Pacu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pacu jenis Rowel s. 1400, dipamerkan di Muzium Seni Metropolitan

Pacu (Jawi: ڤاچو) ialah alat besi tajam atau bergerigi yang digunakan untuk menggalakkan ("memacu") haiwan tunggangan seperti kuda bergerak dengan lebih laju.[1] Ia sering dipasangkan pada kasut penunggang.

Alat ini banyak digunakan tamadun dan budaya yang menggunakan kuda sebagai haiwan pergantungan sepanjang zaman; ia mula dicatat oleh masyarakat Celt pada sekitar abad ke-5 SM semasa berkembangnya zaman Besi di tengah benua Eropah; malah pernah disebutkan dalam catatan sejarah Xenophon[2][3] sampai diterapkan masyarakat Rom purba.[4] Alat ini turut diperkenalkan ke dunia Arab semasa meluasnya pengaruh Islam di rantau tersebut.[5]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "pacu". Kamus Dewan (ed. ke-4). Dewan Bahasa dan Pustaka Malaysia. 2017.
  2. ^ p. 115, An early history of horsemanship, Augusto Azzaroli, Brill, 1985, ISBN 90-04-07233-0.
  3. ^ "La Tène", entry, p. 353, A dictionary of archaeology, Ian Shaw and Robert Jameson, 6th illustrated ed., Wiley-Blackwell, 2002, ISBN 0-631-23583-3.
  4. ^ p. 82, Handbook to life in ancient Rome, Roy A. Adkins, reprint ed., Oxford University Press US, 1998, ISBN 0-19-512332-8.
  5. ^ Metin Boşnak, Cem Ceyhan (Fall 2003), "Riding the Horse, Writing the Cultural Myth: The European Knight and the American Cowboy as Equestrian Heroes", Turkish Journal of International Relations, 2 (1): 157–181 [175]