Panglima Armada

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Panglima Armada atau Fleet Commander ialah satu jawatan Tentera Laut Diraja British yang kanan, bertanggungjawab bagi operasi, pembekalan dan latihan kapal-kapal, kapal selam dan pesawat, dan anggota dari Perkhidmatan Laut (United Kingdom). Beliau mempersiapkan kapal, kapal selam dan pesawat untuk melakukan operasi dan berpengkalan di Markas Pemerintahan Tentera Laut. Persamaan jawatan dalam Tentera Darat British ialah Panglima Medan Tentera Darat. Tidak terdapat persamaan jawatan dalam Tentera Udara Diraja British kerana pimpinan Markas Pemerintahan Udara RAF terletak terus pada Ketua Turus Udara (United Kingdom).

Di Malaysia pula, Panglima Armada Tentera Laut Diraja Malaysia bertanggungjawab kepada Panglima Tentera Laut dalam pengendalian Markas Wilayah Laut 1, Markas Wilayah Laut 2 dan Markas Wilayah Laut 3, merancang dan menyelaras latihan kelautan/teknikal untuk kapal-kapal TLDM, menentukan Armada dan pangkalan-pangkalan di bawah naungan sentiasa mencapai kecekapan yang tinggi di dalam semua aspek melalui pemeriksaan dan penilaian dan memberi bantuan material di dalam semua aspek senggaraan teknikal dan pembekalan kepada pasukan-pasukan di bawah naungan.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Jawatan ini telah diwujudkan pada April 2012 selepas satu penyusunan semula Tentera Laut Diraja dan penjenamaan semula peranan bekas Panglima Besar Armada.

Tanggungjawab[sunting | sunting sumber]

Tugas Panglima Armada ialah mempersiapkan kapal-kapal, kapal selam dan pesawat bagi sebarang operasi yang diminta oleh Kerajaan.

Panglima Armada dan Timbalan Ketua Turus Tentera Laut[sunting | sunting sumber]

Antara pemegang jawatan ini:

Timbalan Panglima Armada[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]