POJO

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Dalam pengkomputan perisian, POJO ialah singkatan bagi Plain Old Java Object (bermaksud "objek Java lama biasa") yang digunakan untuk menekankan bahawa sesuatu objek adalah objek Java biasa, bukannya objek khas. Istilah ini diperkenalkan oleh Martin Fowler, Rebecca Parsons dan Josh MacKenzie pada bulan September 2000:

"Kami hairan mengapa orang amat menentang penggunaan objek-objek biasa dalam sistem mereka dan membuat kesimpulan bahawa sebabnya ialah objek ringkas mempunyai nama yang kurang menarik. Jadi kami berikan mereka satu, dan sambutannya amat baik."[1]

Takrifan[sunting | sunting sumber]

POJO ialah objek Java yang tidak terikan dengan mana-mana kekangan melainkan yang ditekankan oleh Tentuan Bahasa Java. POJO tidak sepatunya perlu

  1. mengembangkan (extend) kelas pratentu (prespecified), sebagaimana
    public class Foo extends javax.servlet.http.HttpServlet { ...
    
  2. memakai antara muka pratentu, sebagaimana
    public class Bar implements javax.ejb.EntityBean { ...
    
  3. mengandungi catatan (annotation) pratentu, sebagaimana
    @javax.persistence.Entity public class Baz { ...
    

Pun begitu, atas kesukaran teknikal dan sebab-sebab lain, banyak produk-produk perisian atau rangka kerja yang diperihalkan sebagai serasi POJO sebenarnya masih perlu penggunaan catatan pratentu supaya ciri-ciri seperti persistence berfungsi sebetulnya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ MF Bliki: POJO dari MartinFowler.com