Paloh (filem)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Paloh
Paloh 01.jpg
Pengarah Adman Salleh
Penerbit Filem Negara Malaysia
FINAS
Pengarang Adman Salleh
Lakonan Janet Khoo
Nam Ron
Pengedar World Evolution Brain (M) Sdn Bhd
Negara  Malaysia
Bahasa Bahasa Melayu
Rujukan IMDb

Rujukan Filemkita

Filem Paloh mula ditayangkan pada 10 Julai 2003 di seluruh pawagam tanah air. Filem ini mencatatkan kontroversi apabila kos membuat filem ini berjumlah RM3 juta yang diterbitkan oleh FINAS, sebuah agensi kerajaan.

Isi kandungan

Sinopsis [sunting]

Sekitar tahun 1944, penduduk Tanah Melayu terpaksa hidup dalam tekanan akibat berlakunya konfrontasi antara pihak tentera Jepun dengan Parti Komunis Malaya. Empat sahabat - Ahmad, Osman, Puteh dan Harun berkhidmat sebagai Polis Jepun, dan mereka turut tersepit di tengah-tengah pergolakan yang berlaku. Ini termasuklah percintaan Ahmad dengan Siew Lan dan percintaan Puteh dengan Fatimah. Siew Lan selama ini telah diperalatkan oleh keluarganya sendiri bagi mendapatkan maklumat sulit tentera Jepun melalui Ahmad. Fatimah pula mendapat penentangan darpada bapanya yang tidak bersetuju dengan orang Melayu sebagai Polis Jepun. Sementara itu, Osman yang bertugas sebagai perisik Jepun telah memasuki pasukan komunis untuk membalas dendam terhadap kematian bapanya yang berbangsa Cina. Segala pergolakan ini menimbulkan suasana huru-hara. Ada yang ingin merdeka dan ada yang ingin terus dijajah. Bapa Fatimah pula, atas semangat untuk mempertahankan negara tercinta, turut memasuki pasukan komunis semata-mata untuk menentang penjajah. Ini diikuti oleh Ahmad yang akhirnya bertemu semula Siew Lan apabila menyertai pasukan komunis.

Pelakon [sunting]

  1. Janet Khoo (Siew Lan)
  2. Nam Ron (Ahmad)
  3. Gibran Agi (Osman)
  4. Ellie Suriaty (Fatimah)
  5. Hasnul Rahmat (Puteh)
  6. Ani Maiyuni
  7. Thor Kah Hong
  8. Steve Ng Boon Cheng
  9. A. Samad Salleh
  10. Rohani Yusuff
  11. Meoki Tong May Lan
  12. Kamaliah Mat Dom
  13. Adlin Aman Ramli
  14. Lee Yoke Lan
  15. Zack Taipan
  16. Adam Corrie
  17. Yalal Chin
  18. M. Amin

Pengarah [sunting]

Pencapaian [sunting]

  1. Festival Filem Asia Pasifik ke-48, 2003 (Iran)
    1. Anugerah Khas Juri
  2. Festival Filem Malaysia ke-17, 2004
    1. Filem Terbaik (pemenang)
    2. Pengarah Terbaik - Adman Salleh(pemenang)
    3. Sinematografi Terbaik - Teoh Gay Hian(pemenang)
    4. Skor Muzik Terbaik - Ayob Ibrahim(pemenang)
    5. Penata Seni Terbaik - Fadhil Ahmad(pemenang)
    6. Penata Bunyi Terbaik - Azreedin Hamzah(pemenang)
    7. Pelakon Lelaki Terbaik - Namron
    8. Pelakon Wanita Terbaik - Janet Khoo
  3. Anugerah Skrin TV3 ke-7, 2005
    1. Filem Terbaik

Lihat juga [sunting]