Papeda

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Papeda disajikan dengan kuah kuning dan ikan tude bakar.
Papeda

Papeda atau bubur sagu, merupakan makanan asas masyarakat Maluku dan Papua. Makanan ini terdapat di hampir kesemua daerah di Maluku dan Papua.

Papeda diperbuat daripada tepung sagu. Pembuatnya para penduduk di pedalaman Papua. Tepung sagu dibuat dengan cara menambah batang sagu. Pokok yang bagus untuk membuat sagu adalah pokok yang berumur antara tiga hingga lima tahun.

Mula-mula pokok sagu dipotong. Lalu bonggolnya diperah hingga sari patinya keluar. Dari sari pati ini diperoleh tepung sagu tulen yang siap diproses. Tepung sagu kemudian disimpan di dalam alat yang disebut tumang.

Papeda biasanya dimakan bersama dengan kuah kuning, yang diperbuat daripada ikan tongkol atau ikan mubara dan berperisa kunyit dan jeruk nipis.