PENTTBOM

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

PENTTBOM ialah nama kod bagi usaha penyiasatan Biro Penyiasatan Persekutuan ke atas serangan pengganas terhadap Bandar Raya New York dan Washington, D.C., iaitu siasatan jenayah yang terbesar dalam sejarah Amerika Syarikat. PENTTBOM merupakan singkatan untuk Pentagon/Twin Towers Bombing Investigation (Siasatan Pengeboman Pentagon/Menara Berkembar). Siasatan ini dilancarkan pada 11 September 2001 dan melibatkan 7,000 daripada 11,000 ejen khas FBI.[1]

Mengenal pasti perampas[sunting | sunting sumber]

FBI dapat mengenal pasti 19 orang perampas dalam masa beberapa hari kerana tidak ramai suspek yang berusaha untuk menyelindungi identiti mereka dalam butiran penerbangan, kad kredit, dan lain-lain.[2]

Surat seiras[sunting | sunting sumber]

Tiga orang perampas membawa salinan-salinan yang seiras daripada sepucuk surat tulisan tangan[3][4] (dalam bahasa Arab) yang dijumpai di tiga lokasi berasingan: yang pertama, dalam beg pakaian seorang perampas, Mohamed Atta, yang tidak di bawa ke dalam Penerbangan 11 American Airlines yang menghempas Menara Utara World Trade Center; yang kedua, dalam sebuah kenderaan milik seorang lagi perampas, Nawaf al-Hazmi, yang terletak di Lapangan Terbang Antarabangsa Washington Dulles; dan yang ketiga, di tapak hempasan Flight 93 United Airlines dekat Shanksville, Pennsylvania.

Menurut testimoni yang dihadapkan oleh Timbalan Pembantu Pengarah Divisi Pencegahan Keganasan FBI, J. T. Caruso, kepada Jawatankuasa Kecil Perisikan Dewan Perwakilan tentang Pengganasan dan Pertahanan Tanah Air pada 3 Oktober 2001, "terjemahan surat ini menunjukkan kesanggupan para perampas yang memeranjatkan untuk mengorbankan diri."[5]

Pasport yang dijumpai[sunting | sunting sumber]

Menurut testimoni Susan Ginsberg, seorang ahli kakitangan Suruhanjaya Negara Serangan Pengganas Terhadap Amerika Syarikat, dalam Perbicaraan Awam 26 Januari 2004:[6]

"Pasport empat orang pengganas itu masih berada dalam keadaan elok sepenuhnya atau separanya. Dua daripadanya ditemui di tapak hempasan Penerbangan 93 United Airlines di Pennsylvania, iaitu pasport-pasport milik Ziad Jarrah dan Saeed al Ghamdi. Satu lagi adalah milik seorang perampas di Penerbangan 11 American Airlines, iaitu pasport Satam al-Suqami, yang dikutip oleh seorang yang lalu sahaja lalu diserahkan kepada seorang detektif NYPD sebaik sebelum tumbangnya menara-menara World Trade Center. Pasport keempat pula dijumpai dalam bagasi yang tidak sampai dari penerbangan Portland ke Boston ke penerbangan sambungannya iaitu Penerbangan 11 American Airlines, iaitu pasport Abdul Aziz al Omari."
"Selain keeempat-empat pasport ini, terdapat beberapa salinan digital pasport perampas yang dijumpai dalam operasi pasca-9/11. Dua daripada pasport yang terselamat itu, iaitu yang dimiliki Satam al Suqami dan Abdul Aziz al Omari, nyata disuai pinda. Demi tidak menyentuh butiran sulit, kami hanya menyatakan bahawa ini dimanipulasi secara penipuan yang telah dikaitkan dengan al-Qaeda."

Bagasi Atta[sunting | sunting sumber]

Ketika menyelongkar bagasi Mohamed Atta yang tertinggal, FBI menemui petunjuk-petunjuk penting mengenai para perampas dan rancangan mereka. Selain pasport milik al-Omari, bagasi Atta mengandungi kertas-kertas yang mendedahkan identiti kesemua 19 perampas, serta mendedahkan maklumat tentang rancangan, motif dan latar belakang mereka.[7] FBI dapat mencari butiran-butiran lain seperti tarikh lahir, tempat tinggal, status visa, dan identiti juruterbang. Akan tetapi, tidak satu dokumen ini yang diteliti oleh pakar undang-undang yang bebas.[8]

Pengaitan dengan al-Qaeda[sunting | sunting sumber]

Para penyiasat dengan mudahnya dapat mengaitkan 19 orang itu kepada pertubuhan al Qaeda dengan mencapai fail-fail agensi perisikan mereka. Akhbar New York Times melaporkan pada 12 September bahawa pihak berkuasa juga mengaku mengenal pasti konco-konco di beberapa bandar yang turut membantu merancang dan melaksanakan serangan pada hari Selasa ini; para pegawai mengaku mengetahui siapa mereka serta butir-butir latar belakang penting tentang mereka dan menyediakan biografi untuk setiap ahli pasukan perampas yang dikenal pasti dan mulai menyusur kembali gerak-geri mereka yang paling terkini. Ejen-ejen FBI yang menyiasat kegiatan perampas di Florida mengikut jejak mereka di "sekolah penerbangan, kawasan perumahan dan restoran." Di sebuah sekolah penerbangan, para pelatih menceritakan kedatangan penyiasat beberapa jam selepas serangan tersebut.[9] Akhbar Washington Post kemudiannya melaporkan, beberapa jam selepas serangan berlaku, para penyiasat menggelintar fail mereka untuk [Satam] Al Suqami dan [Ahmed] Alghamdi, dan mendapati hubung kait mereka berdua dengan Nabil al-Marabh lalu mulai memburunya."[10]

Pada 27 September 2001, FBI mengeluarkan foto 19 perampas di samping maklumat tentang kemungkinan kewarganegaraan dan nama samaran mereka.[11]

Pada hari serangan itu, agensi-agensi perisikan AS turut memintas perhubungan yang menghala ke Osama bin Laden,[12] lantas menegaskan bahawa Osama bin Laden bertanggungjawab atas serangan itu sambil mengetepikan suspek-suspek lain. Walaupun menafikan pelibatannya itu pada mulanya, Osama bin Laden dikatakan mengakui bertanggungjawab sepenuhnya dan sendiri atas serangan itu dalam sebuah rakaman pita video.[13]

Kenyataan akhbar[sunting | sunting sumber]

  • 11 September 2001: FBI melancarkan penyiasatan[14]
  • 14 September: FBI mengeluarkan senarai suspek perampas 9/11[15]
  • 27 September: FBI mengeluarkan foto suspek perampas 9/11[16]
  • 28 September: FBI mengeluarkan surat lima halaman yang dipercayai tulisan para perampas[17]
  • 4 Oktober: FBI mengeluarkan garis masa separa untuk perampas yang bertapak di Boston[18]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Federal Bureau of Investigation - FBI History
  2. Federal Bureau of Investigation - Facts and Figures 2003
  3. Federal Bureau of Investigation - Press Release
  4. Translation
  5. Federal Bureau of Investigation - Congressional Testimony
  6. National Commission on Terrorist Attacks Upon the United States
  7. Dorman, Michael (17 April 2006). "Unraveling 9-11 was in the bags". Newsday (New York). 
  8. Reaves, Jessica (2 Januari 2002). "The Case Against Zacarias Moussaoui". Time. 
  9. Canedy, Dana; Sanger, David E. (13 September 2001). "After the attacks: The suspects; Hijacking Trail Leads F.B.I. to Florida Flight School". The New York Times. Diperoleh pada 22 Mei 2010. 
  10. NucNews - September 21, 2001
  11. "Press Release". Federal Bureau of Investigation. 27 September 2001. Diarkibkan daripada asal pada 1 October 2001. 
  12. "Latest on the attacks on America, 7:00 p.m". CBS News. 11 September 2001. 
  13. YouTube.com
  14. FBI
  15. FBI
  16. FBI
  17. FBI
  18. FBI

Pautan luar[sunting | sunting sumber]