Paprika

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Semangkuk serbuk paprika Sepanyol.

Paprika (ڤاڤريكا) merupakan sejenis rempah yang diperbuat daripada lada merah, iaitu sama ada daripada jenis lada kembung atau cili atau campuran kedua-duanya sekali. Paprika sering dikaitkan dengan Hungary kerana ia adalah rempah yang terkenal di dalam juadah di negara itu. Sepanyol dan Portugal memperkenalkan lada merah kepada Dunia Lama dari benua Amerika.[1]

Penggunaan paprika berkembang dari Iberia ke seluruh Afrika dan Asia.[2] Ia akhirnya sampai ke Eropah Tengah melalui kawasan Balkan yang berada di bawah pemerintahan Empayar Uthmaniyyah ketika itu. Walaupun kedatangan rempah ini ke kawasan Eropah Tengah bermula sejak permulaan penaklukan Uthmaniyyah, ia tidak menjadi terkenal di Hungary sehinggalah abad ke-19.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]