Paparazi
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Paparazi ialah istilah bahasa Itali yang merujuk jurugambar bebas yang sering mengekori orang ternama atau orang terkenal untuk mengambil gambar orang tersebut tanpa disedari. Paparazi cendurung bekerja bersendirian tanpa terikat dengan mana-mana syarikat atau organisasi media perdana. Mereka bukanlah wartawan dan selalunya tidak mempunyai apa-apa sijil dalam fotografi mahupun seni halus. Jurugambar paparazi biasanya dianggap sebagai pengacau oleh selebriti.[1]
Rujukan [sunting]
- ↑ Is Everyone a Journalist?,American Journalism Review, Oktober 1997. Capaian 22-02-2013.