Pandelela Rinong
| Informasi peribadi | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Nama penuh | Pandelela Rinong anak Pamg | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Lahir | 2 Mac 1993 (20 tahun) Kampung Jugan, Sarawak |
|||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Ketinggian | 5 ft 3 in (1.6 m) | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Sukan | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Negara | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Acara | 10 m, 10 m segerak, 3 m | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Pasangan | Leong Mun Yee | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|
Rekod pingat
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Pandelela Rinong anak Pamg JBK (lahir Mac 2, 1993) adalah atlit Malaysia bagi acara terjun dan renang Beliau menjadi wanita pertama Malaysia pembawa bendera di Upacara Pembukaan Sukan Olimpik Musim Panas 2012 di London. Beliau mencatat sejarah sebagai atlit wanita Malaysia pertama memenangi pingat Olimpik (pingat gangsa) iaitu dalam acara terjunan 10 meter platform Wanita, dan atlit Malaysia kedua memenangi pingat Olimpik 2012 di London selepas Datuk Lee Chong Wei dalam acara badminton.
Latar belakang [sunting]
Beliau mempunyai ketinggian 5'3 " dan mempunyai berat 52kg.[1] Beliau berasal dari Kampung (Kupuo) Jugan, Bau.[2] Beliau berketurunan Bidayuh, kaumBumiputera di Sarawak, Malaysia. Pada usia tujuh tahun beliau telah dipilih menjadi perenang negeri dan menyambung latihannya di Sekolah Sukan Bukit Jalil di Kuala Lumpur.[3]
Kerjaya [sunting]
Semasa Kejohanan Akuatik Dunia 2009m beliau memenangi pingat gangsa dalam acara terjunan 10 meter bersama dengan dengan Leong Mun Yee. Beliau juga turut menyertai acara terjunan 10 meter di Sukan Olimpik Musim Panas 2008 di Beijing.
Beliau adalah pembawa bendera buat Kontinjen Malaysia pada Sukan Olimpik Belia 2010 di Singapura di mana beliau memenangi pingat perak dalam acara terjunan 10 meter dan terjunan 3 meter.
Pada 2010 di New Delhi, beliau memenangi pingat emas pertama Malaysia dalam Sukan Komanwel 2010 dalam sukan akuatik acara terjunan 10 meter .
Beliau menjadi wanita pertama Malaysia pembawa bendera di Upacara Pembukaan Sukan Olimpik Musim Panas 2012 di London. Beliau mencatat sejarah sebagai atlit wanita Malaysia pertama memenangi pingat Olimpik (pingat gangsa) iaitu dalam acara terjunan 10 meter platform Wanita, dan atlit Malaysia kedua memenangi pingat Olimpik 2012 di London selepas Datuk Lee Chong Wei dalam acara badminton.
Rujukan [sunting]
- ↑ Pandelela Rinong Pamg, 2012 Olympics profile, BBC Sport
- ↑ "Pandelela - Shining example of true grit". Theborneopost.com. 2012-07-21. http://www.theborneopost.com/2012/07/21/pandelela-shining-example-of-true-grit/. Capaian 2012-08-20.
- ↑ DENNIS WONG AND DESMOND DAVIDSON (2012-08-11). "Pandelela does nation proud with medal win". Nst.com.my. http://www.nst.com.my/nation/general/pandelela-does-nation-proud-with-medal-win-1.123655/. Capaian 2012-08-20.