Papia Kristang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Papia Kristang adalah bangsa serani iaitu masyarakat Belanda dan Portugis yang berkahwin dengan orang Melayu pada zaman kesultanan Melayu Melaka.Seperti masyarakat Baba dan Nyonya, masyarakat papia kristang masih lagi wujud di Melaka dan Pulau Pinang. Nama-nama yang terkenal untuk kaum serani atau papia kristang adalah seperti Tony Fernandes pemilik AirAsia, Tiara Jacquelina dan Hans Isaac.

Kristang merupakan etnik kacukan ("creole") campuran keturunan orang Portugis dan Melayu, sungguhpun terdapat campuran Cina, India dan leluhur lain disebabkan perkahwinan campur yang biasa dikalangan Kristang, yang timbul di Melaka (Malaysia) antara abad ke-16 dan ke-17. Sesetengah mereka bertutur dalam bahasa Kristang, sejenis bahasa creole yang berasaskan bahasa Portugis. Salah faham biasa adalah bahasa Kristang merupakan campuran Portugis dan bahasa Melayu, tetapi sebenarnya bahasa Melayu menyerap sebahagian perkataan Kristang. Sebagai contoh, "Garfu" adalah perkataan Kristang, dan juga "Almari".

Masyarakat Kristang dipercayai bermula sebahagiannya dari hubungan dan perkahwinan antara wanita tempatan dan lelaki Portugis (pelaut, askar, pedagang, dll.) yang datang ke Melaka semasa zaman penjelajahan Portugis.

Nama ini datangnya dari creaole Portugis kristang ("Kristian"), ianya sendiri dari bahasa Portugis cristão. Sinonim lain bagi masyarakat Portugis adalah Serani (ringkasan bagi "Nasrani", yang bererti pengikut Jesus dari Nazarene); dan "Gragok" (istilah slanga bagi "Geragau" atau udang, merujuk kepada fakta bahawa keturunan Portugis Melaka secara tradisi merupakan nelayan udang). Masyarakat mereka sendiri mengelar diri mereka sebagai Gente Kristang ("Orang Kristian").

[sunting] Pautan luar

Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain