Paksi (anatomi)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Templat:Infobox Tulang Dalam bidang anatomi, vertebra serviks kedua (C2) tulang belakang dipanggil paksi (dari bahasa Latin axis, "gandar") atau epistrofeus.

Paksi membentuk pangsi di mana berputarnya vertebra serviks yang pertama (iaitu atlas) yang memikul kepala.

Ciri yang paling menonjol pada tulang ini adalah proses odontoid kuat ("dens") yang menaik secara serenjang dari permukaan atas badan. Ciri itu memberi vertebra nama ketiga yang agak jarang digunakan: vertebra dentata. Dalam sesetengah hukuman gantung, proses odontoid boleh mematahkan dan mengena medula oblongata untuk menyebabkan kematian.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]