Panasonic

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Panasonic
Jenis Jenama Panasonic Corporation
Industri Elektronik
Ditubuhkan March, 1918
Ibu pejabat Jepun Kadoma, Osaka, Japan
Perancang utama Konosuke Matsushita, Founder
Fumio Ohtsubo, President
Produk televisyen
telefon
komputer
kamera digitak
Hasil ¥8,137 bilion
Pekerja 334,402
Laman web Laman Global Panasonic

Panasonic (パナソニック Panasonikku?) ialah satu jenama antarabangsa untuk pengeluar barangan elektrik Jepun, Panasonic Corporation (dahulunya Matsushita Electric Industrial Co., Ltd.) Di bawah jenama inilah Matsushita menjual panel paparan plasma dan LCD, perakam dan pemain DVD, pemain Cakera Blu-ray, kamera video, telefon, ketuhar gelombang mikro, pencukur, projektor, kamera digital, bateri, komputer riba (di bawah subjenama Toughbook), CD mudah alih, kelengkapan stereo rumah, komponen elektronik dan semikonduktor, semuanya dipasarkan bawah cogan kata "Ideas for Life."

Pada 10 Januari 2008, Matsushita mengumumkan hasratnya untuk menukar nama syarikat ke Panasonic Corporation, mulai 1 Oktober 2008.[1] Cadangan ini diluluskan di mesyuarat pemegang saham tahunan pada 26 Jun.[2] Pada 1 Oktober 2008, nama syarikatnya bertukar ke Panasonic Corporation.

Pengenalan[sunting | sunting sumber]

Jenama Panasonic direka oleh Matsushita pada tahun 1955 untuk pasaran AS, Kanada dan Mexico kerana jenama National sudah didaftarkan pihak lain.[3][4] Jenama Panasonic direka berasaskan elemen-elemen "pan" yang bererti "segala" begabung dengan "sonic" yang bererti "bunyi", kerana jenama ini julung kali digunakan untuk kelengkapan audio.

Berasaskan jualan tahunan elektronik pada tahun 2004, Matsushita ialah pengeluar elektronik Jepun yang terbesar, mendahului Hitachi. Pada masa dahulu, oleh sebab taktik peniruannya Matsushita dipersenda di Jepun dengan jolokan "Maneshita" ("mane" bererti "tiruan"), namun sebenarnya Matsushita banyak sekali membuat perancangan, penyelidikan dan pembangunan produk sendiri.

Termasuk sekali syarikat-syarikat berkaitan, Matsushita telah membangunkan beraneka perusahaan, menumpu pada elektronik rumah, kelengkapan industri, dan kelengkapan telekomunikasi. Antara jenama-jenama yang dikaitkan dengan Panasonic termasuk televisyen Viera dan kamera digital Lumix.

Gaya pengurusan dan budaya korporat syarikat ini sering kali dibandingkan dengan pesaingnya Sony. Apabila keadaan Sony lebih bagus, bilangan buku yang menyanjungi pengurusan Sony bertambah, dan apabila berlaku keadaan sebaliknya, maka lebihlah buku yang memuji gaya pengurusan Panasonic di kedai buku. Tanpa mengira jualan dan keadaan yang memberangsangkan, Sony dan Panasonic sering dipandang sebagai pesaing tradisi. Pandangan ini mungkin sekali timbul daripada perang format pita video antara VHS (yang didukung Panasonic) dan Betamax (yang didukung oleh Sony).[5] Persaingan langsung terbesar antara Sony dan Panasonic kini berlangsung di segmen keluaran audio; Panasonic juga bdianggap bersaing dengan Sony dalam penjualan TV panel leper, kamera digital dan perakam DVD, iaitu tumpuan-tumpuan usaha pengeluaran, pemasaran dan penjualan Panasonic masa kini. Sebaliknya, baru-baru ini Sony telah mempelbagaikan perniagaan ke bidang perfileman, permainan video, dan kewangan yang langsung tidak menghadapi saingan dari Panasonic. Setelah Sony mengambil alih CBS Records dan Columbia Pictures, Panasonic membeli MCA (termasuk MCA Music dan Universal Pictures) pada tahun 1991 tetapi menjualnya pada tahun 1995.

Strategi korporat terkini Matsushita adalah untuk mendapat kerjasama dan usahasam dalam pembangunan teknologi tertentu (seperti LCD), sambil terus bersaing dengan syarikat lain seperti Toshiba, Hitachi dan Minebea untuk menjadi penanda aras untuk industri elektronik Jepun.

Garis masa Matsushita[sunting | sunting sumber]

  • 1918: Kilang elektrik Matsushita diasaskan.
  • 1927: Jenama National diperkenalkan.
  • 1931: Penghasilan radio bermula.
  • 1932: Pembelian paten yang penting untuk pengeluaran radio, dan pendedahan maklumat secara bebas kepada pengeluar radio lain sebagai sumbangan kepada perkembangan industri elektronik di Jepun.
  • 1933: Penerimaan sistem pembahagian perusahaan. Pembinaan kilang berskala besar di Kadoma, Osaka, dan pemindahan kemudahan pengeluaran ke sana.
  • 1935: Penstrukturan semula Matsushita Electric Industrial Company, penubuhan syarikat cawangan Matsushita Electric Works.
  • 1941: Penyertaan dalam pengeluaran ketenteraan, pengilangan perahu dan pesawat kayu.
  • 1946: Digelar syarikat terhad Ibu Pejabat Am Kuasa Berikat.
  • 1952: Dengan kerjasama teknikal yang disumbang Philips Electronics Belanda, Matsushita Electric Industrial Company ditubuhkan, diikuti pembinaan kilang baru dan peluasan.
  • 1954: Bermulanya kerjasama dengan Victor Company.
  • 1957: Permulaan sistem National Shop—rangkaian pengedaran jualan hanya untuk keluaran National, antara rangkaian jualan paling berkesan ketika zaman pertumbuhan ekonomi mendadak di Jepun.
  • 1965: Penguatkuasaan rehat pekerja dua hari seminggu. Pengamalan sistem penjualan baru yang mengurangkan bilangan saluran yang berlibat dalam proses penjualan.
  • 1977: Penjualan video VHS bermula.
  • 1983: Pelancaran komputer rumah Panasonic JR-200.
  • 1986: Jenama Panasonic mula dipakai di Jepun.
  • 1989: Pembaharuan besar-besaran jabatan teknologi.
  • 1990: Produk elektronik pengguna di Jepun beralih dari jenama National ke Panasonic.
  • 1993: Panasonic cuba meneroka pasaran permainan video dengan 3DO Interactive Multiplayer. Namun, saingan hebat dari PlayStation Sony memaksa pengeluaran sistem itu dihentikan pada akhir tahun 1995.
  • 1993: Pemberhentian perjanjian usahasama dengan Philips, dan penukaran kontrak antara kedua-dua pihak kepada lesen tertutup.
  • 1994: Penubuhan usahasama Panasonic Shun Hing Industrial Sales (Hong Kong) Co., Ltd dan Panasonic SH Industrial Sales (Shenzen) Co., Ltd di China dengan Shun Hing Electric Works (Hong Kong). Jenama Rasonic Shun Hing menjadi jenama bawahan Panasonic.
  • 1997: Dasar penyatuan kumpulan diperkenalkan, mengurangkan bilangan anak syarikat.
  • 2001: Panasonic mengeluarkan Nintendo GameCube berkebolehan DVD bergelar "Q" (Jepun sahaja).
  • 2002: Produk Technics yang dijual di AS dan Eropah dijenamakan semula Panasonic.
  • 2003: Pengenalan jenama dan cogan kata global, “Panasonic. Ideas for life.”
  • 2008: Matsushita Electric Industrial Co., Ltd. dinamakan semula sebagai Panasonic Corporation.[1]
  • 2008: Panasonic membeli Sanyo, lalu menjadi pembuat elektronik pengguna terbesar di Jepun.[6]

Catatan dan rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]