Panitia Persiapan Kemerdekaan Indonesia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari PPKI)

Panitia Persiapan Kemerdekaan Indonesia (Jepun: 独立準備委員会, Hepburn: Dokuritsu Junbi Inkai, PPKI) yang diketuai oleh Sukarno dibentuk oleh Jepun pada 7 Ogos 1945 apabila Badan Penyelidik Usaha-usaha Persiapan Kemerdekaan Indonesia (BPUPKI) dibubarkan kerana tidak berupaya mengadakan pengisytiharan kemerdekaan dalam tempoh yang singkat.


Persidangan[sunting | sunting sumber]

Pada 9 Ogos 1945, Sukarno, Mohammad Hatta, dan Radjiman Wedyodiningrat, selaku pimpinan PPKI yang baru, dijemput ke Dalat untuk bertemu dengan Marsyal Terauchi. Selepas pertemuan tersebut, PPKI tidak dapat bertugas kerana para pemuda mendesak agar pengisytiharan kemerdekaan tidak dilakukan atas nama PPKI yang dianggap sebagai alat Jepun. Selain itu, rancangan perhimpunan pada 16 Ogos 1945 tidak dapat dilaksanakan kerana terjadi peristiwa Rengasdengklok.

Selepas pengisytiharan kemerdekaan pada 18 Ogos 1945, PPKI memutuskan antara lain:

  1. pengesahan Undang-Undang Dasar (UUD)
  2. pelantikan Sukarno sebagai Presiden dan Mohammad Hatta sebagai Timbalan Presiden Republik Indonesia
  3. pembentukan Jawatankuasa Negara untuk membantu tugas presiden sebelum Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) dan Majlis Musyawarah Rakyat (MPR) dibentuk.

Berkaitan dengan Undang-Undang Dasar, terdapat perubahan daripada bahan yang dihasilkan oleh BPUPKI, antaranya:

  1. Kata Muqaddimah digantikan dengan kata Pembukaan.
  2. Frasa Ketuhanan, dengan menjalankan syariat Islam bagi pemeluk-pemeluknya di dalam Piagam Jakarta digantikan dengan Ketuhanan yang Maha Esa.
  3. Kata-kata ... dan beragama Islam pada pasal 6:1 yang berbunyi Presiden ialah orang Indonesia Asli dan beragama Islam dicoret.
  4. Sejalan dengan cadangan kedua, maka fasal 29 pun berubah.

Keahlian[sunting | sunting sumber]

Pada awalnya, PPKI terdiri daripada 21 orang, iaitu:

Susunan awal keahlian PPKI adalah seperti yang berikut berikut:

  1. Sukarno (Ketua)
  2. Mohammad Hatta (Timbalan Ketua)
  3. Prof. Dr. Soepomo (Anggota)
  4. Radjiman Wedyodiningrat (Anggota)
  5. R. P. Soeroso (Anggota)
  6. Soetardjo Kartohadikoesoemo (Anggota)
  7. Kiai Abdoel Wachid Hasjim (Anggota)
  8. Ki Bagus Hadikusumo (Anggota)
  9. Otto Iskandardinata (Anggota)
  10. Abdoel Kadir (Anggota)
  11. Pangeran Soerjohamidjojo (Anggota)
  12. Pangeran Poerbojo (Anggota)
  13. Dr. Mohammad Amir (Anggota)
  14. Mr. Abdul Abbas (Anggota)
  15. Mr. Mohammad Hasan (Anggota)
  16. Dr. GSSJ Ratulangi (Anggota)
  17. Andi Pangerang (Anggota)
  18. A.H. Hamidan (Anggota)
  19. I. Goesti Ketoet Poedja (Anggota)
  20. Johannes Latuharhary (Anggota)
  21. Yap Tjwan Bing (Anggota)

Selanjutnya tanpa pengetahuan Jepun, keahlian bertambah 6 dengan pemasukan:

  1. Achmad Soebardjo (Anggota)
  2. Sajoeti Melik (Anggota)
  3. Ki Hadjar Dewantara (Anggota)
  4. R.A.A. Wiranatakoesoema (Anggota)
  5. Kasman Singodimedjo (Anggota)
  6. Iwa Koesoemasoemantri (Anggota)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]