Paramesium

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Paramesium
Paramecium aurelia
Pengelasan saintifik
Domain: Eukaryota
Alam: Protista
Filum: Ciliophora
Kelas: Ciliatea
Order: Peniculida
Keluarga: Parameciidae
Genus: Paramecium
Müller, 1773
Spesies

Paramecium aurelia
Paramecium bursaria
Paramecium caudatum
Paramecium tetraurelia

Paramesium ialah protozoa air tawar dalam genus Paramecium badannya bujur, diliputi membran plasma yang berbulu (silia), berbentuk tetap seperti selipar yang leper dan mempunyai alur ber­bentuk corong untuk makan.

Paramesium tersebar luad di persekitaran air tawar, dan terutamanya biasa dalam kumbahan. Kini beberapa spesies baru Paramesium telah dijumpai di lautan.

Sesetengah eukaryotes sel tunggal, seperti Paramecium, merupakan contoh pengecualian kepada kod genetik sejagat: dalam sistem terjemahan mereka beberapa codon berbeza dari genetik piwaian.

Fisiologi[sunting | sunting sumber]

Sel menyerupai prolate spheroid,[1] bulat di hadapan dan runcing di belakang. Pellicle adalah kaku tetapi selaput lentur memberikan Paramecium bentuk khususnya. Menyelitupi bahagian luarannya adalah struktur seperti rerambut, dikenali sebagai cilia. Pada bahagian sisi, bermula di hadapan dan berterusan separuh jalan, adalah liang oral, yang mengumpulkan makanan sehingga ia di sapu masuk ke mulut sel. Terdapat bukaan pada bahagian belakang yang dikenali sebagai liang dubur ("anal pore"). Vakuol contractile dan salurannya yang tersebar, dirujuk sebelumnya sebagai pengosmokawalaturan organisma, juga terdapat di luar Paramesium. Paramesium biasanya dikelirukan dengan Blepharisma.

Paramecium mengandungi sitoplasma, trichocyst, tekak, vacuoles makanan, macronucleus, dan micronucleus. Ia juga memiliki vakuol contractile yang menyingkirkan air agar sel tidak pecah kerana air yang berlebihan yang bebas memasuki selaput disebabkan oleh sifat separa telap selaput.

Pergerakan[sunting | sunting sumber]

Silia merupakan struktur pergerakan lokomotif Paramecium. Agar Paramecium boleh bergerak ke hadapan, silianya bergerak menurut rentak pada sudut 120 darjah, ke belakang secara serentak (iaitu, cilium mengeliat dari hujung ke pangkal). Ini bererti bahawa Paramecium bergerak dengan sulur melalui air di paksi yang maya. Paramecium juga boleh bergerak ke belakang apabila silia mengepuk ke hadapan pada sudut dengan serentak.

Sekiranya Paramecium melanggar halangan ia mengundur, belok sedikit dan bergerak ke hadapan lagi. Jika ia kembali melanggar objek pepejal sekali lagi, ia akan mengulangi proses ini sehingga ia melepasi objek tersebut.

Mengumpul makanan[sunting | sunting sumber]

Paramecia makan organisma mikro seperti bakteria, alga, dan yis. Untuk mengumpulkan makanannya, Paramecium menggunakan cilianya bagi menyapu makanannya sepanjang bersama air ke dalam mulut sel selepas ia jatuh ke dalam liang tekak ("oral groove"). Makanan masuk melalui mulut sel kedalam perutnya. Apabila makanan yang mencukupi telah terkumpul di pangkal tekak, ia membentuk satu vakuol makanan dalam sitoplasma, dan bergerak melalui sel itu, melalui bahagian belakang terlebih dahulu. Ketika ia bergerak, enzim daripada sitoplasma memasuki vakuol untuk mencerna kandungan, nutrien yang dicerna kemudian memasuki sitoplasma, dan vakuol mengecut. Apabila vakuol sampai ke liang dubur, ia pecah, menyingkirkan sisa kandungan kepada bahagian luar.

Simbiosis[sunting | sunting sumber]

Salah satu hubungan simbiotik yang paling menarik yang diketahui ialah Paramecium aurelia dan bakteria endosymbionts. Lihat juga Chlorella simbiosis dengan Paramecium bursaria.

Genom[sunting | sunting sumber]

Genom Paramecium telah dijujukkan (spesies: Paramecium tetraurelia), memberi bukti bagi salinan tiga pertindihan keseluruhan genom.[2]

Bagi sesetengah ciliates, seperti Stylonychia dan Paramecium, hanya UGA dinyahkod sebagai codon henti, sementara UAG dan UAA diatur kembali sebagai codon deria.[3]

Belajar[sunting | sunting sumber]

Persoalan mengenai samaada paramecia memaparkan pembelajaran telah menjadi objek banyak ujikaji, menghasilkan keputusan yang bercampur-campur. Dalam salah satu ujikaji paling terkini yang diterbitkan,[4] pengarang, dengan menggunakan voltan sebagai penggalak, menyimpulkan bahawa Paramecium mampu membezakan antara tahap keterangan yang berbeza.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. O. F. Muller
  2. Aury JM, Jaillon O, Duret L, et al. (November 2006). "Global trends of whole-genome duplications revealed by the ciliate Paramecium tetraurelia". Nature 444 (7116): 171–8. doi:10.1038/nature05230. PMID 17086204. 
  3. Lekomtsev S, Kolosov P, Bidou L, Frolova L, Rousset JP, Kisselev L (June 2007). "Different modes of stop codon restriction by the Stylonychia and Paramecium eRF1 translation termination factors". Proc. Natl. Acad. Sci. U.S.A. 104 (26): 10824–9. doi:10.1073/pnas.0703887104. PMC 1904165. PMID 17573528. http://www.pnas.org/cgi/pmidlookup?view=long&pmid=17573528. 
  4. Armus, H.L., Montgomery, A.R., Jellison, J.L. (Fall 2006). "Discrimination Learning in Paramecia (P. caudatum)". Psychological Record 56 (4): 489–498. http://www.accessmylibrary.com/coms2/summary_0286-29269289_ITM. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]