Pantelegraf

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pantelegraf

Pantelegraf (Bahasa Perancis: pantélégraphe) ialah sejenis sistem komunikasi lama yang dibangunkan oleh Giovanni Caselli dengan tujuan menghantar dan menerima imej melalui talian telegraf jarak jauh. Sistem ini sebenarnya merupakan prototaip terawal mesin faks, cuma imej-imej yang dihantar dicetak dengan menggunakan elektrokimia, manakala mesin faks moden menggunakan imbasan imej optik. Sejenis dakwat besi khas digunakan pada "dokumen" asal berelektroplat dan dipancarkan melalui talian telegraf. Kegunaan utama pantelegraf adalah mengesahkan tandatangan dalam urusniaga perbankan. Pantelegraf biasanya ditemui di stesen kereta api, di mana talian elektrik digunakan untuk perhubungan telegram. Lambat laun, taklian elektrik dwidawai ini dijadikan asas kepada telefoni.