Kupu-kupu ekor layang-layang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Papilionidae)

Papilionidae
Cairns Birdwing, Ornithoptera euphorion
(G.R. Gray 1852)
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Suborder:
Superkeluarga:
Keluarga:
Papilionidae

Latreille, [1802]
Spesies jenis
Papilio machaon
Subfamili dan genus

Terdapat 27 genus dan kira-kira 600 spesies:

Papilionidae merupakan sebuah famili kupu-kupu yang besar dan berwarna-warni. Terdapat lebih 550 spesies,[1] walaupun sebilangan besarnya tropika, namun semua anggota famili ini terdapat di semua benua kecuali Antartika. Famili ini turut dianggotai oleh kupu-kupu yang tertinggi di dunia, iaitu kupu-kupu kepak burung asal Australia (genus Ornithoptera).[2]


Papilionidae berbeza dengan semua kupu-kupu lain dari segi beberapa sifat anatomi. Terutama sekali, beluncasnya mempunyai satu organ yang unik di belakang kepalanya, iaitu osmeterium. Anggota bercabang ini biasanya tersorok, tetapi boleh dikeluarkan apabila beluncas itu terancam, ataupun dipaksa keluar dengan picitan yang lembut, lalu merembeskan bahan busuk yang mengandungi terpena. Kupu-kupu dewasa lazimnya berekor cabang umpama burung layang-layang, maka gelarnya "kupu-kupu ekor layang-layang" atau swallowtail.

Taburan[sunting | sunting sumber]

Tepat pada tahun 2005, telah dikenalpastinya 552 spesies yang wujud[1] yang tertabur ke seluruh dunia (kecuali Antartika), baik di paras laut mahupun di gunung tinggi, seperti mana kebanyakan spesies Parnassius. Majoriti spesies Papilionidae dan kepelbagian yang terbesar dari segi bentuk dan gaya hidup terdapat di kawasan tropika antara 20°U dan 20°S,[3]: terutama sekali Asia Tenggara, dan juga di antara 20°U dan 40°U di Asia Timur. Hanya 12 spesies ditemui di Eropah[4] dan hanya satu spesies, iaitu Papilio machaon ditemui di Kepulauan British.[5] Di Amerika Utara tercatatnya 40 spesies yang termasuk spesies tropika dan Parnassius.[6]

Kupu-kupu ekor layang-layang yang paling utara habitatnya ialah Apollo Artik (Parnassius arcticus) yang terdapat dalam Bulatan Artik di timur laut Yakutia, pada altitud 1500 di atas paras laut.[7] Di banjaran Himalaya, pelbagai spesies Apollo seperti Parnassius epaphus antara lainnya telah dicatatkan hidup pada altitud 6,000 meter dari paras laut.[8]:221


Morfologi[sunting | sunting sumber]

Keterangan terperinci sifat-sifat morfologi Papilionidae, seperti yang dipetik dari Bingham (1905) adalah seperti berikut:[9]:1,2

Telur. "Berbentuk kubah, licin atau kabur segi-seginya, tinggi tidak melebihi lebar, agak liat, legap." (Doherty.)

Larva. Gempal, licin atau mempunyai serantaian tuberkel berdaging pada dorsum: sekali-sekali dengan bonjol timbul yang berdaging (iaitu 'tudung' atau 'jambul') pada segmen keempat yang juga tertebal di atas pada amnya. Segmen kedua mempunyai bukaan yang melintang yang mana larva boleh membonjolkan organ kelenjar berdaging yang tegak, bercabang dan merembeskan bau yang kuat, agak menyenangkan, tetapi sentiasa tajam.

Pupa. Berbagai-bagai bentuknya tetapi paling amnya melengkung ke belakang, sekali-sekali amat melengkung; cengkung, dengan kepala kontot atau bundar, lazimnya dwicabang; belakang abdomen yang licin atau tuberculate. Melekatkan diri dengan ekor, biasanya pada kedudukan tegak lurus, dan dikukuhkan lagi oleh lilitan sutera di keliling tengahnya. Yang anehnya bagi Parnassius, pupa terletak dalam sawang sutera yang longgar antara daun.

Imago. Kepak amat berbeza-beza bentuknya. Kepak belakang sentiasa berekor lampai, lebar atau berbentuk sudip, tetapi sentiasa merupakan sambungan termen pada urat 4. Bagi satu genus, iaitu Armandia, termen pada kepak belakang memanjang menjadi ekor pada hujung urat 2 dan 3 di samping urat 4. Kepak depan (kecuali genus-genus Parnassius dan Hypermnestra yang menyimpang) mempunyai kesemua 12 urat di sampiang urat dalaman yang pendek iaitu urat 1 a,[10] yang sentiasa tamat pada margin dorsal. Juga terdapat urat pendek melintang di dasar kepak di antara urat median dan urat 1a bagi semua genus kecuali Leptocircus, Armandia, Parnassius, dan Hypermnestra. Kepak belakang tiada urat 1a; urat prakosta dan sel prakosta terdapat sekali; margin dorsal digali untuk memperoleh, tetapi bagi yang jantan, selalunya terlipat dan tertaburnya sisik (androkona) atau bulu khusus dalam lipatan yang lazimnya berbau kuat. Sesungut agak pendek, Tubuh yang gempal; kancing di hujung abdomen jantan agak cukup tumbuh pada amnya, tetapi tiada bagi sesetengah bentuk. Enam kaki berjalan; cakar yang ringkas kecuali bagi satu bentuk Leptocircus yang cakarnya dwicabang.

Kitaran hidup Papilionidae – Papilio cresphontes (Papilio cresphontes)

Ciri-ciri tersendiri[sunting | sunting sumber]

Ciri-ciri utama yang membezakan Papilionidae dengan famili-famili kupu-kupu yang lain ialah:[2]

  • Adanya osmeterium, sejenis organ bercabang dan berdaging yang boleh diterbalikkan, terdapat dalam segmen protoraks beluncas.
  • Venasi pada kepak depan dewasa adalah tipikal bagi Papilionidae. Urat dubur kedua, 2A, menjangkau hingga margin kepak dan tidak bersambung dengan urat dubur pertama, 1A. Urat-urat ini bergabung bagi famili kupu-kupu lain dan 2A tidak mencapai margin kepak.
  • Sklerit serviks (leher membran antara kepala dan toraks) tergabung di bawah leher di mana terletaknya otot-otot untuk pergerakan kepala.


Galeri[sunting | sunting sumber]



Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Häuser, Christoph L. (28 July 2005). "Papilionidae – revised GloBIS/GART species checklist (2nd draft)". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-09-09. Dicapai pada 8 November 2010. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)
  2. ^ a b Reed, Robert D. (2006). "Papilionidae – The Swallowtail Butterflies". Tree of Life Web Project. Dicapai pada 7 November 2010. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan); External link in |publisher= (bantuan)
  3. ^ Collins, N. Mark; Collins, Michael G. (1985). Threatened Swallowtails of the World: the IUCN red data book. IUCN Protected Area Programme Series. Gland, Switzerland and Cambridge, U.K.: IUCN. m/s. 401 & 8 plates. ISBN 978-2-88032-603-6. Dicapai pada 22 Oktober 2010.
  4. ^ Coombs, Simon (30 September 2010). "European Butterfly checklist". http://www.butterfly-guide.co.uk/. Diarkibkan daripada yang asal pada 2017-03-16. Dicapai pada 11 November 2010. External link in |publisher= (bantuan)
  5. ^ Coombs, Simon (30 September 2010). "UK Butterfly checklist". http://www.butterfly-guide.co.uk/. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-30. Dicapai pada 11 November 2010. External link in |publisher= (bantuan)
  6. ^ Brock, Jim P.; Kaufman, Kenn (2003). Butterflies of North America. Boston: Houghton Mifflin. ISBN 0-618-15312-8.
  7. ^ Stumpe, Felix. "Parnassius arctica Eisner, 1968". Russian-Insects.com. Dicapai pada 9 November 2010.
  8. ^ Mani, M. S. (1968). Ecology and Biogeography of High Altitude Insects. Volume 4 of Series entomologica. Springer. m/s. 530. ISBN 978-90-6193-114-0. Dicapai pada 9 November 2010. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  9. ^ Bingham, C.T. (1905). The Fauna of British India including Ceylon and Burma – Butterflies (Vol 1). London: Taylor and Francis. m/s. 519. Dicapai pada 7 November 2010. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  10. ^ Urat ini kini dikenali sebagai 2A atau urat dubur kedua dalam sistem urat moden.