Paraclete

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Paraklete (Yunani: παράκλητος, latin: Paracletus) adalah suatu istilah yang berasal dari kata bahasa Yunani Koine παράκλητος berarti 'pembela' atau 'penolong' yang sering kali merujuk pada Roh Kudus.

Etimology[sunting | sunting sumber]

Paraclete berasal dari kata bahasa Greek Koine παράκλητος (paráklētos, "orang yang konsol, orang yang berdoa atas nama kami, penghibur atau seorang advokat").[1] [2] Ini mungkin mencerminkan terjemahan dari kata Ibrani מְנַחֵם‎ (mənaḥḥēm "penghibur").

Paraclete menurut Kristian[sunting | sunting sumber]

Dalam Perjanjian Baru kata ini hanya muncul dalam Injil Yohanes (Yohanes 14:16, 14:26, 15:26, 16:7), yang diterjemahkan ke dalam Bahasa Inggris sebagai "counselor", "helper", atau "comforter".

Paraclete menurut Islam[sunting | sunting sumber]

Beberapa para cendekiawan Muslim telah berpendapat bahawa Paraclete (yang bermaksud pembela), atau maksud yang lainnya “kaunselor yang lain" – pertamanya dianggap sebagai Nabi Isa/Jesus Christ – seterusnya merujuk kepada Nabi Muhammad SAW. Ibnu Ishaq merupakan sarjana ilmuan Islam zaman ketamadunan awal Islam; serta para Alim Ulama yang lain telah menginterpretasikan bahawa Nabi Muhammad SAW merujuk kepada Paraclete yang dimaksudkan dalam versi kitab Bible Kristian. Pandangan ini turut diakui oleh Ibnu Taimiyah, Ibnu Katsir, Al-Qurtubi, Rahmatullah Kairanawi, dan ahli kontemporari Dr Munqidh Saqqar [2] [3], Abu Islam (with his own TV Channel in Egypt), Kais Al-Kalby[4], Jamal Al-Badawi[5]., Abu Islam (turut mengakui pandangan ini secara personaliti di dalam rancangannya di sebuah stesen TV Mesir), termasuk Kais Al Kalby [3], Jamal al-Badawi [4].

Beberapa penceramah Muslim yang terkenal, seperti David Benjamin Keldani, menyatakan bahawa kata Paraclete berasal dari Greek yang berbunyi 'Periklutos', yang bererti terkenal, termasyhur, patut dipuji. Perkataan itu apabila ditransliterasi ke dalam bahasa Arab, ia bermaksud sebagai Ahmad (sekaligus ia merujuk kepada nama dan sifat keperibadian Nabi Muhammad SAW sebagai seorang Rasulullah dan Nabiullah.[6][7]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Templat:Masyarakat Perjanjian Baru