Paku Alam VII

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

BRMH Surarjo (9 Disember 1882 - 16 Februari 1937) adalah putera Paku Alam VI daripada Dinasti Kartasura di Pakualaman. Dilahirkan di Yogyakarta, ayahandanya mangkat semasa beliau masih belajar di HBS Semarang. Sementara masih belajar, pihak Hindia Belanda telah melantik baginda melalui sebuah Dewan Perwalian (Raad van Beheer) sebagai pemerintah wakil tempatan Pakualaman. Baginda secara rasmi ditabalkan pada 16 Oktober 1906 oleh pihak Hindia Belanda sebagai penguasa takhta Pakualaman dengan gelaran "Kanjeng Gusti Pangeran Adipati Ario Prabu Suryodilogo". Namun upacara rasmi ketakhtaan dijalankan pada 17 Disember 1906.

Pemerintahan[sunting | sunting sumber]

Selepas menaiki takhta, baginda bersama Prabu Suryodilogo yang juga bekerjasama dengan pihak Hindia Belanda melaksanakan beberapa pembaharuan dalam bidang sosial dan pertanian. Baginda kemudian mewujudkan sebuah akhbar negara untuk daerah Pakualaman. Sikap yang konservatif dari kalangan rakyatnya secara beransur-ansur digantikan dengan fikiran yang moden dan pandangan yang luas. Pada 10 Oktober 1921, baginda menggunakan gelaran "Kanjeng Gusti Pangeran Adipati Ario Paku Alam VII" dan dianugerahkan pangkat Kolonel Titular oleh pihak Hindia Belanda. Pembaharuan diteruskan terutamanya dalam hal pembangunan sosio ekonomi dan kemajuan luar bandar. Status kewarganegaraan penduduk diperketatkan dengan membezakan antara warganegara (kawulo kerajaan/kadipaten) dan bukan warganegara (kawulo gubermen).

Di samping menjalankan pemerintahan, perhatian Paku Alam VII juga ditujukan kepada

Baginda juga meningkatkan pengaruh kesenian dan kebudayaan Pakualaman. Persembahan wayang pentas berkembang dengan baik. Semasa menyambut tetamu-tetamu dari luar negeri, baginda seringnya menjamu mereka dengan wayang pentas serta tarian beksan sebuah tarian tradisi tempatan. Dalam bidang pendidikan pula, baginda berjaya mewujudkan lebih banyak sekolah-sekolah terutama di daerah Adikarto (bahagian selatan Kabupaten, sekarang dikenali Kulon Progo) serta menubuhkan satu tajaan biasisiwa bagi mahasiswa dan mahasiswi di peringkat yang lebih tinggi.

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Pada 5 Januari 1909, Paku Alam VII mengahwini Retno Puwoso, puteri kepada Pakubuwono X, pemerintah dari Surakarta dan dikurniakan dengan tujuh orang putera-puteri.

Mangkat[sunting | sunting sumber]

Baginda mangkat ketika mengunjungi Belanda untuk menghadiri upacara perkahwinan Puteri Juliana, Puteri Mahkota Belanda, dan Putera Bernhard dari Lippe-Biesterfeld. Jenazahnya dihantar pulang ke Indonesia pada 16 Februari 1937 dan dimakamkan di Girigondo Adikarto dua hari selepas itu.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Soedarisman Poerwokoesoemo, KPH, Mr (1985) KADIPATEN PAKUALAMAN, Yogyakarta: Percetakan Universiti Gadjah Mada.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Didahului oleh:
Paku Alam VI
Pangeran Paku Alam di Yogyakarta
1906-1937
Digantikan oleh:
Paku Alam VIII