Pak Belalang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Pak Belalang adalah sebuah cerita rakyat bagi rumpun Melayu. Cerita ini mengisahkan tentang seorang tua yang dipanggil Pak Belalang (kerana mempunyai anak bernama Belalang) yang sentiasa bergantung harap kepada kebijaksanaan anaknya.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pak Belalang adalah hasil karya seorang penulis berasal daripada Perak iaitu Raja Haji Yahya.[1] Tarikh sebenar beliau karangkan cerita ini adalah tidak diketahui. Namun dapat dipastikan ia telah dikarang sebelum tahun 1908, iaitu tahun di mana cerita-cerita karangan beliau dibukukan untuk pasaran.

Adaptasi[sunting | sunting sumber]

Buku[sunting | sunting sumber]

Cerita Pak Belalang telah dimasukkan ke dalam buku bertajuk "Cherita Jenaka" yang turut memuatkan beberapa cerita-cerita rakyat popular yang lain seperti Pa' Kadok, Pa' Pandir, Lebai Malang, Pa' Belalang, Si-Lunchai oleh Sir R. O. Winstedt dan A. J. Sturrock pada tahun 1908. Cetakan ini diulang cetak sebanyak beberapa kali dengan edisi ketiga pada tahun 1914 dengan 159 halaman.[2] [3]

Filem[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1959, sebuah filem adaptasi cerita rakyat ini telah dihasilkan dengan judul "Nujum Pak Belalang". Filem ini telah diarahkan oleh Allahyarham P. Ramlee dan dibintangi oleh beliau sendiri sebagai Pak Belalang. Watak anak Pak Belalang pula telah dibintangni oleh Allahyarham Bad Latiff.

Lagu[sunting | sunting sumber]

Cerita Pak Belalang turut diadaptasikan ke dalam lirik lagu oleh Kumpulan Kristal di dalam lagu mereka iaitu Resam Pak Belalang menerusi album mereka yang juga berjudul "Pak Belalang".

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. T/A (2007). Cerita Jenaka:Bibliografi. Malay Concordance Project. Diperolehi pada 15 Julai 2007
  2. Raja Haji Yahya, Cherita Jenaka, iaitu Pa' Kadok, Pa' Pandir, Lebai Malang, Pa' Belalang, Si-Lunchai, ed. R.O. Winstedt & A.J. Sturrock, Singapura: Malayan Publishing House, 1908.
  3. ANTIQBOOK

Pautan luar[sunting | sunting sumber]