Pameran Kegemilangan Sains Dalam Tamadun Islam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Poster Pameran Kegemilangan Sains Dalam Tamadun Islam.

Pameran Kegemilangan Sains Dalam Tamadun Islam merupakan pameran mengenai sumbangan tamadun Islam kepada tamadun kemanusiaan. Ia diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC)dari 8 Januari 2007 hingga 14 Januari 2007, sebelum dilanjutkan kepada 14 Februari 2007 dan telah dikunjungi 250,000 orang.

Ia kemudiannya dipindahkan ke Pusat Sains Negara (PSN), di Bukit Kiara sebagai pameran kekal (pada awalnya hanya dirancang sebulan dari 1 hingga 31 March 2007), bertujuan bagi mengenengahkan kejayaan dan kegemilangan saintis dan ahli fikir Islam kira-kira 1,000 tahun. Ia dibuka secara percuma setiap hari dari pukul 10 pagi hingga 9 malam.

Pameran tersebut mengenengahkan sebanyak 148 replika perkakasan serta peralatan, poster dan manuskrip berkaitan sains dan teknologi yang dibangunkan para ilmuwan Islam lampau dipamerkan di situ. Ia bertujuan bagi meningkatkan kesedaran masyarakat akan pentingnya penguasaan ilmu sains dan teknologi bagi kemajuan dan kecemerlangan negara.

Selain itu, ia bertujuan bagi menyuntik semangat dan galakan kepada masyarakat umum khususnya rakyat Malaysia untuk meminati dan menerokai bidang sains dan teknologi dan melahirkan modal insan yang produktif.

Selain diadakan di Pusat Sains, pameran itu juga diadakan secara bergerak dan Perak merupakan destinasi pertama pameran itu pada 6 Mac lalu dan akan berakhir di Selangor pada 4 April depan.

Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi menggunakan dua buah bas khas iaitu yang memuatkan replika dan model ciptaan saintis Islam manakala sebuah bas lagi khusus memberikan penerangan dalam bentuk persembahan multimedia.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]