Papar, Sabah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Papar
ڤاڤر
Daerah dan Pekan
Pekan Papar.

Lambang
Papar, Sabah yang terletak di Borneo
Papar
ڤاڤر
Koordinat: 5°44′0″U 115°56′0″T / 5.733333°U 115.933333°T / 5.733333; 115.933333
Negara  Malaysia
Negeri  Sabah
Bahagian Pantai Barat
Keluasan
 • Jumlah 1,243.2 km2 (480.0 sq mi)
Ketinggian 9 m (30 ft)
Populasi (2010)
 • Jumlah 124,420[1]
Salah sebuah rumah kedai lama hasil peninggalan British yang masih wujud hingga sekarang.

Papar merupakan sebuah pekan dan juga daerah yang terletak di Bahagian Pantai Barat, Sabah, Malaysia Timur. Ia terletak 38 kilometer ke selatan bandar raya Kota Kinabalu, ibu negeri Sabah. Papar juga merupakan destinasi persinggahan utama di Sabah memandangkan lokasinya yang stategik yang terletak di tengah-tengah laluan antara Putatan dan Kota Kinabalu di utara dan Membakut dan Beaufort di selatan.

Daerah[sunting | sunting sumber]

Daerah ini mempunyai banyak sawah padi dan ladang buah-buahan serta menjadi perhentian yang penting untuk mereka yang memandu ke Labuan atau Brunei.

Pekan Papar menempatkan perpustakaan, pasar, stesen kereta api, pejabat urusetia kecil, stadium mini dan beberapa deret kedai. Antara deretan kedai ini ada yang dibina dengan papan. Kedai-kedai ini dibina pada tahun 1950-an dan 1960-an dan boleh dianggap sebagai bangunan bersejarah.

Penduduk utamanya adalah dari etnik Kadazan-Dusun, Bajau, Brunei serta etnik Cina, khasnya orang Hakka.

Asal Usul[sunting | sunting sumber]

Papar bermaksud tanah rata. [perlu rujukan]

Daerah[sunting | sunting sumber]

Daerah Papar mempunyai beberapa buah pekan kecil seperti Lok Kawi, Kinarut di sebelah utara, manakala Kimanis, dan Bongawan pula di sebelah selatan. Populasinya pula sehingga tahun 2009 adalah dianggarkan sebanyak 258 302 orang, dan terbahagi kepada beberapa komposisi kaum utama iaitu Brunei, Bajau, Kadazandusun serta beberapa suku bumiputra yang lain. Terdapat juga sebilangan kecil kaum Cina yang majoritinya etnik Hakka, dan juga kaum India dan sekelompok kecil kaum Pakistan.

Pembangunan[sunting | sunting sumber]

Walaupun jarak di antara Papar dan Bandar Raya Kota Kinabalu tidaklah begitu jauh, namun pembangunan bagi daerah ini agak perlahan jika dibandingkan dengan bandar Putatan yang bakal menjadi sebahagian sub-bandar Kota Kinabalu. Namun begitu, terdapat juga sebuah Kompleks Perpustakaan Daerah, Kompleks Sukan, Pejabat Daerah Papar, Stesen Kereta Api utama serta beberapa buah pasar raya seperti Giant menjadikan tempias pembangunan dapat dirasai oleh penduduknya.

Jambatan keretapi. yang terdapat di Pekan ini.

Perhubungan[sunting | sunting sumber]

Tahap hubungan ke bandar Papar adalah sangat tinggi memandangkan ia terletak di lebuh raya utama Pan Borneo yang menghubungkan Kuching, Sarawak hingga ke Tawau, Sabah. Walaupun lebuh raya ini cuma terdiri daripada dua lorong, namun ianya adalah laluan utama untuk sampai ke sini. Tidak cukup dengan itu, sistem kereta api juga meningkatkan lagi tahap ketersampaian ke bandar ini bersesuaian dengan kedudukannya sebagai pusat stesen utama kereta api selain Tanjung Aru, Putatan, Beaufort dan Tenom.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Jabatan Perangkaan, Malaysia (Disember 2011). "Table 1: Key summary statistics for Local Authority areas, Malaysia, 2010 (cont'd)" (p. 8). Population Distribution by Local Authority Areas and Mukims, 2010. Capaian Januari 19, 2013