Paleogen

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Paleogene)
Paleogen
66.0 – 23.03 Ma
Peta Bumi sewaktu epok Eosen, sekitar 40 Ma.
Kronologi
Etimologi
Keformalan namaFormal
Maklumat kegunaan
Jasad cakerawalaBumi
Kegunaan tempatanGlobal (ICS)
Skala masa yang digunakanSkala Masa ICS
Takrifan
Unit kronologiTempoh
Unit stratigrafiSistem
Keformalan jangka masaFormal
Takrif sempadan bawahLapisan yang kaya dengan iridium yang berhubungkait dengan impak meteorit besar dan peristiwa kepupusan Kapur-Paleogen yang berikutan.
Sempadan bawah GSSPKeratan El Kef, El Kef, Tunisia
36°09′13″N 8°38′55″E / 36.1537°N 8.6486°E / 36.1537; 8.6486
Tarikh ratifikasi sempadan bawah GSSP1991[1]
Takrif sempadan atas
Sempadan atas GSSPKeratan Lemme-Carrosio, Carrosio, Itali
44°39′32″N 8°50′11″E / 44.6589°N 8.8364°E / 44.6589; 8.8364
Tarikh ratifikasi sempadan atas GSSP1996[2]
Data atmosfera dan iklim
Kandungan purata O2 di atmosferac. 26 vol %
(130 % dari aras moden)
Kandungan purata CO2 di atmosferac. 500 ppm
(2 kali berbanding sebelum zaman industri)
Purata suhu permukaanc. 18 °C
(4 °C lebih daripada paras moden modern)

Paleogen ialah nama untuk zaman dan sistem geologi yang menjangkau 43 juta tahun dari akhir Tempoh Kapur pada 66 juta tahun dahulu (jtd) sehingga ke permulaan Tempoh Neogen yakni 23.03 jtd. Ia merupakan bahagian pertama Era Senozoik di bawah Eon Fanerozoik. Istilah terdahulu Tempoh Tertier digunakan untuk mentakrifkan jangka masa yang kini diliputi oleh Tempoh Paleogen dan Tempoh Neogen berikutnya; walaupun tidak lagi diiktiraf sebagai istilah stratigrafi formal, "Tertiari" kadangkala masih kekal dalam penggunaan tidak rasmi.[3] Paleogen sering disingkatkan sebagai "Pg", walaupun Pemantauan Geologi Amerika Syarikat menggunakan singkatan "Pe " untuk Paleogene pada peta tinjauan geologinya.[4][5]

Semasa zaman Paleogen, mamalia terus mempelbagaikan spesies daripada bentuk yang agak kecil dan ringkas sehingga ke sekumpulan besar haiwan yang pelbagai berikutan peristiwa kepupusan Kapur-Paleogen yang menamatkan Tempoh Kapur sebelumnya.[6]

Tempoh ini terdiri daripada epok Paleosen, Eosen, dan Oligosen. Pengakhiran Paleosen (56 Mya) ditandakan dengan Maksimum Suhu Paleosen–Eosen, salah satu tempoh perubahan global yang paling ketara semasa Zaman Senozoik, yang mengubah peredaran lautan dan atmosfera dan mengakibatkan kepupusan banyak foraminifera bentik laut dalam, manakala di daratan pula menyebabkan kepupusan besar di haiwan mamalia. Istilah "Sistem Paleogen" digunakan untuk batuan yang dimendapkan semasa Tempoh Paleogen.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Molina, Eustoquio; Alegret, Laia; Arenillas, Ignacio; José A. Arz; Gallala, Njoud; Hardenbol, Jan; Katharina von Salis; Steurbaut, Etienne; Vandenberghe, Noel; Dalila Zaghibib-Turki (2006). "The Global Boundary Stratotype Section and Point for the base of the Danian Stage (Paleocene, Paleogene, "Tertiary", Cenozoic) at El Kef, Tunisia - Original definition and revision". Episodes. 29 (4): 263–278. doi:10.18814/epiiugs/2006/v29i4/004.
  2. ^ Steininger, Fritz F.; M. P. Aubry; W. A. Berggren; M. Biolzi; A. M. Borsetti; Julie E. Cartlidge; F. Cati; R. Corfield; R. Gelati; S. Iaccarino; C. Napoleone; F. Ottner; F. Rögl; R. Roetzel; S. Spezzaferri; F. Tateo; G. Villa; D. Zevenboom (1997). "The Global Stratotype Section and Point (GSSP) for the base of the Neogene" (PDF). Episodes. 20 (1): 23–28. doi:10.18814/epiiugs/1997/v20i1/005.
  3. ^ "GeoWhen Database – What Happened to the Tertiary?". www.stratigraphy.org.
  4. ^ Federal Geographic Data Committee. "FGDC Digital Cartographic Standard for Geologic Map Symbolization" (PDF). The National Geologic Map Database. United States Geological Survey. Dicapai pada 29 January 2022.
  5. ^ Orndorff, R.C. (20 July 2010). "Divisions of Geologic Time—Major Chronostratigraphic and Geochronologic Units" (PDF). United States Geological Survey. Dicapai pada 29 January 2022.
  6. ^ Meredith, R. W.; Janecka, J. E.; Gatesy, J.; Ryder, O. A.; Fisher, C. A.; Teeling, E. C.; Goodbla, A.; Eizirik, E.; Simao, T. L. L. (28 October 2011). "Impacts of the Cretaceous Terrestrial Revolution and KPg Extinction on Mammal Diversification". Science. 334 (6055): 521–524. Bibcode:2011Sci...334..521M. doi:10.1126/science.1211028. PMID 21940861.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]