Pangkalan Sultan Abdul Halim runtuh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Butterworth ferries.jpg

Pangkalan Sultan Abdul Halim runtuh di tepi laut Butterworth, Pulau Pinang, Malaysia. Ia berlaku pada hari Ahad, jam 4.40 petang, 31 Julai 1988. Suasana panik itu menyebabkan 32 orang mati dan 1,674 orang lagi cedera.

Laluan kanan jambatan terminal masih boleh digunakan. Pengguna lain pula beralih kepada Jambatan Pulau Pinang yang jauh dan lebih cekap.

Punca[sunting | sunting sumber]

Dua perayaan serentak[sunting | sunting sumber]

Puncanya kesesakan teruk di Pengkalan Sultan Abdul Halim ini sekitar 10,000 orang. Ada dua perayaan serentak melibatkan kaum Cina iaitu Pesta Dewi Kwan Yin di Georgetown dan sambutan ulang tahun Gereja St Anne di Bukit Mertajam, Pulau Pinang. Perarakan kereta berhias diadakan di Padang Kota Lama dan di Padang Kota Baru serta melalui jalan-jalan utama di bandar Georgetown. Patung-patung puteri dewi ini diarak di sepanjang jalan berlampu warna-warni di tengah-tengah bandar raya pada hari Ahad malam 31 Julai 1988. Penganut agama Buddha dari kalangan kaum Cina terpanggil untuk hadir kerana ia diadakan 60 tahun sekali saja mengikut kalendar China (sekali seumur hidup) dan penrayaan ini dipercayai membawa tuah kerana Kwan Yin bermaksud 'Dewi Pemurah' . Pelancong dari Singapura, Hong Kong dan Taiwan turut datang ketika itu.

Gereja St Anne di Bukit Mertajam juga mengadakan pesta besar-besaran sempena ulang tahunnya. Ramai kaum Cina menganut ugama Kristian berdoa di gereja ini pada pagi Ahad dan petangnya mereka bergerak ke Pulau Pinang untuk melancong dan melakukan upacara keugamaan Buddha.

Jambatan sesak[sunting | sunting sumber]

Jambatan Pulau Pinang yang dibuka pada 1985 tidak dapat menampung kenderaan awam. Ramai yang memilih ke pulau untuk menikmati keindahan Selat Butterworth, menikmati keindahan matahari merah terbenam dan seterusnya berjalan kaki ke Padang Kota.

Jeti sesak[sunting | sunting sumber]

Pangkalan Sultan Abdul Halim dibina pada 1956 tidak mampu menampung 'serbuan' 10,000 penumpang. Tiangnya daripada besi kongkrit sementara lantai dari papan tebal. Gelegar lantai, pagar dan dinding daripada besi tumpat, melintasi ruang laluan kereta di sebelah bawah. Pangkalan ini ada dua tingkat. Tingkat bawah untuk laluan kenderaan yang keluar dan masuk. Tingkat atas pula untuk laluan penumpang dari Stesen bas Butterwoth - keluar dan masuk. Jam 4.40 petang itu, gelegar besi jambatan terminal bengkok dan patah. Lantai-lantai papan turut roboh. Dinding besi dan bumbung roboh ke bawah. Penumpang bahagian atas menggelongsor dan terhimpit oleh tiang dan pelantar papan. Kenderaan di bawah remuk. [1]

Mangsa[sunting | sunting sumber]

Seramai 32 orang mati dan mencederakan 1,674 orang.[2] Mangsa dibawa ke Hospital Butterworth, Hospital Bukit Mertajam dan lain-lain. Pasukan Bomba bertungkus-lumus mengeluarkan mangsa. Laluan sebelah kiri itu terhenti seluruhnya. Tetapi laluan sebelah kanan masih boleh beroperasi membawa penumpang ke pulau dan sebaliknya. Runtuhan ini dibiarkan begitu sahaja buat beberapa lama untuk siasatan dan rancangan pembesaran.[3][4]

Berita pangkalan feri runtuh ini disiarkan oleh Berita Utama TV3 jam 8.00 malam.[5]

Kesan[sunting | sunting sumber]

Selepas kejadian itu, Suruhanjaya Pelabuhan Pulau Pinang membuat kajian terhadap kesesuaian dan kecekapan penggunaan feri antara Butterworth dengan Pangkalan Raja Tun Uda di sebelah Pulau Pinang. Penumpang bas ekspres tidak sahaja diturunkan di Stesen Bas Butterwoth tetapi juga dipindahkan di Sungai Dua dan Gelugor.

Perkhidmatan feri semakin tidak cekap dan lambat, terpaksa beratur panjang. Hanya pelancong dan pengunjung yang bernostalgia akan menggunakan feri tersebut. Pekerja kilang seberang-menyeberang lebih suka memilih Jambatan Pulau Pinang.

Pangkalan Sultan Abdul Halim dibina semula dengan beberapa pengubahsuaian.

Rujukan[sunting | sunting sumber]