott Kraft
PengarahJamie Whitney
Pelakon suara
Elijha Hammill
Drew Davis
Devan Cohen
Max Calinescu
Samuel Faraci
Alex Thorne
Kallan Holley
Ron Pardo
Katherine Forrester
Penggubah lagu tema
Michael Smidi Smith
Scott Krippayne
Lagu pembukaan"PAW Patrol!" dipersembahkan oleh Scott Simons
Lagu penutup"PAW Patrol!" (instrumental)
Negara asalKanada Kanada
BahasaInggeris
Bilangan musim8
Bilangan episod196(359 segmen) (Senarai episod)
Penerbitan
Penerbit eksekutifJennifer Dodge
Ronnen Harary
Keith Chapman
Scott Kraft
PenerbitPatricia Burns
Syarikat penerbitan
Guru Studio
TVOKids
Nickelodeon Productions
Spin Master Entertainment
Penyiaran
Saluran asalTVOKids (Kanada) Kanada
Nickelodeon (Amerika Syarikat) Amerika Syarikat
Siaran asal12 Ogos 2013 (2013-08-12) – sekarang
Pautan luar
Laman sesawang

PAW Patrol ialah sebuah siri animasi televisyen Kanada yang dicipta oleh Keith Chapman. Siri ini pertama kali disiarkan pada 12 Ogos 2013 di Nickelodeon di Amerika Syarikat, di Kanada di TVOKids pada 2 September 2013, dan di Malaysia di Nickelodeon pada 4 November 2013. Sungguhpun siri ini dianggap sebagai rancangan Nick Jr., rancangan ini disiarkan di Nickelodeon dan di TVOKids. Rancangan ini diterbitkan oleh Spin Master Entertainment bersama-sama dengan TVOKids dan Nickelodeon, dengan animasi rancangan ini diterbitkan oleh Guru Studio.

Plot[sunting | sunting sumber]

PAW Patrol ialah sebuah siri aksi-pengembaraan CGI yang membintangkan sekawan tujuh ekor anak anjing: Marshall, Chase, Rocky, Zuma, Rubble, Skye dan Everest yang diketuai oleh seorang anak lelaki celik teknologi yang bernama Ryder. Dengan gabungan lagak-lagak unik, rujukan budaya popular dan banyak jenaka mesra kanak-kanak, PAW Patrol bekerja bersama-sama dalam misi-misi penyelamatan berisiko tinggi untuk melindungi bandar Adventure Bay.

Daripada Marshall si anak anjing bomba hingga Chase si anak anjing polis hingga Skye si juruterbang, setiap anak anjing membawa keperibadian dan kemahiran unik kepada pasukannya, mencontohkan kepentingan kerja berpasukan dan kewarganegaraan baik. Mereka semua mempunyai pup pack istimewa di atas belakang mereka untuk membantu dalam menguruskan apa-apa – daripada memperbaik bot hingga menyelamatkan kereta api daripada runtuhan batu. Walau sebesar mana jua pengembaraannya, PAW Patrol sentiasa mendapat masa untuk permainan, ketawa, dan garuan telinga daripada Ryder.[1]

Pelakon suara[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Watak Pelakon suara
Nama Perihal Bahasa Inggeris KanadaAmerika Syarikat
(Versi asli)
Bahasa Melayu Malaysia
Ryder Ketua PAW Patrol. Berumur 10 tahun. Owen Mason Cumming (Musim 1 - Musim 2)
Elijha Hammill (Musim 2 - Musim 3)
Jaxon Mercey (Musim 3 - Musim 5)
Joey Nijem (Musim 6 -)
Hazwani Abu Hasan
Marshall Baka Dalmatian. Anak anjing bomba Gage Munroe (Musim 1)
Drew Davis (Musim 2 - Musim 5)
Lukas Eagle (Musim 6 - )
Yatie Maslini
Rubble Baka Bulldog Inggris. Anak anjing pembinaan Devan Cohen (Musim 1 - Musim 5)
Keegan Hedley (Musim 6 -)
Chase Baka German Shephard. Anak anjing polis Tristan Samuel (Musim 1)
Max Calinescu (Musim 2 - Musim 4)
Justin Kelly (Musim 5 -)
Zetgi Izzati
Rocky Baka Campuran. Anak anjing kitar semula Stuart Ralston (Musim 1–Musim 2)
Samuel Faraci (Musim 3 -)
Zuma Baka Labrador coklat. Anak anjing air Alex Thorne (Musim 1 - Musim 4)
Carter Thorne (Musim 4 - Musim 5)
Shayle Simons (Musim 6 -)
Yatie Maslini
Skye Baka Cockapoo. Anak anjing terbang Kallan Holley (Musim 1 - Musim 5)
Lily Bartlam (Musim 6 -)
Kapten Turbot Nelayan Ron Pardo ( Musim 1 -)

Pelakon kecil[sunting | sunting sumber]

Watak Pelakon suara
Nama Perihal Bahasa Inggeris KanadaAmerika Syarikat
(Versi asli)
Bahasa Melayu Malaysia
Everest Baka Husky. Anak anjing salji Berkley Silverman (Musim 2 -)
Katie Pemilik klinik haiwan Katherine Forrester
Tracker Anak anjing hutan David Lopez (Musim 3 -)
Ella
Tuck
Rex
Francois Turbot Sepupu Kapten Turbot Peter Cugno
Ace Sorensen Juruterbang lagak profesional Julianna Paul (Musim 2 Episod 9)
Alex Porter Cucu En. Porter Christian Distefano
Cali Haiwan Peliharaan Katie. Kucing Julie Lemieux
Carlos Ranger Hutan. Lucius Hoyos
Datuk Bandar Goodway Datuk bandar Adventure Bay Deann Degruijter
Datuk Bandar Humdinger Datuk bandar Foggy bottom Ron Pardo
En. Porter Pemilik Restoran En. Porter Blair Williams
Jake Pemilik resort luncur salji Scott McCord
Julius Goodway Anak saudara Datuk Bandar Goodway Moses Rankine
Peladang Al Peladang Ron Pardo
Peladang Yumi Peladang Hiromi Okuyama (Musim 1)
Stephany Seki (Musim 2)
Justina Goodway Anak saudara Datuk Bandar Goodway Addison Holley
Raimundo Pengacara sarkas Juan Chioran

Episod[sunting | sunting sumber]

Gambaran keseluruhan siri[sunting | sunting sumber]

Musim Episod Tarikh siaran asal (Amerika Syarikat)
Pertama Terakhir
1 26 12 Ogos 2013 (2013-08-12) 18 Ogos 2014 (2014-08-18)
2 26[2] 13 Ogos 2014 (2014-08-13) 4 Disember 2015 (2015-12-04)
3 26[3] 20 November 2015 (2015-11-20) 26 Januari 2017 (2017-01-26)
4 26[4] 6 Februari 2017 (2017-02-06) 6 Mac 2018 (2018-03-06)
5 26 6 Februari 2018 (2018-02-06) 28 Januari 2019 (2019-01-28)
6 26 22 Februari 2019 (2019-02-22) 13 Mac 2020 (2020-03-13)
7 26 [5] 27 Mac 2020 (2020-03-27) akan diumumkan


Siaran[sunting | sunting sumber]

Musim pertama dan musim kedua telah dijual kepada saluran-saluran Nickelodeon di lebih daripada 126 buah negara melebihi, termasuk TVOKids di Kanada.

Media berkaitan[sunting | sunting sumber]

Filem cereka[sunting | sunting sumber]

Pada 9 Mei 2019 ia disahkan semasa Panggilan Persidangan Pendapatan Suku Pertama 2019 Spin Master bahawa filem teater animasi berdasarkan siri ini, bertajuk PAW Patrol: The Movie sedang dalam proses dengan tarikh keluaran Ogos 2021 [6]. Animasi untuk filem ini akan dilakukan oleh Mikros Image[7]. Dengan perkembangan filem itu kemudian disahkan pada 21 Februari 2020, filem ini akan diarahkan oleh Cal Brunker.

Pada 24 April 2020, tarikh keluaran telah diumumkan iaitu pada 20 Ogos 2021 [8]

Permainan video[sunting | sunting sumber]

Pada bulan Jun 2018, Nickelodeon dan Outright Games mengumumkan permainan video berdasarkan siri ini, bertajuk PAW Patrol: On a Roll. Ia dikeluarkan untuk PlayStation 4, Xbox One, Nintendo Switch, dan Microsoft Windows di Amerika Utara pada 23 Oktober 2018.

Penerimaan[sunting | sunting sumber]

Kritikan dan kontroversi[sunting | sunting sumber]

Ketika tercetusnya protes George Floyd pada pertengahan 2020, segelintir pemprotes mengkritik PAW Patrol, khususnya watak anggota polis dalam siri animasi, Chase kerana dikatakan menyembunyikan hakikat keganasan polis dalam dunia sebenar dengan memaparkan imej pihak pegawai polis sebagai pegawai yang bersikap baik, dan sesetengah pihak juga menyeru agar rancangan itu dihentikan.[9][10]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Nickelodeon’s ‘Paw Patrol’ Gets Second Season Pickup - Yahoo TV
  2. ^ Bibel, Sara (14 November 2013). "'Paw Patrol' Renewed for Season Two by Nickelodeon". TV By the Numbers. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-01-17. Dicapai pada 16 Disember 2013.
  3. ^ Bibel, Sara (9 Jun 2015). "'Paw Patrol' Renewed for Season 3 by Nickelodeon". TV By the Numbers. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-06-10. Dicapai pada 10 Jun 2015.
  4. ^ McLennan, Cindy (22 Jun 2016). "PAW Patrol: Season Four Renewal for Nickelodeon Series". TV Series Finale. Dicapai pada 29 Jan 2020.
  5. ^ Kade, Leigh (4 Jun 2019). "Nickelodeon Announces 'PAW Patrol' and Other Renewed Kid's Programs". Bleeding Cold. Dicapai pada 29 Jan 2020. PAW Patrol will be coming back for its seventh season
  6. ^ https://www.spinmaster.com/news-releases-view.php?id=122826
  7. ^ https://www.facebook.com/mikrosanimation/photos/a.432124503643039/1182674631921352/
  8. ^ https://variety.com/2020/film/box-office/mission-impossible-sequels-get-pushed-back-1234589362/
  9. ^ "The Protests Come for 'Paw Patrol'". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). 10 Jun 2020. Dicapai pada 13 Jun 2020.
  10. ^ Evon, Dan (11 Jun 2020). "Was the Kids' TV Show 'Paw Patrol' Canceled?". Snopes (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 13 Jun 2020.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]