Paku Alam VIII

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Paku Alam VIII (1910 - 1998) ialah putera Dinasti Kartasura di Pakualaman yang menjadi "Kanjeng Gusti Pangeran Adipati Ario Prabu Suryodilogo", menggantikan almarhum ayahnya pada 13 April 1937. Dilahirkan dengan nama BRMH Sularso Kunto Suratno, beliau diangkat sebagai "KPH Prabu Suryodilogo" pada 4 September 1936. Selepas ketibaan Tentera Jepun pada tahun 1942, beliau mulai menggunakan gelaran Kanjeng Gusti Pangeran Adipati Ario Paku Alam VIII.

Pada 19 Ogos 1945, Paku Alam VIII bersama Hamengkubuwono IX menghantar sebuah telegram kepada Sukarno dan Mohammad Hatta supaya mengasaskan Republik Indonesia dan melantik kedua-dua mereka masing-masing sebagai Presiden dan Timbalan Presiden. Pada 5 September 1945, beliau mengeluarkan Mandat/Maklumat untuk menggabungkan Kadipaten Pakualaman dengan negara Republik Indonesia dan dari saat itu, kerajaan terkecil pecahan Mataram II ini menjadi sebuah Daerah Istimewa Indonesia. Melalui Mandat Bersama antara Hamengkubuwono IX dan Paku Alam VIII atas persetujuan daripada Jawatankuasa Daerah Yogyakarta untuk Badan Pekerja Nasional Indonesia pada 30 Oktober 1945, mereka berdua-dua menggabungkan Daerah Kesultanan dan Kadipaten dengan nama Daerah Istimewa Yogyakarta dan menjawat sebagai Timbalan Ketua Daerah Istimewa mendampingi Hamengkubuwono IX yang menjadi Ketua Daerah Istimewa. Antara tahun-tahun 1946 dan 1978, Paku Alam VIII sering menggantikan tugas harian Hamengkubuwono IX sebagai ketua daerah istimewa kerana kesibukan Hamengkubuwono IX sebagai menteri dalam berbagai-bagai kabinet Republik Indonesia. Pada 20 Mei 1998, beliau bersama Hamengkubuwono X mengeluarkan Maklumat untuk mendukung Reformasi Damai di Indonesia.

Selepas kemangkatan Hamengkubuwono IX pada tahun 1988, Paku Alam VIII menggantikannya sebagai Gabenor Daerah Istimewa Yogyakarta sehingga kematian sendiri pada tahun 1998.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Soedarisman Poerwokoesoemo, KPH, Mr (1985) KADIPATEN PAKUALAMAN, Yogyakarta: Percetakan Universiti Gadjah Mada.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Didahului oleh:
Paku Alam VII
Pangeran Paku Alam di Yogyakarta
1937-1998
Digantikan oleh:
Paku Alam IX