Papan tanda beri laluan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Dalam bidang pengangkutan jalan raya, papan tanda lalu lintas Beri Laluan menandakan bahawa setiap pemandu mesti bersedia untuk berhenti jika perlu untuk membolehkan pemandu dari arah lain meneruskan perjalanan. Pemandu yang berhenti sudah memberikan hak jalan kepada pemandu lain. Sebaliknya, papan tanda berhenti pula memerlukan setiap pemandu berhenti sepenuhnya sebelum meneruskan perjalanan, walaupun apabila tiada kenderaan dari arah lain.

Papan tanda berbentuk segi tiga terbalik ini mula digunakan di Eropah, misalnya di Czechoslovakia ia telah digunakan pada tahun 1938 menggunakan varian biru-putih tanpa perkataan[1] dan pada tahun 1939 pula di Protektorat Bohemia dan Moravia ia ditukar kepada varian merah-putih sebagaimana sekarang.[2] Segi tiga hitam terbalik merupakan simbol yang bermaksud "berhenti bagi semua kenderaan" sejak sekitar tahun 1925 di Jerman.

Malaysia[sunting | sunting sumber]

Menurut Arahan Teknik (Jalan) 2A/85 - Manual on Traffic Control Devices: Standard Traffic Signs oleh Jabatan Kerja Raya Malaysia, papan tanda beri laluan piawai untuk diguna pakan di Malaysia berbentuk segi tiga sama terbalik berwarna merah putih dengan setiap sisinya berukuran 750 mm dan ketebalan garisan merah bagi setiap sisi ialah 100 mm. Di bahagian bawah pula tertulis perkataan "Beri Laluan" di dalam petak berbentuk segiempat tepat.[3]

Galeri[sunting | sunting sumber]

Papan tanda kosong[sunting | sunting sumber]

Papan tanda dengan gambar rajah[sunting | sunting sumber]

Papan tanda dalam Bahasa Melayu[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Ordinan Kerajaan No. 100/1938 Sb. n. a z., Czechoslovakia
  2. Ordinan Kerajaan No. č. 242/1939 Sb. (Protektorat Bohemia dan Moravia)
  3. Arahan Teknik (Jalan) 2A/85 - Manual on Traffic Control Devices: Standard Traffic Signs. Kuala Lumpur: Jabatan Kerja Raya Malaysia. 1985. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]