Pada Zaman Dahulu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pada Zaman Dahulu
Skrin Pada Zaman Dahulu.jpg
Genre Animasi
Pencipta Mohd Haris Amran
Vivienne Foo Rui Hua
Fitri Anas Muhiddin
Pengarah Mohd Shafiq Mohd Isa
Pelakon suara Hj. Alias
Nuraini
Alyssa
Esfahan
Amin Rusli
Loke Keng Sun
Hasan Albasri Mohd Kamil
Muiz Rahimi
Komposer Mohamed Azfaren Mohamed Aznam
Negara asal Malaysia
Bahasa Malaysia
Bilangan musim 2
Bilangan episod (Senarai episod)
Penerbitan
Penerbit Hj Burhanuddin Md Radzi
Penyunting Hjh Ainon Ariff
Tempoh siaran 7 minit sebahagian
(3 bahagian seepisod)
Syarikat penerbitan Les' Copaque Production
Penyiaran
Saluran asal TV AlHijrah
Format gambar HD 1080p
Julung kali ditayangkan di Malaysia
Siaran asal 3 Disember 2011
Pautan luar
Tapak sesawang rasmi

Pada Zaman Dahulu ialah sebuah siri animasi CGI berbentuk kisah dongeng yang juga merupakan judul siri televisyen kedua keluaran Les' Copaque Production.[1] Siri ini mula disiarkan di kaca televisyen menerusi saluran TV AlHijrah.

Am[sunting | sunting sumber]

Dua adik-beradik dari bandar, Aris dan Ara, dihantar ke kampung oleh ibu bapa mereka yang hendak pergi ke luar negara, untuk tinggal bersama Aki dan Wan (gelaran bagi datuk nenek mereka). Aki sebagai tukang cerita menghiburkan cucu-cucunya dengan mengisahkan cerita-cerita dongeng tentang Sang Kancil dan rakan-rakan rimbanya.[2]

Watak[sunting | sunting sumber]

  • Aki (Hj. Alias): Datuk kepada Aris dan Ara yang bijaksana dan penyayang, dan tukang cerita dalam siri ini.
  • Ara (Alyssa): Si adik yang segan-silu, comel dan ceria. Gemar mendengar cerita Aki.
  • Aris (Esfahan): Abang kepada Ara yang lebih gemar duduk dalam rumah dan bermain permainan elektronik, tetapi bertanggungjawab dalam menjaga adiknya.
  • Wan (Nor Hayati): Isteri kepada Aki dan nenek kepada Ara dan Aris. Walaupun wajahnya agak jarang muncul, tetapi suaranya sering kedengaran di akhir episod dengan babak pemandangan luar rumah Aki pada waktu malam.
  • Sang Kancil (Nuraini Nazihah): Watak utama kebanyakan cerita Aki. Cerdik, licik, dan tangkas, ia sentiasa mencari jalan untuk melepaskan diri dari pemangsa.
  • Sang Harimau (Amin Rusli): 'Raja Rimba' yang bengis, berhati durjana dan digeruni ramai. Mana-mana mangsa sahaja yang menjadi makanan kegemarannya.
  • Sang Kerbau (Hasan Albasri): Haiwan yang mengidam-idamkan gelaran Raja Rimba, tetapi kurang tajam pemikirannya.
  • Ketua Buaya (Muiz Rahimi): Seekor lagi haiwan pemangsa yang digeruni ramai penghuni hutan, dan suka dipuji-puji berlebihan. Mengetuai sekawan buaya yang tinggal di sungai.
  • Sang Gajah: Walaupun berbadan besar, tetapi sungguh penakut. Peramah dan tidak suka akan pergaduhan.
  • Sang Tupai (Loke Keng Sun): Pakar seni bela diri yang sentiasa muncul dari entah mana untuk memuji atau menegur haiwan-haiwan lain.
  • Sang Arnab (Gems): Kawan baik Sang Kancil yang comel tetapi cepat terangsang.
  • Gergasi: Makhluk berupa manusia raksasa yang gemar mengganas dan memburu haiwan di hutan, cukup besar dan kuat hingga Sang Harimau pun tidak terdaya melawannya.
  • Sang Ular: Penghuni rimba yang kadang-kadang baik, kadang-kadang jahat, iaitu jahat apabila lapar.
  • Sang Monyet (Haris):
  • Kura-Kura:

Ringkasan Siri[sunting | sunting sumber]

Musim Episod Tarikh siaran di TV AlHijrah DVD
Episod pertama Episod terakhir Vol.
1 12 3 Disember 2011 (2011-12-03) 24 Disember 2011 (2011-12-24) 1 - 2
2 24 28 Julai 2012 (2012-07-28) 29 Disember 2012 (2012-12-29) TBA
3 36 25 Mei 2013 (2013-05-25) 5 Januari 2014 (2014-01-05) TBA

Episod[sunting | sunting sumber]

Setiap kisah dipecahkan pada tiga bahagian. Tayangan pertama biasanya berupa ketiga-tiga bahagian disiarkan dalam satu slot setengah jam, manakala ulang tayang terdiri daripada satu bahagian disiarkan dalam slot 10 minit.

Musim pertama[sunting | sunting sumber]

No. di
siri
No. di
musim
Tajuk Tayangan pertama Masa DVD
1–3 1–3 "Sang Kancil dan Kerbau" 3 Disember 2011 8:30 pm Vol. 1
Aris dan Ara mula tinggal bersama Aki dan Wan di kampung. Setelah melihat gelagat Aris yang suka temberang pada Ara, cerita sulung Aki kepada mereka ialah tentang Sang Kerbau yang terpedaya oleh Sang Buaya untuk mengangkat dahan pokok yang tersepit lehernya supaya Sang Buaya boleh memakannya, hingga terpaksa meminta tolong dari Sang Kancil. 
4–6 4–6 "Sang Kancil Mengira Buaya" 10 Disember 2011 8:30 pm Vol. 1
Aris dan Ara mengikut Aki memancing. Dalam lama-lama menunggu ikan memakan umpan, adik-beradik itu ternampak sepohon pokok rambutan yang cukup berbuah. Dengan itu, Aki bercerita tentang Sang Kancil yang memperdaya kawanan buaya dengan menjemput mereka ke kenduri Raja Sulaiman, semata-mata untuk menyeberangi sungai kerana hendak memakan rambutan gugur di seberang. 
7–9 7–9 "Sang Kancil dan Perigi Buta" 17 Disember 2011 8:30 pm Vol. 2
Saat abangnya leka bertidur siang, Ara mengejar seekor kucing ke luar rumah hingga nyaris terjatuh ke dalam perigi buta, tetapi sempat diselamatkan oleh Aki. Oleh itu, Aki bercerita tentang Sang Kancil yang dikejar oleh Sang Harimau hingga terjatuh ke dalam lubang, lalu terpaksa meminta tolong dari haiwan-haiwan lain. Sang Harimau mengambil kesempatan ke atas Sang Kancil yang malang, tetapi tanpa disangka-sangka Sang Gajah menyelamatkan Sang Kancil. 
10–12 10–12 "Sang Kancil Dan Gergasi" 24 Disember 2011 8:30 pm Vol. 2
Setelah enggan menemani Aki ke sawah, Aris mengusik haiwan-haiwan di sekitar rumah hingga dirinya digigit oleh kerengga. Untuk itu, Aki menceritakan kisah Sang Kancil yang cuba melawan seorang gergasi yang ganas dan suka memakan haiwan rimba dengan akalnya sendiri. Selepas habis cerita, kembalinya ibu bapa Aris dan Ara untuk mengambil mereka pulang dari kampung. 

Musim kedua[sunting | sunting sumber]

No. di
siri
No. di
musim
Tajuk Tayangan pertama Masa DVD
13–15 1–3 "Sang Kancil dan Tali Pinggang Hikmat" 28 Julai 2012 6:00 pm Vol. 3
Aris dan Ara kembali ke kampung dan bersua semula dengan Aki. Dalam perjalanan pulang ke rumah Aki, mereka bertembung dengan seekor ular sawa. Dengan itu, Aki menceritakan tentang Sang Kancil yang diperdaya Sang Ular, kebetulan pula meminta bantuan Sang Harimau untuk melepaskan dirinya dari belitan Sang Ular. 
16–18 4–6 "Sang Kancil dan Pemburu" 4 Ogos 2012 6:00 pm Vol. 3
 
19–21 7–9 "Sang Kancil Berlumba dengan Siput" 11 Ogos 2012 6:00 pm Vol. 4
 
22–24 10–12 "Sang Kancil dan Harimau" 18 Ogos 2012 6:00 pm Vol. 4
 
25–27 13–15 "Sang Kancil dan Gong Raja Sulaiman" 8 Disember 2012 5:30 pm TBA
 
28–30 16–18 "Sang Kancil Menjadi Hakim" 15 Disember 2012 5:30 pm TBA
 
31–33 19–21 "Kura-Kura dan Monyet" 22 Disember 2012 5:30 pm TBA
 
34–36 22–24 "Penghuni Hutan Menentang Gergasi" 29 Disember 2012 5:30 pm TBA
Aris, Ara dan Aki terserempak dengan kincir air yang rosak dan dibaiki beramai-ramai. Dengan itu, Aki bercerita tentang Sang Kancil yang mengetuai sahabat-sahabat rimbanya untuk menentang ancaman keluarga Gergasi. 

Musim ketiga[sunting | sunting sumber]

No. di
siri
No. di
musim
Tajuk Tayangan pertama Masa DVD
37–39 1–3 "Sang Kancil & Singa
Sang kancil & singa.PNG
"
25 Mei 2013 4:00 pm TBA
 
40–42 4–6 "Ayam & Helang
Ayam & Helang.PNG
"
1 Jun 2013 4:15 pm TBA
 
43-45 7-9 "Pekasam Mata Harimau" 8 Jun 2013 4:15 pm TBA
 
46-48 10-12 "Semut, Merpati & Gajah
Semut, merpati & gajah.PNG
"
14 Julai 2013 3:30pm TBA
 
49-51 13-15 "Musang dan Ayam" 21 Julai 2013 3:30pm TBA
 
52-54 16-18 "Belalang & Semut
Skrin Belalang & Semut.jpg
"
28 Julai 2013 3:30pm TBA
 
55-57 19-21 "Kisah Bangau" 1 Disember 2013 4:00pm TBA
 
58-60 22-24 "Anjing & Bayang-bayang
Anjing & bayang-bayang.PNG
"
8 Disember 2013 4:00pm TBA
 
61-63 25-27 "Kambing & Buaya
Kambing & buaya.PNG
"
15 Disember 2013 4:00pm TBA
 
64-66 28-30 "Cawi & Harimau
Cawi & harimau.PNG
"
22 Disember 2013 4:00pm TBA
 
67-69 31-33 "Kura-kura & Itik
Kura-kura & itik.PNG
"
29 Disember 2013 4:00pm TBA

Aris dan Ara sedang main kejar-kejar di ruang tamu rumah. Aki memberi nasihat agar jangan bermain di dalam rumah tetapi tidak diendahkan. Tiba-tiba Ara terlanggar pasu di atas meja hingga jatuh dan pecah. Aki sangat sedih kerana pasu itu ialah kesayangannya. Aris dan Ara rasa bersalah dan cuba membantu dengan menghulurkan gam. Bagi Aki, nasi telah menjadi bubur, tiada apa yang boleh dilakukan lagi. Aris dan Ara pula tidak faham dengan peribahasa Aki, lalu Aki menceritakan satu kisah tauladan, Kura-kura dan Itik.

Kisahnya bermula dengan Itik yang menjemput semua kawan-kawan datang ke kenduri di rumahnya termasuklah Kura-kura. Kura-kura setuju untuk pergi tapi malangnya, oleh kerana dialah binatang yang paling perlahan berjalan, Kura-kura tiba di rumah Itik setelah kenduri berakhir. Kura-kura kecewa dan terus pulang ke rumah. Kancil simpati terhadap kura-kura dan pergi menemuinya. Kura-kura meluahkan perasaannya serta menyatakan jikalau dia boleh terbang, mesti dia tidak akan lambat. Kancil pun membawa Kura-kura berjumpa Itik dan memberi idea bagaimana Itik boleh membantu Kura-kura untuk terbang. Maka berjayalah Kura-kura untuk terbang seperti yang diimpikannya, tetapi, Kura-kura lalai pada pesan Kancil hingga mengakibatkan dia ditimpa kemalangan iaitu cengkerangnya retak. Tidak ada apa lagi yang dapat dilakukan kerana nasi telah menjadi bubur dan Kura-kura perlu terima hakikat tersebut. 
70-72 34-36 "Singa & Tikus
Singa & tikus.PNG
"
5 Januari 2014 4:00pm TBA
 

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]