Panglima Tertinggi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Panglima Tertinggi, Panglima Besar, Ketua Panglima atau Commander-in-Chief ialah orang atau individu yang mentadbir operasi pemerintahan dan penguasaan tertinggi angkatan tentera sesebuah negara atau elemen-elemen penting ketumbukan tersebut. Dalam kes lain, elemen ketumbukan boleh ditakrifkan sebagai ketumbukan negeri tertentu atau ketumbukan yang dikaitkan dengan fungsi. Secara praktikalnya ia merujuk kepada kecekapan tentera yang berada didalam kepimpinan eksekutif sesebuah negara; samada ketua negara, ketua kerajaan, menteri pertahanan, kabinet kerajaan atau beberapa badan keserakanan yang lain.

Selalunya, panglima tertinggi sebuah negara (jika dipegang oleh seorang pegawai) tidak perlu atau pernah menjadi pegawai bertauliah ataupun seorang veteran; mengikuti prinsip orang awam menguasai tentera.

Peranan commander-in-chief berasal dari bahasa Latin, iaitu imperator. Para Imperator Republik Rom dan Empayar Rom memiliki kuasa imperium (pemerintahan). Dalam penggunaan moden, istilah ini pada mulanya digunakan oleh Raja England Charles I pada tahun 1639. Ketua negara sesebuah negara (monarki atau republik) biasanya memegang posisi commander-in-chief atas nama sahaja, walaupun kuasa eksekutif yang sebenar dipegang oleh ketua kerajaan yang berasingan. Didalam sistem berparlimen, badan eksekutif akhirnya bergantung kepada kehendak badan perundangan; meskipun badan perundangan tidak mengeluarkan arahan terus kepada angkatan tentera dan dengan itu tidak menguasai tentera dalam apa jua maksud. Para Gabenor Jeneral dan gabenor kolonial juga sering dilantik menjadi commander-in-chief angkatan tentera dalam jajahan mereka.

Commander in chief kadangkala dirujuk sebagai Supreme Commander, yang kadangkala digunakan sebagai satu istilah spesifik. Istilah ini juga digunakan untuk pegawai tentera yang memegang kuasa dan pengaruh berkenaan, bukan melalui pemerintahan diktator, dan sebagai orang bawahan kepada ketua negara (lihat Generalisimo). Istilah ini juga digunakan untuk pegawai yang memegang kuasa keatas perkhidmatan tentera atau didalam medan operasi.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Di dalam NATO dan Kesatuan Eropah, istilah Chief of Defence (CHOD) lazimnya digunakan sebagai satu sebutan generik bagi jawatan tertinggi yang disandang oleh seorang pegawai profesional tentera yang aktif bertugas, tanpa mengira gelaran sebenar atau kuasanya.

Artikel lain yang menarik