Padang rumput Mongolia-Manchuria

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Grasslands-menggu.JPG
Mongolian steppe.jpg
Tree on the Mongolian steppe (June 1997).jpg

Padang rumput Mongolia-Manchuria, juga dikenali sebagai steppe Mongolia-Manchuria, ialah sebidang padang rumput beriklim sederhana yang ditemui di Mongolia dan bahagian utara China.

Latar[sunting | sunting sumber]

Padang rumput Mongolia-Manchuria meliputi kawasan seluas 887,300 kilometer persegi (342,600 batu persegi). Ekokawasan beriklim sederhana Paleartik dalam biom padang rumput, savana dan tanah semak ini membentuk sebuah bulan sabit besar di keliling Gurun Gobi, menjangkaui bahagian tengah dan timur Mongolia hingga bahagian timur Mongolia Dalam dan bahagian timur dan tengah Manchuria, dan seterusnya ke arah barat daya merentasi Dataran China Utara. Ke arah timur laut dan utara, steppe hutan Selenge-Orkhon dan Daur membentuk zon peralihan di antara padang rumput dan perhutanan Siberia di utara. Di timur dan tenggara, padang rumput beralih kepada hutan daun lebar dan campuran sederhana, termasuk hutan campuran Manchuria, hutan daun luruh Dataran China Timur Laut, dan hutan camputan penara loes China Tengah. Di barat daya, padang rumput mencapai Sungai Kuning, dan di seberangnya ialah steppe Penara Ordos.

Flora[sunting | sunting sumber]

Tumbuh-tumbuhan utamanya terdiri daripada padang rumput sederhana dan tinggi yang dikuasai oleh rumput bebulu (Stipa baicalensis, S. capillata, and S. grandis), Feskiu Biri-biri (Festuca ovina), Aneurolepidium chinense, Filifolium sibiricuman, dan Cleistogenes sqarrosa. Kawasan-kawasan kering di keliling Gurun Gobi menempatkan rumput yang tahan kemarau, bersama forba dan semak yang rendah dan beronak.

Cerun-cerun di barat daya banjaran Khingan Raya menampung beberapa hutan daun lebar luruh, sama ada Oak Mongolia (Quercus mongolica), atau campuran poplar (Populus davidiana dan P. suaveolens), Birch Perak Siberia (Betula platyphylla), dan dedalu (Salix rorida).

Fauna[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Templat:Paleartic temperate grasslands, savannas, and shrublands