Pantai Chendor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Panorama Pantai Chendor.
Panorama Pantai Chendor.

Pantai Chendor terletak dalam daerah Kemaman, Terengganu, Malaysia. Ia merupakan pantai berpasir keemasan yang menjadi tempat penyu bertelur.

Pantai Chendor merupakan pantai yang menghadap laut lepas, dengan itu amat bergelora semasa musim tengkujuh. Pada musim tengkujuh, amat berbahaya untuk mandi-manda kerana arus dan ombak besar yang boleh menghanyutkan mereka yang tidak biasa ke laut.