Pan's Labyrinth

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pan's Labyrinth
Poster Pan's Labyrinth yang digunakan di Malaysia
Negara Sepanyol  Amerika Syarikat  Mexico
BahasaSepanyol

Pan's Labyrinth atau El Laberinto del Fauna ialah filem yang berasal dari. Ia telah ditayangkan di Malaysia pada 15 Mac 2007. Ia merupakan calon bagi kategori filem asing untuk Anugerah Academy tahun 2006. Filem berbahasa Sepanyol ini ditulis dan diarahkan oleh Guilermo del Toro, seorang lelaki yang berasal dari Mexico. Penggunaan tajuk ini pada asalnya merujuk kepada watak dongengan iaitu faun yakni separuh manusia dan separuh kambing. Manakala tajuk Inggeris pula, merujuk kepada faun dongengan Yunani.

Pan's Labyrinth, berlatarbelakangkan persekitaran lima tahun selepas Perang Saudara Sepanyol, yang menceritakan seorang budak perempuan yang dinamakan Ofelia, diberi tugas oleh seekor faun misteri. Manakala, ayah tirinya, seorang yang berkhidmat kepada diktator, Kapten Vidal, memerangi dan memburu puak penentang dalam kawasan pengaruhnya dan ibu Ofelia ketika itu sedang sarat mengandung dan mengalami masalah kesihatan.

Filem ini telah mengondol beberapa anugaerah Golden Globes dan tiga pula Anugerah Academy. Ia telah ditayangkan buat pertama kali di Pesta Filem Cannes 2006, dengan ditayangkan di United Kingdom.

Faun, antara watak fantasi dalam cerita telah memberikan 3 tugas kepada Ofelia

Lakonan[sunting | sunting sumber]

Senarai pelakon[sunting | sunting sumber]

  • Ivana Baquero ... Ofelia
  • Sergi López ... Kapten Vidal
  • Maribel Verdú ... Mercedes
  • Doug Jones ... Pan/Askar
  • Ariadna Gil ... Carmen Vidal
  • Álex Angulo ... Dr. Ferreiro
  • Manolo Solo ... Garcés
  • César Vea ... Serrano
  • Roger Casamajor ... Pedro
  • Ivan Massagué ... El Tarta
  • Gonzalo Uriarte ... Francés
  • Eusebio Lázaro ... Ayah Lelaki muda
  • Francisco Vidal ... Paderi
  • Juanjo Cucalón ... Datuk Bandar
  • Lina Mira ... Isteri Datuk Bandar
  • Mila Espiga ... Isteri Doktor
  • Pepa Pedroche ... Conchita
  • María Jesús Gattoo ... Jacinta
  • Ana Sáez ... Paz
  • Chani Martín ... Trigo
  • Milo Taboada ... Lelaki muda
  • Mario Zorrilla ... Ketua Bantuan Rawatan
  • Sebastián Haro ... Kapten O
  • Fernando Albizu ... Jurutera
  • Pedro G. Marzo ... Pengurus
  • José Luis Torrijo ... Sarjan Bayona
  • Íñigo Garcés ... Gerila Muda #1
  • Fernando Tielve ... Gerila Muda #2
  • Federico Luppi ... Raja
  • Chicho Campillo ... Orang tua
  • Pablo Adán ... Pencerita/Faun (suara) (ditulis Pablo Adan)

Lokasi[sunting | sunting sumber]

Penggambaran filem ini telah dijalankan di sekitar Sepanyol, antara tempat yang terlibat adalah seperti:

Runut bunyi[sunting | sunting sumber]

Skor lagu Pan's Labyrinth digubah oleh Javier Navarrete dan diarah oleh Mario Klemens. Lagu-lagu ini didendangkan dan dimain oleh The City of Prague Philharmonic Orchestra dan dikeluarkan pada 19 Disember, 2006. Album ini diedarkan dan dikeluarkan oleh Milan Records Diarkibkan 2007-07-09 di Wayback Machine.

Senarai lagu[sunting | sunting sumber]

  1. Long, Long Time Ago - 2:14
  2. The Labyrinth - 4:07
  3. Rose, Dragon - 3:36
  4. The Fairy and the Labyrinth - 3:36
  5. Three Trials - 2:06
  6. The Moribund Tree and the Toad - 7:12
  7. Guerrilleros - 2:06
  8. A Book of Blood - 3:47
  9. Mercedes Lullaby - 1:39
  10. The Refuge - 1:32
  11. Not Human - 5:55
  12. The River - 2:50
  13. A Tale - 1:55
  14. Deep Forest - 5:48
  15. Vals of the Mandrake - 3:42
  16. The Funeral - 2:45
  17. Mercedes- 5:37
  18. Pan and the Full Moon - 5:08
  19. Ofelia- 2:19
  20. A Princess - 4:03
  21. Pan's Labyrinth Lullaby - 1:47

Jumlah masa album: 73:44

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.