Pagan Poetry

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
"Pagan Poetry"
Single oleh Björk
daripada album Vespertine
Sisi B"Domestica"
"Batabid"
"Aurora" (Versi Opiate)
Dilancarkan padaNovember 2001
FormatCD
GenreElectronica
IDM
Panjang5:17 (Versi album)
4:01 (Suntingan radio)
SyarikatOne Little Indian
PenulisBjörk
PenerbitBjörk
Marius De Vries
Kronologi single Björk
""Hidden Place"
(2001)"
"Pagan Poetry" ""Cocoon"
(2002)"
Kulit lain
Kulit CD2
Kulit CD2
Kulit DVD
Kulit DVD
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

"Pagan Poetry" merupakan sebuah lagu yang dicipta oleh artis Iceland Björk. Lagu ini diterbit oleh Björk dan Marius De Vries. Pengadaptasian kotak muzik dalam lagu ini telah dibikin oleh Jack Perron dan versi penuhnya telah ditampilkan sebagai b-side dalam single seterusnya, "Cocoon".

Pada Mac 2006, dalam majalah Rolling Stone ke-77 edisi Sepanyol, lagu ini telah diletakkan pada kedudukan 38 oleh pakar-pakar dalam sebuah senarai berkenaan lagu-lagu terbaik pada kurun ke-21.

Senarai lagu dalam single[sunting | sunting sumber]

Cakera padat 1[sunting | sunting sumber]

  1. "Pagan Poetry" (Suntingan video)
  2. "Pagan Poetry" (Mix Matthew Herbert Handshake
  3. "Aurora" (Versi Opiate)

Cakera padat 2[sunting | sunting sumber]

  1. "Pagan Poetry"
  2. "Domestica"
  3. "Batabid"

DVD[sunting | sunting sumber]

  1. "Pagan Poetry" (Video)
  2. "Pagan Poetry" (Mix Matthew Herbert Handshake
  3. "Aurora" (Versi Opiate)

Video muzik[sunting | sunting sumber]

Saya ingin mendedahkan beliau (Björk). Beliau sebenarnya agak mentah, kewanitaan dan seksi. Terdapat suatu aspek beliau yang berbeza yang tidak biasa muncul dalam videonya yang lain. Itulah yang saya minta kepadanya untuk lakukan dan itulah yang beliau lakukan. Pakaiannya berhenti sebaik sahaja di bawah dadanya dan beliau telah menjahit mutiara pada kulitnya.[1]
Tampilan video "Pagan Poetry".

Video muzik bagi "Pagan Poetry" telah diarah oleh jurugambar Nick Knight. Video muzik berkisar tentang "seorang wanita yang sedang bersedia untuk perkahwinan dan kekasihnya". Video ini merupakan satu daripada video Björk yang bersifat kontroversi.

Dalam video ini, Björk dapat dilihat sedang 'memakai baju pengantinnya' dengan menindik dirinya sendiri. Video muzik ini juga mengandungi rakaman menunjukkan aktiviti seks antara Björk dengan kekasih sebenarnya, Matthew Barney. Rakaman ini telah diherotbenyotkan di dalam video tersebut. Sebelum penggambaran video, Björk telah meminta agar kehidupan seks sebenarnya dimuatkan ke dalam video.[2] Video ini berakhir dengan babak korset yang telah dijahit pada kulit.

Pakaian Björk dalam video ini telah direka oleh pereka fesyen yang bernama Alexander McQueen. Pakaian tersebut hanya menutupi bahagian bawah badan Björk, sementara bahagian atas badannya hanya dilitupi (secara jarang) dengan mutiara.

Video muzik ini telah diharamkan penyiarannya di saluran MTV di Amerika Syarikat, namun akhirnya disiarkan jua di dalam rancangan yang bertajuk "20 Most Controversial Music Videos" (20 Video-video Muzik Paling Kontroversi).

Carta[sunting | sunting sumber]

Kedudukan tertinggi single ini di UK ialah nombor 38 sementara di Kanada pula, single ini berjaya mencapai kedudukan nombor 12.

Carta Kedudukan
tertinggi
Hot Canadian Digital Singles 15
Carta Single UK 38
Carta Single Perancis 49
Spain Singles Top 20 6
Carta Kanada 12

Kru[sunting | sunting sumber]

Kru terlibat dengan pembikinan lagu[3][sunting | sunting sumber]

  • Pengkarya: Björk
  • Pengaturcaraan: Jake Davies, Marius De Vries dan Björk
  • Bes: Björk
  • Penggubahan kotak muzik: Björk
  • Pengadaptasian kotak muzik: Jack Perron
  • Penggubahan hap: Zeena Parkins dan Björk
  • Penerbit: Björk
  • Penerbitan tambahan: Marius De Vries
  • Mix Stereo: Mark "Spike" Stent
  • Mix 5.1: Mark "Spike" Stent

Kru terlibat dengan pembikinan video muzik[sunting | sunting sumber]

  • Pengarah: Nick Knight
  • Penerbitan: Gainsbury & Whiting
  • Pengarah penggambaran: Simon Chaudoir
  • Pakaian: Alexander McQueen
  • Jurustail: Katy England
  • Mekap: Inge Grognard
  • Rambut: Sam McKnight
  • Perias kuku: Marian Newman
  • Telecine: Tariq di VTR
  • Penyunting luar talian: Nick Waymond Harris
  • Animasi 3D: Damon O'Connell
  • Dalam talian / kesan: Peter Marin
  • Perunding kesan digital: Paul Hetherington

Versi-versi[sunting | sunting sumber]

  • Versi album
  • Suntingan video
  • Mix Matthew Herbert Handshake
  • Versi kotak muzik

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ http://www.bjork.com/videogallery
  2. ^ skling. "CNdb Review". CNdb. 9 July 2003.
  3. ^ "Senarai kredit di ShowStudio.com". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-11-04. Dicapai pada 2008-12-29.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]