Pangkalan data navigasi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Pangkalan data navigasi ialah jenis pangkalan data yang objek (atau rekod) di dalamnya ditemui dengan mengikut rujukan daripada objek lain. Antara muka navigasi secara tradisi adalah bertatarajah, namun boleh dicirikan, dengan beberapa sistem moden seperti XPath, sebagai bernavigasi secara serentak dan berisytihar.

Capaian navigasi secara tradisi berkaitan dengan model rangkaian dan model hirarki bagi antara muka pangkalan data, malah sesetengahnya telah mendapat ciri-ciri berorientasikan set.[1] Teknik navigasi menggunakan "penuding" dan "laluan" untuk berkemudi di kalangan rekod data (juga dikenali sebagai "nod"). Ini berlawanan dengan model hubungan (dilaksanakan dalam pangkalan data hubungan), yang cuba menggunakan teknik "isytihar" atau pengaturcaraan logik pada mana anda menyoal sistem apa yang anda mahukan, bukan bagaimana berkemudi kearahnya.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Błażewicz, Jacek; Królikowski, Zbyszko; Morzy, Tadeusz (2003). Handbook on Data Management in Information Systems. Springer. ms. 18. ISBN 3540438939.