Pakaian (Naruto)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Di dalam dunia Naruto, dapat dilihat bahawa kebanyakan ninja di dalam siri ini mengenakan pemakaian yang pelbagai dengan sesetengah daripadanya mempunyai tujuan tertentu.

Pakaian[sunting | sunting sumber]

Dirah Dahi[sunting | sunting sumber]

  • Pengguna : Kebanyakan ninja
Fail:Forehead Protector.png
Dirah dahi ninja kampung Konoha

Dirah Dahi (Jepun: 額当て,, Hepburn: hitai-ate) adalah kain cekak kepala yang dipakai oleh hampir semua ninja, mempunyai kepingan besi nipis yang diukir dengan simbol kampung masing-masing. Selalunya, dirah dahi ini menggunakan material kain berwarna biru (walaupun begitu, terdapat juga dirah dahi yang menggunakan warna yang berlainan). Dirah dahi ini akan diterima apabila seseorang ninja itu telah tamat latihan dari Akademi Ninja, jadi hanya ninja bertahap Genin dan ke atas sahaja memilikinya.

Walaupun namanya adalah "dirah dahi", namun ia boleh juga digunakan dengan pelbagai cara. Sebagai contoh, kebanyakan ninja akan menggunakan dirah dahi di tempat yang sepatutnya, Sakura Haruno pula menggunakannya sebagai pengikat rambut, Shikamaru Nara pula mengikat dirah dahi tersebut di bahagian atas lengannya, manakala Rock Lee pula memakainya sebagai tali pinggang ketika dia memakai baju sendat hijaunya. Lain pula bagi Temari dan Hinata yang menggunakannya sebagai ikatan di leher, manakala Genma Shiranui pula menggunakannya dengan posisi bertentangan; di bahagian belakang kepalanya.

Dirah dahi merupakan lambang dan simbol kemegahan sesebuah kampung, begitu juga sebagai simbol kesetiaan. Para ninja menganggap ia sebagai satu tradisi yang penting dan sentiasa memakainya, terutamanya ketika bertarung dengan rakan ninja dari kampung yang sama. Sebagai contoh, selepas misi mencari Tsunade, Naruto dilihat begitu berang apabila Sasuke menolak untuk mengenakan dirah dahinya ketika mereka mahu bertarung. Terdapat juga sesetengah ninja yang tidak mengenakan dirah dahi mereka, namun masih setia kepada kampung mereka (seperti mana Sannin, Nagato, Ino Yamanaka (dalam bahagaian II) dan Konan).

Fail:HoshigakiKisame.JPG
Dirah dahi yang digunakan oleh ninja pelarian, Kisame Hoshigaki

Sesetengah ninja pelarian (seperti Momochi Zabuza) tidak berhenti mengenakan dirah dahinya, manakala ada juga sesetengah ninja (seperti Orochimaru telah membuangnya. Anggota Akatsuki yang masih memiliki dirah dahi dari kampung masing-masing, telah menarah garisan panjang yang melintangi simbol kampung mereka, menandakan bahawa mereka sudah tidak setia dan tidak berpihak lagi kepada kampung asal mereka. Manakala, penduduk terkini Amegakure mengenakan dirah dahi yang mempunyai garis melintang seperti anggota Akatsuki, namun ini bukan bermakna mereka adalah ninja pelarian. Ia hanya sekadar bertujuan meraikan kemenangan mereka dalam perang saudara di Amagakure dan melambangkan kesetiaan mereka kepada Pain.

Jiraiya juga memakai dirah dahi khas, yang mana ianya merupakan dirah dahi diperbuat daripada besi yang tebal, memiliki bentuk seperti kepala kodok dengan tulisan kanji minyak (Jepun: 油,, Hepburn: abura) diukir ditengah-tengahnya.

Warna dan stail[sunting | sunting sumber]

Sepanjang jalan cerita siri ini, dapat dilihat dan dibuktikan bahawa wujudnya dirah dahi dengan warna dan cara pemakaian yang berlainan:

  • Biru Laut : Ini adalah warna asas kepada dirah dahi. Kebanyakan ninja mengekalkan warna dirah dahi ini sepanjang karier ninja mereka.
  • Merah Lembayung : Sesetengah ninja memiliki dirah dahi berwarna kemerah-merahan seperti Rock Lee dan Maito Gai. Mereka telah menukarkan warna dirah dahi mereka ketika selang masa peralihan antara Bahagian I dan Bahagian II, termasuklah Sakura Haruno dan Chōji Akimichi. Ninja Iwagakure turut dilihat mengenakan dirah dahi berwarna merah lembayung ini.
  • Hitam : Banyak juga ninja yang memiliki dirah dahi berwarna gelap ini seperti Neji Hyūga, Gaara, dan Temari. Terdapat ramai juga ninja yang menukarkan warna dirah dahi mereka kepada warna ini ketika selang masa peralihan antara Bahagian I dan Bahagian II, termasuklah Naruto Uzumaki, Tenten, dan semua ahli Pasukan Kurenai.
  • Putih : Dirah dahi dengan warna ini adalah jarang dapat dilihat, di mana ianya boleh kelihatan dengan warna yang hampir putih. Sebagai contoh adalah Killer Bee dan beberapa ninja daripada Kumogakure dan ninja dari kampung Takumi.
  • Ungu : Sesetengah ninja dari Otogakure pernah dilihat memakai dirah dahi dengan warna ini seperti Zaku Abumi dan Kabuto Yakushi.



Jaket Pelindung[sunting | sunting sumber]

Fail:Jaket.jpg
Jaket pelindung untuk ninja di Konoha

Jaket Pelindung (jaket taktikal) biasa dipakai oleh ninja-ninja bertahap Chūnin dan Jōnin berbanding pakaian biasa yang dipakai oleh kebanyakan kampung ninja. Namun begitu, terdapat sedikit kepelbagaian yang dapat dilihat pada rekaan dari sebuah kampung ninja ke sebuah kampung ninja yang lain. Sebagai contoh, ninja Konoha memakai jaket pelindung berwarna hijau, manakala ninja daripada Suna mengenakan jaket pelindung berwarna kuning cair. Walaupun ia dipanggil sebagai jaket, namun ia lebih menyerupai sehelai anak baju. Jaket pelindung adalah salah satu aksesori penting kepada ninja, termasuklah kepada askar ninja juga.

Kebanyakan daripada rekaan jaket pelindung ini memiliki poket, di mana ianya digunakan untuk menyimpan skrol. Untuk perhatian, hanya jaket pelindung terkini di Konoha sahaja yang memiliki poket pada jaket pelindung mereka. Namun begitu, jaket pelindung lama dan jaket pelindung di perkampungan ninja yang lain tidak memiliki sebarang poket.

Warna jaket[sunting | sunting sumber]

Fail:Baki1.jpg
Jaket pelindung untuk ninja di Suna

Setiap kampung ninja mempunyai warna jaket keselamatan yang berlainan. Berikut adalah senarai kampung ninja dan warna jaket yang mewakili mereka:



Jubah[sunting | sunting sumber]

Fail:Pasukan Taka.JPG
Jubah yang digunakan oleh Taka

Jubah merupakan antara pakaian yang sangat versatil dalam dunia ninja. Ia boleh digunakan untuk pelbagai tujuan; sama ada untuk tujuan upacara rasmi, simbol dan lambang status pemakai, melindungi tubuh dan senjata pemakai atau pun untuk perlindungan daripada keadaan cuaca. Ianya juga boleh didapati dengan pelbagai reka bentuk.



Kantung Senjata[sunting | sunting sumber]

  • Pengguna : Kebanyakan ninja
  • Deskripsi : Dipakai secara posisi menegak, berbentuk segiempat tepat dengan dua poket, terletak di bahagian peha

Kantung Senjata digunakan dengan tujuan yang sama dengan kantung serbaguna, sarung senjata direka untuk menyimpan sejumlah kunai dan shuriken sahaja. Terletak di atas peha, sarung senjata tersebut diletakkan pada kedudukan yang mudah dicapai agar dapat ditarik keluar dengan pantas ketika sedang bertempur.



Kantung Serbaguna[sunting | sunting sumber]

Fail:Hip pouch.jpg
Beg kecil yang digunakan oleh Naruto
  • Pengguna : Kebanyakan ninja
  • Deskripsi : Kantung kecil biasanya dipakai di bahagian pinggang mengarah ke bahagian belakang pemakaian. Namun begitu, ada juga ninja yang menggunakan dua atau lebih uncang kecil ini, seperti ninja-ninja dari unit ANBU. Kantung medikal pula mempunyai saiz yang lebih besar dan dipakai di bahagian belakang.

Kantung Serbaguna digunakan sebagai beg untuk menyimpan kebanyakan alatan asas untuk ninja yang memiliki saiz yang kecil seperti kunai, shuriken, skrol dan kertas jampi letupan.



Kantung Perubatan[sunting | sunting sumber]

Kantung Perubatan adalah pakaian yang digunakan oleh Ninja Medik Konoha yang melibatkan diri dalam pertarungan seperti mana Sakura Haruno dan Ino Yamanaka. Mereka berdua dilihat telah melakukan modifikasi kepada kantung peha mereka. Tidak seperti kantung biasa, kantung perubatan ini dipakai dan meliputi sebahagian besar bahagian belakang pemakainya. Ini memboleh ninja medik yang terlibat dengan pertarungan untuk membawa lebih banyak bekalan ubatan ke medan tempur untuk memberikan rawatan kecemasan. Kedua-dua Sakura dan Ino juga dilihat memakai tanto mereka pada kedudukan sedikit ke atas daripada kantung perubatan tersebut apabila keluar menjalankan misi.



Pakaian Medik[sunting | sunting sumber]

Fail:Medical-nin.png
Pakaian Medik ninja Konoha

Pakaian Medik merupakan pakaian khas yang selalunya dipakai oleh pasukan medik daripada Konoha dan ianya sejenis pakaian berwarna putih yang menutupi pakaian berwarna kuning cair. Ciri dan warna pakaian ini dilihat mempunyai satu tujuan sahaja, iaitu untuk membezakan ninja medik daripada ninja biasa.



Pakaian Perisai[sunting | sunting sumber]

Fail:Choji Akimichi.png
Perisai yang dipakai oleh klan Akamichi

Pakaian Perisai turut digunakan oleh sesetengah ninja, terutamanya ahli klan Akimichi dan seperti mana juga Hiruzen Sarutobi, memakai lapisan perisai apabila bertempur. Fungsi utama perisai tersebut adalah untuk perlindungan daripada serangan biasa. Oleh kerana kekerasan perisai tersebut, ia juga turut mampu digunakan untuk meningkatkan daya serangan fizikal.

Perisai tersebut juga boleh dimodifikasi mengikut kehendak penggunanya. Ini dapat dilihat melalui perisai yang digunakan oleh Choza Akimichi dan Choji Akimichi, di mana terdapatnya tulisan kanji bermaksud 'makanan' pada perisai mereka. Perisai juga boleh juga digunakan bersama-sama dengan pakaian yang biasa dipakai oleh ninja.



Sut Lengkap[sunting | sunting sumber]

Fail:Potion Punch.jpg
Sut Lengkap hijau milik Rock Lee

Sut Lengkap hanyalah semata-mata sehelai pakaian sendat yang menutupi hampir ke semua bahagian tubuh kecuali kaki, tangan dan kepala (namun sut lengkap yang digunakan oleh unit ANBU tidak mempunyai penutup di bahagian bahu hingga ke bawah). Pakaian tersebut dilihat membolehkan pemakainya bergerak dengan tanpa diketahui. Pakaian sut lengkap yang digunakan oleh Rock Lee dan Maito Guy dikatakan mampu memberikan pergerakan menyeluruh anggota badan, mengekalkan kelembapan dan mempunyai ruang pernafasan untuk kulit[1].



Topeng Porselin[sunting | sunting sumber]

Topeng porcelin unit ANBU

Topeng Porselin ini diperbuat daripada bahan seramik dan digunakan oleh kebanyakkan ninja unit ANBU di kebanyakan negara ninja. Ia bertujuan untuk menyembunyikan identiti sebenar mereka dan datang dalam pelbagai corak yang mana ianya mengikut mimik muka haiwan.

Di dalam satu episod anime, Naruto telah membeli sebuah topeng seramik seperti ini ketika dalam misi untuk mencari Tsunade bersama Jiraiya.



Topi Jerami[sunting | sunting sumber]

Topi jerami yang digunakan oleh Akatsuki

Topi Jerami seperti mana namanya, ia merupakan topi yang diperbuat daripada jerami semata-mata. Bagaimana pun, ia boleh digunakan untuk melindungi identiti seseorang, atau sebagai pelindung kepada cuaca yang buruk.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Anime Naruto, Episod 86

Lihat juga[sunting | sunting sumber]