Padang Midin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Padang Midin ialah sebuah kampung yang terletak kira-kira 10 kilometer dari bandar raya Kuala Terengganu (lazim dikenali sebagai "KT") dan terletak di dalam daerah Kuala Terengganu, Terengganu. Keluasan kampung ialah sekitar dalam 2 km persegi dan kepadatan penduduk dianggarkan antara 100 ke 500 orang/km2.

Bersempadan dengan Bukit Payong dan Pengadang Baru, Kampung Padang Midin menjadi laluan utama pelancong ke pusat-pusat pelancongan yang terkenal iaitu Kuala Berang, Sekayu dan Tasik Kenyir. Kampung ini juga merupakan jalan darat yang utama yang menghubungkan kampung-kampung kecil di pedalaman seperti Kampung Tok Hakim dan Kampung Kubang Panjang.

Pemandangan sawah padi di Kampung Padang Midin

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Padang Midin mendapat namanya daripada dua unsur iaitu padang dan pokok.

Nama 'Padang' adalah kerana kawasan ini dahulunya adalah sebuah padang rumput luas yang dipenuhi dengan belukar, semak samun dan juga paku-pakis liar terutamanya Paku Midin.

Manakala nama 'Midin' pula diambil daripada Pokok Midin, Paku Midin atau Pucuk Midin (nama saintifik; Stenochlaena palustris) iaitu sejenis tumbuhan seperti paku-pakis yang boleh dimakan sebagai sayur atau dibuat ulam yang banyak tumbuh meliar di kawasan ini pada suatu masa dahulu. Tumbuhan paku ini juga dikatakan mempunyai pelbagai khasiat dalam perubatan.

Terdapat sumber lain yang mengatakan bahawa asal usul kampung ini juga mendapat namanya dari seorang saudagar luar yang bernama Pak Midin yang datang dan dikenali oleh kebanyakan penduduk di sini.

Ekonomi[sunting | sunting sumber]

Majoriti pekerjaan dan ekonomi utama kampung ini ialah petani dan bercucuk tanam kerana jika dilihat pemandangan sawah padi adalah sekitar 20-30% dari keluasan kampung.

Walau bagaimanapun industri kecil dan sederhana (IKS) di kampung ini membuktikan bahawa tidak semua penduduk kampung terdiri dari golongan petani kerana ekonomi di kampung ini juga disokong oleh perniagaan seperti kilang perabot, kilang batik & fabrik/pakaian, dan penternakan Ikan Keli. Hampir 75% daripada penduduk sini masih bergantung kepada petanian dan hasil tanaman dipasarkan di kedai borong berhampiran.

Walaupun berada di kawasan luar bandar, jika dilihat, Padang Midin juga semakin maju sejak Kuala Terengganu dinaik taraf sebagai "Bandaraya Warisan Pesisir Air" pada 1 Januari 2008. Begitu banyak kemajuan yang dicapai dan semenjak itu, kawasan ini yang dahulunya dipenuhi dengan semak samun telah dibersihkan menjadi rumah kediaman dan rumah kedai setinggi 4 tingkat. Selain itu juga, pintu gerbang jalan raya yang besar terletak di hadapan SMK Padang Midin yang memaparkan 'Selamat Datang Ke Bandaraya KT' merupakan salah satu tanda kemajuan yang dicapai di kampung tersebut.

Kemudahan asas & infrastruktur[sunting | sunting sumber]

Yang banyak dilihat ketika melalui jalan besar di kampung ini ialah kedai makan, restoran dan warung-warung.

Kedai-kedai menjahit pakaian juga banyak di kampung ini.

Kemudahan lain[sunting | sunting sumber]

Sekolah[sunting | sunting sumber]

Terdapat 2 buah sekolah rendah dan menengah yang utama disini iaitu

Pautan luar[sunting | sunting sumber]