Papan litar tercetak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Papan komputer ZX Spectrum Sinclair 1983 diperbuat daripada PCB

Papan litar tercetak (bahasa Inggeris: printed circuit board, PCB) ialah suatu komponen penting dalam dunia elektronik hari ini. PCB berfungsi untuk menyambung dan menyokong komponen elektronik secara elektrik. Komponen elektronik dipasang padanya mengikut reka bentuk yang telah dihasilkan oleh pereka bentuk papan litar tercetak. Sambungan kuprum yang direkabentuk akan menyambungkan kesemua komponen elektronik bagi menghasilkan satu sistem elektronik, dipanggil pemasangan papan litar tercetak (PCBA).

Papan litar asas mengandungi dua lapisan utama iaitu lapisan penebat dielektrik dan lapisan pengalir. Biasanya bahan penebat yang digunakan ialah gentian kaca yang lebih dikenali dengan kod FR4. Manakala bahan pengalir utama ialah kuprum.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]