Paleosen

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Templat:Paleogen Paleosen (simbol Pε)[1] merupakan epok geologi yang berada dari sekitar Templat:Ma/2 juta tahun dahulu (65.5±0.3 hingga 55.8±0.2 Ma). Ia merupakan epok pertama dalam kala Paleogen dalam zaman Senozoik. Seperti dengan kebanyakan kala geologi yang lebih lama, stratum-stratum yang mentakrifkan permulaan dan penghujung epok ini telah dikenal pasti dengan betul tetapi tarikh tamat yang sebenarnya masih belum diketahui.

Epok Paleosen segera menyusul peristiwa kepupusan besar-besaran di hujung Usia Kapur, iaitu sempadan Usia Kapur–Paleogen yang menandakan pupusnya dinosaur bukan keunggasan, reptilia laut gergasi serta kebanyakan fauna dan flora yang lain. Kepupusan dinosaur meninggalkan kosong ceruk-ceruk ekologi di seluruh dunia, dan nama "Paleosen" datang dari bahasa Yunani dan memaksudkan fauna "lama" (παλαιός, palaios) – "baru" (καινός, kainos) yang timbul sewaktu epok ini sebelum order-order mamalia moden muncul dalam Eosen.

Sempadan dan bahagian[sunting | sunting sumber]

Sempadan K–T yang menandakan perpecahan antara Usia Kapur dan Paleosen kelihatan pada rekod geologi di kebanyakan muka Bumi oleh satu ketaksinambungan dalam fauna fosil dengan takat iridium yang tinggi. Juga terdapat bukti fosil akan perubahan mendadak dalam flora dan fauna. Terdapat beberapa bukti bahawa terdapat perubahan iklim yang ketara tetapi singkat pada puluhan tahun terawal Paleosen. Terdapat beberapa teori tentang punca peristiwa kepupusan K-T, yang mana kebanyakan bukti menyokong hentaman asteroid berdiameter 10 km yang membentuk kawah Chicxulub yang tertimbus di Yucatan, Mexico.

Akhir zaman Paleosen (55.5/54.8 Ma) ditandai oleh salah satu zaman perubahan sejagat yang paling penting pada Senozoik. Maksimum Haba Paleosen-Eosen mengganggu peredaran lautan dan atmosfera serta menyebabkan kepupusan besar foraminifera bentos laut dalam serta persilihan besar mamalia daratan.

Paleosen terbahagi kepada tiga peringkat, iaitu:

Tanetia (58.7±0.255.8±0.2 )
Selandia (61.7±0.258.7±0.2 )
Dania (65.5±0.361.7±0.2 )


Iklim[sunting | sunting sumber]

Awal Paleosen lebih dingin dan kering daripada Usia Kapur sebelumnya, tetapi suhu naik secara mendadak sewaktu Maksimum Haba Paleosen–Eosen. Iklim seluruh dunia menjadi hangat dan lembap menjelang sempadan Eosen dengan pertumbuhan vegetasi di Greenland dan Patagonia, buaya berenang-renang di tepi pantai Greenland, dan primat purba berevolusi di hutan palma tropika utara Wyoming, AS.[2] Kawasan kutub Bumi nyaman dan sederhana; Amerika Utara, Eropah, Australia dan selatan Amerika Selatan hangat dan sederhana; kawasan khatulistiwa beriklim tropika; manakala kawasan di utara dan selatan sawat khatulistiwa beriklim terik dan gersang.[3]

Paleogeografi[sunting | sunting sumber]

Dalam pelbagai segi, Paleosen meneruskan proses-proses yang telah bermula pada lewat Usia Kapur. Sewaktu Paleosen, benua-benua masih berhanyut ke arah kedudukan masa kini masing-masing. Superbenua Laurasia belum berpecah kepada tiga benua - Eropah dan Greenland masih tercantum, Amerika Utara dan Asia masih dihubungkan dengan jambatan daratan, sementara Greenland dan Amerika Utara mulai berpecah.[4] Orogeni Laramid pada lewat Usia Kapur masih meninggikan Banjaran Rocky di barat Amerika hinggalah epok yang seterusnya.

Amerika Selatan dan Utara masih terpisah oleh laut khatulistiwa (tetapi tercantum sewaktu Neogen); komponen-komponen bekas superbenua selatan Gondwanaland masih berpecah, yang mana Afrika, Amerika Selatan, Antartika dan Australia semakin menjauhi satu sama lain. Afrika menghala ke utara ke arah Eropah, perlahan-lahan menutup Lautan Tethys, sementara India mula berpindah ke Asia lalu menyebabka pelanggaran tektonik serta pembentukan Banjaran Himalaya.

Laut-laut pedalaman di Amerika Utara dan Eropah telah reda sekitar awal Paleosen untuk membuka laluan kepada flora dan fauna daratan yang baru.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Geologic Age Symbol Font (StratagemAge)". USGS. 99-430. http://pubs.usgs.gov/of/1999/of99-430/of99-430_sec38.pdf. Capaian 2011-06-22. 
  2. "Science Notes 2003:". Scicom.ucsc.edu. http://scicom.ucsc.edu/SciNotes/0301/warm/. Capaian 2012-08-28. 
  3. "PaleoMap Project: Paleocene Climate". Scotese.com. http://www.scotese.com/paleocen.htm. Capaian 2012-08-28. 
  4. Hooker, J.J., "Tertiary to Present: Paleocene", pp. 459-465, Vol. 5. of Selley, Richard C., L. Robin McCocks, and Ian R. Plimer, Encyclopedia of Geology, Oxford: Elsevier Limited, 2005. ISBN 0-12-636380-3

Pautan luar[sunting | sunting sumber]