Pakistan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Republik Islam Pakistan
اسلامی جمہوریۂ پاکستان
Islāmī Jumhūrīyah-e-Pākistān
Bendera
Moto: Ittehad, Tanzim, Yaqeen-e-Muhkam
(Perpaduan, Disiplin dan Keimanan)
Lagu: Qaumi Tarana
Ibu negara Islamabad
Bandar terbesar Karachi
Bahasa rasmi Bahasa Urdu
Kerajaan Republik Semiberpresiden
 -  Presiden Mamnoon Hussain
 -  Perdana Menteri Mian Nawaz Sharif
Penubuhan
 -  Kemerdekaan daripada United Kingdom 14 Ogos 1947 
 -  Pengisytiharan Republik Islam 23 Mac 1956 
 -  Perairan (%) 3.1
Populasi
 -  2007 (anggaran) 161,488,000 (ke-6)
KDNK (PPP) 2007 anggaran
 -  Jumlah $475.6 bilion (ke-25)
 -  Per kapita $3,004.5 (ke-128)
HDI (2004) 0.539 (sederhana / ke-134)
Mata wang Rupee Pakistan (Rs.) (PKR)
Zon waktu PST (UTC+5)
 -  Musim panas (DST) tiada (UTC)
Kod panggilan 92
Internet TLD .pk


Republik Islam Pakistan atau Pakistan, adalah sebuah negara yang terletak Asia Selatan. Ia mempunyai garis pantai 1,046 kilometer (650 batu) sepanjang Laut Arab di selatan, dan disemapadani oleh Afghanistan dan Iran di barat, India di timur dan China di timur laut jauh.


Majoriti penduduk Pakistan adalah Muslim Sunni. Pakistan adalah negara ke-6 yang mempunyai penduduk teramai di dunia dan negara ke-2 yang mempunyai penduduk beragama Islam teramai di dunia selepas Indonesia.

Pakistan sebenarnya sebahagian daripada India dan berpecah kepada Pakistan Barat dan Pakistan Timur. Pakistan Timur dikenali sebagai Bangladesh , kini.

Pakistan pernah dijajah oleh British dan menjadi sebahagian dari India British yang berpusat di Delhi. Tapak tamadun purba Mahenjo Daro terletak di Lembangan Indus, Pakistan. Lembangan ini pernah dijajah oleh kuasa Parsi dan Greek . Kemudian dikuasai oleh kuasa Arab, Afghan, Turki , Baloch dan Mongol.

Etimologi[sunting | sunting sumber]

Pakistan adalah singkatan dari perkataan Punjab, Afghan, Kashmir, Sindh,dan Balochistan.Istilah ini mula diperkenalkan pada 1934 oleh Choudhary Rahmat Ali dalam risalah 'Now or Never'. Mulanya dikenali sebagai Dominion of Pakistan pada 1947. Kemudian ditukar kepada Republik Islam Pakistan pada 1956.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Negara Pakistan kini terdiri daripada empat buah wilayah iaitu Sindh, Punjab, Balochistan dan Wilayah Sempadan Barat Laut. Ia turut mentadbir sebahagian wilayah Kashmir yang turut dituntut oleh India.

Lembangan Indus pernah terdiri beberapa kerajaan purba, termasuklah Mehrgarh, salah satu bandar purba yang terawal diketahui, dan Tamadun Lembah Indus di Harappa dan Mohenjo-daro.

Beberapa penakluk pernah menguasai wilayah ini. Kuasa penakluk itu termasuklah termasuk Harappa, Indo-Arya, Parsi, Yunani, Saka, Parthia, Kushan, White Hun, Afghan, Arab, Turki dan Mughal.

Tamadun Lembah Indus runtuh pada pertengahan alaf kedua SM dan diikuti oleh Tamadun Vedik yang menjangkau sebahagian besar dataran Indo-Ganges.

Negara Pakistan ditubuhkan pada 14 Ogos 1947. Tetapi sejarah awalnya bertindah-tindih dengan sejarah India, Afghanistan dan Iran. Ini termasuklah sejarah Laluan Sutera.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.